Feb 27, 2011

PeNaTMelaNdADiRi

    
Hari ini rasa penat yang teramat. Badan semua sakit2 dan lenguh2. Tak pernah lagilah seumur hidup rasa macam ni. Inilah rasa penat orang yang berusaha menggunakan tenaga dan tulang empat kerat untuk bekerja sepenuh hati mencari sesuap rezeki. 

Bagi memenuhi tuntutan subjek asas keusahawanan bagi peringkat degree, aku dan rakan2 terlibat dengan perniagaan mencuci kenderaan. Bukanlah apa sebenarnya, masing2 teruja ingin mencuba pengalaman baru. Bukan selalu ada chance untuk membuat kerja2 berat seegini. 

Tapi, bila aku cakap berat, memang berat habislah. Bayangkan semua tenaga kerja adalah perempuan dan kami berempat sahaja telah mencuci 4 kereta (satunya adalah MPV yg besar gedabak) dan 6 buah motor! Tahniah kepada diri kami sendiri.

Lelaki? Ada ahli lelaki dalam kumpulam kami, tapi masing2 tiada di hujung minggu sedangkan si lelaki itu yang memberi cadangan untuk mengusahakan perkhidmatan nie. "Alaa, senang je nak pusing modal. Kejap je dapat untung. Senang je nak cuci kereta!" Aakitlah hati aku dengar ayat2 dia yang poyo, tapi setakat nie, satu habuk usaha pun dia tak sumbang lagi. Dan kami kena pusing modal dalam tempoh 2 minggu lagi. Mampukah?


Feb 25, 2011

AkuSayaNgDia...


Ini adik aku. Nama dia Muhammad Azri. Umur dia 19 tahun.Dia muda dua tahun dari aku. Kalau aku kata aku rindu kat dia, mesti dia tak percaya. Haha. Aku pun tak percaya.Sejak kecil lagi, kami selalu saja gaduh. Hari2 gaduh, sampai tak ingat dah waktu kami berdamai. Tapi, aku suka gaduh dengan dia sebab, itu sahajalah cara kami berhubung. Kalau tak, kami tak bercakaplah. Yelah, nak borak apa dengan adik laki, kan. Kalau adik perempuan, banyak juga yang ingin dibicarakan.


Aku sayang dia. Tapi, dia tak pernah tahu. Dia selalu anggap aku ni kakak yang jahat mungkin masa tu, aku memang jahat pun. Dia selalu kata, "Ko selalu kata yang jahat2 pasal aku kat mak, kan." Masa tu, aku memang geram dengan perangai dia yang selalu sakitkan hati, jadik aku pun mengaku, "Ya! Padan muka kau!"

Tapi, dia tak tahu. kebanyakan masa, aku selalu back up dia. Takkan aku nak bagitahu kat dia? Dia seorang adik yang baik. Masa aku belajar kat tingkatan 5, dia yang selalu hantar aku pegi kelas tambahan waktu petang, naik motor. aku ingat lagi. Walaupun dia bawa laju, tapi aku gembira sebab dia hantar aku.

Masa tu jugak, dia bagitahu mak aku yang aku couple kat sekolah. Aku benci kat dia sebab tu. Tapi, apa yang dia buat tu adalah demi kebaikan. Yelah, apa yang aku buat tu memang salah. Bercinta ketika belajar??? Memang tak berkat apa yang aku belajar. Terima kasih, adik.

Masa tu aku nak lintas jalan. Tapi aku selalu takut nak lintas jalan. Ada satu masa tu, adik aku tunggu je aku lintas dulu, lepas tu baru dia lintas. Baik,kan? Gentleman sungguh.

Adik aku pandai hal agama. Dia join tabligh. Dia sangat pentingkan solat. Dia pandai juga mengaji. Dia rajin mengimamkan kami solat di rumah. Tapi, dia panas baran. Dia cepat marah. Dia selalu kata, "Mak dengan ayah sayang kakak je. Tak sayang saya pun." Mak aku selalu nangis time dia cakap macam tu. Aku tahu, adik aku adalah anak kesayangan mak. Tak lengkap hidup mak tanpa dia. Tapi, dia tak pernah faham. Kesian mak aku.

Time adik aku Form 4, dia pernah mintak aku ajar fizik. Aku gembira sebab dia menghargai aku sebagai kakak. Tapi, lepas Form 5, dia terus berubah. Semuanya sebab kawan2 dia yang sangat jahat. Diorang selalu pengaruh dia suruh lepak malam2. Aku benci kawan2 dia. Kawan dia kata, "Kau ni, asyik duduk bawah ketiak mak je." adik aku geram dengar kata2 tu. Dia anggap mak aku kongkong dia, tak kasi keluar. Tapi mak aku takut dia terjebak dengan orang2 yang tak berguna. Tapi, dia tak faham. Dia memberontak. Semuanya sebab kawan2 dia. Kawan2 dia sangat jahat!

Ada satu hari tu, dia naik motor. Jatuh. Accident elak lori. Badan dia luka teruk. Dia balik rumah berdarah2. Aku sedih. Aku nangis. Tapi, dia tak tahu. Dia masih anggap aku jahat. Tapi, aku sayang dia. Aku tak nak tengok adik yang aku jaga dari kecil jadi macam tu. Hari2 aku doa mintak dia sembuh cepat.

Adik aku hisap rokok. Dia jadi makin kurus. Aku tak suka tengok dia hisap rokok. Aku takut dia jatuh sakit. Aku doakan dia berhenti hisap rokok. Sebab aku sayang dia. Aku benci rokok. Dia kata, dia tension. Sebab tu dia hisap rokok.

Adik aku tak tinggal lagi dengan aku... Dengan keluarga aku. Dia tinggal dengan kawan2 dia. Dia jarang balik rumah. Aku rindu kat dia. Hari tu, aku ada call dia. Tapi, waktu tu dia kerja. Dia kata, dapat public pay kalau kerja walaupun time tu cuti maulud. Aku kata kat dia, "Nanti aku call balik, petang karang." Tapi, lepas tu aku dah tak call lagi. Aku takut dia tak nak cakap dengan aku.


Aku gembira bila kami berempat. Aku gembira bila adik2 yang aku sayang ada bersama. Tapi saat itu, dah lama tak berulang. Aku bimbang kalau saat itu tak berulang lagi sampai bila2. Dan aku takut kalau adik aku berterusan anggap aku jahat. Aku sayang padamu, adik.

Kaulah adik yang aku paling sayang sebenarnya. Dari kau lahir, aku bersama kau. Aku suka main dengan kau walaupun kau selalu je buang mainan masak2 aku dari tingkat 14 ke bawah. Akulah yang jatuh bangun sama2 dengan kau, masa ko main basikal time kecik. Basikal aku pun, aku kasi kau guna, sebab aku tak reti naik basikal, walaupun aku sayang basikal pertama dalam hidup aku tu.

Aku takut kau lupa, akulah satu2nya kakak kau. Aku sayang kau. Semoga kau terus gembira dengan hidupmu, dan aku doakan kau jumpa apa yang kau cari dalam hidup kau. Tapi, lepas tu, baliklah rumah. Rumah tu tak lengkap tanpa kau. Sebab...kau pun ahli keluarga di rumah itu. Kau pun anak mak dengan ayah. Kau abang kepada adik2 kita. Dan... kau tetap adik aku dunia akhirat.





Feb 23, 2011

GeMbiRaKaH AKu SeBEnArNyA?


Hari ini, aku tekad! Aku tidak seperti dulu lagi mengharap kepadamu. Aku ingin buktikan aku mampu hidup dengan gembira walau tanpamu di sisi.


Aku masih mampu berenang dengan tenang tanpa pertolonganmu di lautan dunia ini. Masih ingat lagi apa yang kamu janjikan padaku, dulu?

Kamu kata, aku akan sentiasa gembira dengan kehadiranmu. Kewujudanmu adalah untuk memberikan aku kebahagiaan. Namun, ini apa yang aku perolehi darimu.


Aku sedih, sebab berlakunya pergaduhan antara aku dan rakan-rakanku disebabkan kamu!

Aku menangis kerana kamu! Mana kegembiraan yang kamu janjikan?
Aku juga tak fokus ketika nak belajar.
Kesimpulannya, aku benci kamu!
Jadi, aku dah buat keputusan untuk lepaskan kamu dari hidupku. Hanya satu yang kupinta darimu.

Kepada Encik Facebook,
terima kasih atas segalanya. Kini, hidupku kembali tenang tanpamu. Tahniah pada diriku kerana telah deactivatekan akaun facebook...


MisErAbLe!

Sejak kebelakangan nie, my life is just miserable. Tak tahulah kenapa, segala apa yang dilakukan, tak menepati apa yang aku inginkan. Segalanya mesti berakhir dengan sesuatu yang aku tidak sangkakan.


Aku cuma mengharapkan segalanya tidaklah seserabut mana. Semoga semuanya kembali seperti dahulu-kala...

Feb 21, 2011

AkUsTrEsS


Tepat di waktu... saat ini...aku stress.


Nak tahu kenapa? Aku pun tak tahu sebabnya... Tapi, aku dah cari cara untuk melepaskan stress yang terpendam... Mari kita ikuti langkah-langkahnya. Mudah sahaja... Semudah kita belajar ABC.

Pertama; minum Milo.

Dengan Milo, anda jadi sihat dan kuat. Tapi, dengan Milo juga, stress anda akan terbang hilang dari dunia ini. Koko atau sebarang jenis coklat adalah bahan yang boleh merawat stress. Lebih-lebih lagi jika ditambah dengan ais. Wow, nikmat sungguh. Mari cuba!

Kedua: tengok cerita Korea.


Memang hilang stress. Lebih-lebih lagi, hero-hero yang berlakon adalah hensem-hensem belaka. Mencuci mata sambil membasuh stress. Cerita korea selalunya sangat kelakar. Waktu sedang tulis blog nie pun, aku tergolek-golek gelak teringat adegan yang kelakar dalam cerita ini.

Ketiga; jerit sekuat hati.


Dalam sekelip mata, anda akan dapati otak dan fikiran anda ringan seumpama belon yang bergas hydrogen.

Keempat; tidur!


Tidur adalah cara terbaik untuk hilangkan hampir kesemua masalah di dunia. Tapi, AWAS!!! Tidur bukanlah satu penyelesaian tapi ia adalah rehat bagi kita tanpa memikirkan masalah.

Dan kesannya,


Setiap hari adalah hari Ahad bagiku. Wah, nikmatnya hidup di dunia ini tanpa stress...


Feb 20, 2011

KeKeLiRuAnYaNgNyATa....





Aku sedar... manusia nie terlalu unik. Macam-macam yang ingin mereka capai. Memang tepat kalau kita kata manusia itu tamak,
Tak peduli hati orang lain, kurang berhati-hati terutamanya ketika berkata. Menuding jari tanpa usul periksa. Kata orang; kuman di seberang kelihatan, gajah di depan mata tak nampak.


Begitukah manusia yang sebenarnya?? Allah berfirman dalam Al-Quran bahawa manusia itu adalah sebaik-baik ciptaan, sebaik-baik mahkluk, khalifah Allah untuk menjaga bumi ini. Tapi, bagaimanakah sikap kita sebenarnya? lebih banyak sifat mazmumah berbanding yang mahmudah. Layakkah kita menjadi sebaik-baik ciptaan Allah?


Setiap yang berlaku di dunia ini, ada kebaikan dan ada keburukannya. Kita kena pandai menilik yang mana satu permata dan yang mana satu adalah kaca. Kadang-kala, kita lupa diri. Pentingkan diri. Abaikan perasaan orang lain. Ingatlah, setiap kebaikan yang kita lakukan, akan dibalas dengan kebaikan jua.

Dan setiap kejahatan yang kita lakukan, secara sedar, mahupun tidak, pasti ada hukuman yang menanti...


Firman Allah; " Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat balasannya."
(Surah Az-Zalzalah: 7 dan 8)

Jadi, apakah tindakan kita?


Fikirkanlah setenang-tenangnya... Anda pasti akan menemui jawapan dalam diri anda, kerana kita, Insan... manusia sebaik-baik ciptaan Allah... Tuhan sekalian alam...


CuCi JanGan Tak CuCi...


Pernah cuci motor?... tengah berfikir??? tak perlu fikir lama-lama, sebab... SAYA pernah...


Besar kan motor nie? Hmm...memang besar. Lagi besar dari SAYA kot... SAYA cuci motor sebesar ini pagi tadi.Huisy, hebat saya nie rupanya...


Bangga kejap la... Jangan salah faham, bangga je tau, bukannya riak. Riak tu berdosa. Bangga tu gembira sebab kita dah berusaha. SAYA dah berusaha, sebab tu SAYA gembira kejap. Kejap je pun...

Nak tahu apa yang SAYA cuci?


Fuuuh, nak cuci sport rim dia... Macam la nak mati. Penat, sental banyak kali pun payah nak berseri...

TAMBAH lagi...

tangan sakit, lenguh-lenguh...

Mula-mula sedih...sebab tangan sakit... tapi lama-lama rasa macam mengada-ngada... sebab SAYA pernah rasa sakit yang lagi sakit... Apa ekk?? Ohh, da ingat dah. Sakit hati... Hahahah, sakit kan? =P

Lepas tu pulak...


Penat... macam kucing nie... hah, ada lagi satu...


Over sikit kot kalau macam nie.. Takpe, abaikan. Yg penting, SAYA penat.

Tapi, nak tau apa yang SAYA dapat lepas macam nak mati kat atas nie?? Alaa,korang nie. Tekalah dulu... Agak2?

Duit???! waah, kaya! kaya!!!
DAN...
kami semua gembira denga kerja kami. SAYA pun gembira dengan kerja saya. sebab apa ya? sebab, SAYA dah berusaha sedaya-upaya...


Orang kata, kejayaan itu MANIS... macam gula.


JADI...

BUBBLES, CAR WASH SERVICE, rakan-rakan dan SAYA sebab berjaya buktikan yang kita juga boleh... tahniah semua!!! Omedetto gozaimasu!!!

BUBBLES board of directors...










ImpiAnKu...



Ini tentang aku... Tentang Impian hidupku... Tentang apa yang aku nak capai satu masa nanti... Dan detik itu, tidak begitu jauh di hadapan...

It's all about my dream. I'm dreaming....

Sejak di tingkatan 4 lagi, aku berminat untuk membuka sebuah perniagaan, kedai buku, bersama rakan-rakan.Aku pun tak tahu macam mana minat tersebut boleh timbul. Yelah, nak kata budak sastera... tak pun. Aku budak Sains sebenarnya, Sains tulen pulak tu. Pada mulanya aku dan rakan2 menganggap ia sebagai satu gurauan, tapi setelah beberapa lama, masing2 mula memberi respon yang menggalakkan. Bukan setakat itu, kami juga siap pilih nama syarikat lagi, Frenzone Sdn. Bhd. bertemakan warna oren, kononnya, lebih ceria memandangkan konsep kami adalah berkaitan dengan semangat kekawanan dan lebih mensasarkan golongan remaja.

Bagaimanalah agaknya rupa kedai buku aku nanti...

Zaman itu adalah zaman kegemilangan novel. Aku pernah menjadi sangat fanatik terhadap novel. Pernah satu masa tu, dalam kelas agama Islam, aku membaca novel time ustaz tu tengah ajar. tak tahulah kenapa, tapi setiap kali kelas agama saja mesti mengantuk. Budak2 kelas aku panggil ustaz tu ustaz 'jinggly puff ', satu watak binatang dalam siri kartun pokemon. Setiap kali binatang tu nyanyi je, semua orang mesti tidur. Itulah perumpamaan yang diberikan kepada ustaz itu. Jadi, daripada aku tertidur dalam kelas, lebih baik aku baca novel. Uniknya meja di sekolah, sebab ada laci bawah meja. I like!!! Aku baca novel curi2 bawah meja. Aku ingat lagi tajuk dia, 'Bicara Hati '. Hahaha. Agak tak baik, kan sikap aku nie. Isy3...(abaikan...)
Disebabkan cinta kami terhadap novel itulah tertubuhnya idea untuk menubuhkan kedai buku, Frenzone ini. Jangan disangka ianya hangat2 tahi ayam saja, kerana aku telah pun memulakan usaha mempelajari selok-belok perniagaan. Siapa sangka, dari bidang sains hayat, aku akhirnya terpilih untuk sambung belajar di bidang ekonomi di Universiti Putra Malaysia? Huh, itulah yang dikatakan rezeki. Rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah untuk hamba2-Nya sejak azali lagi.
Masa tu, aku baru first semester di UPM. Aku ingat lagi, time tu ada meeting untuk minggu suaikenal pelajar senior dan junior di kolej. Nama program tu ialah Kami 5th, bersempena dengan nama kolej aku, kolej kelima. Aku pun dengan bangganya mencadangkan nama Frenzone sebagai nama kumpulan kami. Tapi nama yang dipilih oleh majoriti adalah Geng Gori... hahah, kelakar sungguh. Ada budak lelaki tu dipanggil Gori sebagai nama blok. Disebabkan dia ketua kami, maka terwujudlah namanya sebagai nama kumpulan. Aku tak pasti sama ada mereka yang bersifat kebudak-budakkan atau aku yang terlebih matang. Haisy... apa-apa entah mereka nie.



Walauapapun yang terjadi, aku masih tekad dengan pendirianku untuk mencapai impianku ini. Dalam hidup seseorang manusia, kita perlu ada sekurang-kurangya satu cita-cita dan satu impian. Cita-citaku adalah untuk menjadi seorang akauntan. Aku amat yakin dengan kebolehanku untuk mencapai cita2 yang satu itu. Insya-Allah. Dan satu impian hidupku pula ialah, Frenzone Sdn Bhd. insya-Allah... Aku pasti berjaya...


Ingat!!! Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Usaha itu ada tangga kejayaan buat selamanya.
Jangan mals berusaha. Usahalah seikhlas hati, anda pasti akan menjumpai tangga kejayaan anda. Kita tak mungkin peroleh sesuatu di dunia ini tanpa usaha yang gigih. Kata orang, yang bulat itu takkan datang bergolek dan yang pipih itu takkan datang melayang. Betulkan?...



Itu saya. Anda pula bagaimana? Sudah kenalpasti impian hidup anda??? Atau masih merenung langit mencari hala tuju?...

Feb 18, 2011

New Way~

Sudah lama rupanya aku aktifkan blog di Blogspot tapi disebabkan aku terlupa passwordnya, terpaksalah aku abaikan blog aku. Gomen nasai, blog-san. Disebabkan aku sudah kembali, aku terasa seperti ingin menukar genre penulisan blog. Sebelum ini, blogku lebih dipenuhi dengan post-post yang berunsurkan penyampaian dan nasihat. Di musim menulis blog yang baru ini pula, aku ingin ketengahkan sesuatu yang lebih baru. Semoga aku berjaya menjumpai inovasi blog yang aku sedang cari ini secepat mungkin. Sehingga itu, daa~ See you all in new post sooner.~ ittekimaasu.