Jul 13, 2011

Petang Itu...

Assalamualaikum semua. Petang semalam, mak dan ayah aku keluar. Tinggallah aku dan adik-beradik aje kat rumah. Perut pula memulas-mulas minta diisi. (eh, betul ke penggunaan bahasa tu? ah, abaikan saja la. Bukan nak tulis karangan pun kan..=P )
Nak dijadikan cerita, aku dengan adik aku jadi la chef sementara kat rumah. Kami goreng keropok Sarawak.    (credit to Cik Zhiana, sebab dia yang bagi keropok tu time beraya kat rumah aku tahun lepas. Terima kasih kerana keropokmu, kami dapat mengisi perut yang kebuluran...) Goreng punya goreng, sampai penuh 2 bekas isi biskut. Wah, dahsyat! Kalau mak aku ada kat rumah mesti dia tak kasi masuk dapur.
"Rosak dapur mak nanti kalau ko masak," begitulah dia berpesan.
Hahaha, kali ni tak sempat dia nak membebel sebab aku buat ni pun tanpa kebenaran. Nasib baik tak terbakar dapur rumah. Ini bukan kali pertama aku masak. Walaupun jarang-jarang-jarang sangat, aku pernah jugak la memasak. Antara item yang aku pernah masak = asam pedas, kuah rasam (yg selalu ada kat kedai mamak tu...) dan sebagainya. hehe. Yang kat bawah ni adalah rupa keropok yang telah siap digoreng oleh aku... Sedaaaaaaaaaaaaaaaaap!

makan cicah ngn sos cili, nikmat habis!
 Dah puas makan keropok nie, rasa dahaga la pulak. Adik perempuan aku pun cadangkan kami buat milo ais... Aku pun pergilah buat. Dan kami makan dan minum petang sambil tengok cd Playful kiss lakonan Kim Hyun Joong. Hensem!


Lepas tu, kami makan pulak sejenis kuih yang dibawa oleh adik aku. Katanya kakak kawan dia kahwin. benda ni remeh saja, tapi warna kuih tu sangat2 menarik sampai terasa nak share dengan kamu semua...



cantik kan... pink pulak tu. Dah la sejak kebelakangan nie teruja tengok kaler pink. Semalam jugak, sedara mara aku datang dari P. Pinang.
Sempat jugak la ambil gambar sebagai kenangan... Okay, that's all for now. Dah cerita semua yang berlaku sepanjang 2 hari nie. Esok, Insya-Allah kami sekeluarga akan pergi bercuti di Cameron ighland. Teruja sangat sebab tak pernah pegi lagi. Doakan semuanya berjalan lancar ye. Update seterusnya akan dipost secepat mungkin eksklusif dari Cameron, Insya Allah...=)

See youa all soon...!

p/s: Nie pensil box baru aku, cantik tak? 








Hehe, macam budak sekolah je kan. 
Tapi, 
Best pula beli pensil box nie. Beli kat Giant cawangan Nilai je. Comel!
                                                                      Bye!!!

Jul 10, 2011

rumahku, syurga ku...

Hye, semua. Saya kembali lagi. Kali ni, nak bercerita tentang aktiviti aku di rumah sepanjang minggu ni. Aku dan semua ahli keluarga sibuk mengecat rumah. Aku rasa macam aku dah kurus sikit je lepas mengecat untuk beberapa hari ini. Tapi, mak aku pula menafikan hal tersebut sekeras-kerasnya. Sampai hati dia. Baru je nak rasa jadi kurus sikit... huhu. Nak tengok keadaan rumah aku lepas cat tak? cantiiiiik....
Gambar kat bawah nie sebelum dicat...warna putih, kusam dan kurang berseri.. betul tak??
Nie pula lepas di cat... kolor ungu... cantik, berseri... kami yang pilih warna nie...

 Nie masih kat ruang tamu lagi...
 Nie dalam bilik aku.. tak blh tunjuk lebih2, sebab tak berkemas lagi..heheh.
 Nie pun bilik aku jugak...
 Yang bawah nie, bilik adik laki aku...
 Ruang tamu, langsir baru... suka dok rumah...
 Yang bawah nie, Bahagian ruang tamu, tangga menuju ke tingkat atas...

 Yang kat bawah nie, bahagian dapur... bila tengok dalam gambar nampak cantik pula... tapi ini bukan seperti indah khabar dari rupa tau...keadaan asal pun memang cantik begini...

 Yang nie pulak, bilik mandi... segala perkhidmatan adalah disediakan agar anda dapat bersihkan diri dengan selesa... macam iklan je kan, bunyinya.... Abaikan, ye....

 Yang nie pulak, meja makan.... dan kabinet letak hadiah serta pingat yang kami dapat time kat skolah dulu...

 Jadik, inilah keadaan rumahku...Aku suka sangat kat rumah aku nie.. Rumahku ini adalah Syurgaku. Walaupun sejak pindah ke sini kami mengalami banyak masalah, bagiku tempat inilah bumi di mana aku selesa berpijak... =)

Jul 8, 2011

anneong haseyo...

Hye, semua...
lame sungguh tak update blog. bukan sebab tak ada idea, tapi perasaan malas itu lebih kuat mencengkam diri. sejak kebelakangan ini, pelbagai perkara berlaku dalam hidup aku. Bukan perkara biasa tau, tapi perkara yang luar biasa. pertama, aku belajar bahasa korea. Sejak aku dimaklumkan bahawa aku akan dihantar ke Korea oleh pihak Universiti, 
aku terus buat persediaan mendalami bahasa Korea dengan khusyuknya. 
Aku mendownload lagu2 Korea, 
dan tulisan Korea. memang tekunlah aku belajar. Haha. Dalam masa nie, aku ada jugak menonton satu drama Korea. tajuknya, Dream High. cerita dia sangat best. Rugi sangat kalau ada yang tak nak menontonnya. Sebab apa, nak tau tak? Sebab cerita dia memang sangat berispirasi. Bila aku tengok je, aku rasa macam bersemangat nak mencapai cita-cita aku. 
Jadik, siapa2 yang rasa macam down ke atau tak bersemangat je nak teruskan aktiviti harian, bolehlah menonton drama ini. Tajuknya pun dah menunjukkan apa yang ditekankan dalam drama nie. Cerita ni menceritakan macam mana 6 orang remaja, masing2 berusaha bersungguh2 untuk capai impian. Dalam proses nie, berlaku pergaduhan, calar dalam persahabatan, wujud juga percintaan, kasih sayang, perasaan iri hati, dengki dan sebagainya. 
Pendek kata,
memang first class la cerita nie. aku sangat3 suka cerita nie. aku yakin, kamu semua pun mesti akan suka cerita nie. Selamat menonton... ! =)
nie nama dia dalam cerita ni, 
Song Sam Dong. Dia mengidapi penyakit TItanus, di mana, daya pendengaran dia berkurangan dari satu masa ke satu masa. tapi dia tetap berusaha tanpa berputus asa. Besar nya dugaan dia. Dia nie yang aku paling suka kat cerita nie.. hensem!

 Yang nie pulak hero kedua.
Dia terpaksa hadapi sejenis fitnah sampai hancurkan karier dia. Dia terpaksa bermula dari bawah, dan.... DIA BERJAYA! Suka sangat semangat dia.
 Wow! Nie heroin dia. 
Sangat cantik. Pada mulanya, dia hidup sebagai seorang yang pentingkan diri sendiri. Tapi akhirnya, dia berjaya ubah diri jadi seorang yg sangat berjaya dan dipandang tinggi
oleh semua orang.
 Kumpulan DREAM HIGH.
 Nie kawan heroin tadi.  Dia nie menggunakan semua tipu helah dan taktik kotor untuk berjaya. Tapi akhirnya, dia sedra yang cara untuk berjaya adalah dengan berusaha bersungguh2...
 Akhirnya, dia adalah seorang yang kuat semangat, dan jujur.



Yang nie pula Jason dan Kim pil Suk. Jason, seorang lelaki yang tidak berwawasa. Dia tak ada matlamat. Kim Pil suk pula sebenarnya seorang yang inferior disebabkan oleh berat badannya yang mencecah hampir 82 kg. Gemuk gila, kan... Tapi, last2 dia berjaya buktikan bahawa dia boleh menjadi kurus dalam masa 200 hari dan berjaya buktikan kat semua orang yang dia berbakat dan berkebolehan tinggi. Dia juga yang akhirnya sedarkan Jason mengenai matlamat hidup dan berjaya wujudkan matalamat untuk Jason. 

Kesimpulannya, cerita ini penuh dengan nilai murni yang wajar diamalkan oleh manusia yang ingin berjaya. Buang yang keruh, ambil yang jernih...!
Enjoy this video...=)