Assalamualaikum, semua. Kembali lagi pada entri kedua untuk hari ni nampaknya. Teruja jap nak sambung menaip kisah yang tergantung sejak dua tahun yang lepas. Nak terus disiapkan tu, tak mungkinlah. Dengan perangai aleya yang pemalas ni lagi. Hahaha.
Sambungannya? Hm, tiada siapa yang tahu bila aleya ada mood nak sambung menaip. Semalam aleya ada post satu entri ni. Sambungan cinta kopiko, tapi rupanya tersalah copy. Part yang aleya copy tu, dah dipost dalam Cinta Kopiko bahagian 3. So, tadi baru perasaan dan dah diganti dengan entri yang baru. *krik krik krik...*
So, selamat membaca pada yang masih follow blog aleya. Maaf atas kekurangan dan salah silap kata-kata dalam blog ini. Semua entri tiada kaitan antara yang masih hidup atau pun yang sudah mati...Semua kisah adalah yang berkaitan dengan diri penulis ini, situasi ketika itu, serta emosi yang dirasakan ketika itu.
Cinta Kopiko ni projek aleya yang entahlah ke berapa. Time darjah 6 dulu, aleya ada juga menulis cerpen detektif, tapi tergantung jugak. Padahal ada beberapa bab sahaja lagi nak sampai ke penghujungnya. Hesy, nak buat macam manalah dengan diri ni yang tiada matlamat dan malas selalu?
Okay, enough with the chatting and nagging. Let's continue with Cinta Kopiko-5.
********************************************************************************
Seminggu berlalu sejak aku pergi ke pejabat Amer. Nombor telefon yang kuperolehi daripada setiusahanya masih tersimpan kemas dalam buku panduan telefonku. Aku masih tidak mempunyai kekuatan untuk berhubung dengannya.
Entah mengapa, aku
merasakan yang aku takkan menang berbalah dengannya. Tapi, aku tak boleh
mengalah begitu sahaja. Aku perlu mengusahakan sesuatu. Mujur juga mama tidak lagi
bertanyakan tentang perkara itu kepadaku.
Malam itu, aku
bersantai di dalam bilik sambil mendengar muzik dan melayari internet. Telefon
bimbit yang terletak diatas katil berdering nyaring meminta dijawab. Bunyi ringtone lagu OST Drama Korea Lie To Me membuatkan aku leka sebentar
mendengarnya. Tanpa sempat aku menjawabnya, deringan itu termati sendiri.
Telefon bimbit
berbunyi sekali lagi ketika aku ingin bangun dari katil. Aku pandang sekilas
nombor yang tertera pada skrin telefon. Hanya nombor yang tertera, tiada nama
pemanggil.
“Hello,” aku bersuara
memulakan perbualan. Namun, bicaraku terbiar sepi, tidak bersambut. Aku
bersuara sekali lagi. Pemanggil terus sepi. Aku mula naik angin. Benci betul
bila ada pemanggil yang tak menjawab setelah menelefon.
“Kalau tak nak cakap,
lebih baik tak payah call!
Menyusahkan orang saja!” aku merungut kemarahan. Sesaat sebelum jariku menekan
punat merah untuk menamatkan panggilan, terdengar suara perlahan yang
menghentikan tindakanku.
“Maaf. Saya Amer.
Awak Farisya,kan?” aku terdiam mendengar suaranya. Amer? Amer Haiqal??
Benarkah?
“Awak memang selalu
macam ni ke? Call orang tapi tak
cakap apa-apa?” sempat lagi aku menyindirnya walaupun aku terkejut dengan
panggilannya.
Terdengar suara Amer
ketawa halus. Tidak dinafikan, aku senang mendengar tawanya. Perasaan amarahku
reda dengan sendirinya. Aku menghela nafas perlahan.
“Maaf, ya. Saya tak
bermaksud nak buat macam tu. Suara awak lain bila cakap dalam telefon. Saya
ingatkan tersalah call orang tadi.”
“Kenapa call?”
“Salah ke saya call
awak?” pertanyaan yang tidak disangka itu membuatkan aku terdiam sebentar.
“Mana awak dapat
nombor telefon saya?”
“Kenapa awak cari saya kat pejabat?” Soalanku
berbalas dengan soalan juga.
“Tolong
hentikan pertunangan kita, boleh? Saya tak bersedia lagi nak berkahwin.
Lagipun, kita bukannya kenal sangat pun. Macam mana nak kahwin dengan orang
yang tak dikenali?” Memandangkan ini merupakan satu-satunya peluang yang aku
ada, aku terus meluahkan perkara yang ingin aku khabarkan padanya.
Talian
sepi. Lama aku menunggu dia berbicara, memberi respon terhadap luahanku tadi.
‘Takkan dia marah kot?’ bisik hatiku sedikit cemas. Jantung yang mula berdegup
kencang, kuabaikan.
Aku
baru sahaja ingin mencelah apabila dia juga turut bersuara.
“Sebab tu ke awak cari saya?” Aku tak pasti sama ada ianya hanya imaginasi aku ataupun tidak, aku bagaikan terhidu perasaan kecewa dalam nada suaranya sebentar tadi.
“Sebab tu ke awak cari saya?” Aku tak pasti sama ada ianya hanya imaginasi aku ataupun tidak, aku bagaikan terhidu perasaan kecewa dalam nada suaranya sebentar tadi.
“Ya.
Saya nak berbincang dengan awak pasal tu. Saya rasa awak pun mesti tak mahu
dipaksa berkahwin dengan saya, kan?”
“Eh, mestilah!” dia menjawab sepatah, yakin. Aku
menghela nafas penuh kelegaan. Nampaknya, rancangan mama kali ini terpaksa aku
tolak. Bukan lagi kerana keengganan sebelah pihak, pihak lelakinya juga tidak
bersetuju dengan perkara ini. Aku tersenyum lebar memikirkan betapa terkejutnya
ibubapaku nanti apabila mengetahui yang Amer juga rupanya tidak bersetuju
dengan perkahwinan yang diatur ini. Tapi, kenapa hati aku pula yang mula terasa sesuatu perasaan yang tak sepatutnya aku rasakan? Sudah, jangan keliru dengan rasa hati itu, Farisya!
“Terima
kasih banyak-banyak, ya! Saya tahu, awak mesti akan memahami saya.”
“Sekadar ucapan terima kasih sahaja ke?” dia bertanya.
“Apa lagi yang awak
harapkan?”
“Belanja saya makan.”
“Makan? Oh, ingatkan
awak nak apa tadi. Boleh saja. Awak tetapkanlah masa dan tempatnya. Lepas awak
balik outstation nanti, kita jumpa. It
will be my treat.”
-To be continued-
~AleyaMaira~

