Dec 30, 2015

Alhamdulillah.

Assalamualaikum warahmatullah...

Hai alls! Tiba-tiba je kawan aleya tersebut tentang blog aleya yang telah sekian lama aleya tak jenguk. Fuyoo, berhabuk-habuk ni. Bersawang sesawang banyak pulak tu. Tapi aleya malas nak bersihkan sesawang tu. Biaq je la. Kita sambung je menulis kat mana-mana ruangan yang masih bersisa.

Btw, aleya just nak update. Aleya nak kahwin. Bulan 3, 2016. Ya Allah. Betul ke ni?! Hm, aleya pun macam tu jugak. Selalu jadi tak percaya. Sampai sekarang pun dok tak percaya lagi. Tapi kad kahwin dah cetak, baju nikah dan sanding pun dah tempah, mekap pengantin dah ada, pengantin lelaki pun ada dah. Muhammad Thariq Bin Abdul Karim namanya. =) =) =)

Tu je la update aleya buat masa ni. Eh, jap!!! Ade satu lagi berita aleya nak share. Bermula dari 1 Januari ni, aleya akan jadi penganggur kehormat sampai la bulan 3. Stress kan? Orang dok kata, best la aleya. Boleh la makan tido kat rumah. Siapa kata camtu? Haha. Hanya orang yang melaluinya sahaja yang akan tahu perasaan sebenar yang terbuku dalam hati. Tanyalah aleya ye, kalau nak tahu.

Buat masa ni, aleya mampu berdoa sahaja. Moga-moga semuanya berjalan dengan baik dan moga Allah mudahkan segalanya. Selebihnya, aleya bertawakkal dan berserah sepenuhnya kepada Allah yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana merancang segalanya. Amiin.

Semoga bertemu lagi di lain kesempatan. Bye.

Daripada bakal penganggur;

AleyaMaira.