Ini adalah
kisah antara manusia dan juga dia yang dilaknat oleh Allah... Cuba teka, siapa 'dia' itu?... Hmm, siapa lagi kalau bukan syaitan yang dilaknat oleh Allah.Kat sini
ada satu kisah yang aku nak kongsikan dengan kamu semua. Kisah ini adalah untuk memberi ingatan kepada kita semua agar sentiasa mengingati hakikat bahawa syaitan sentiasa berusaha siang dan malam untuk menyesatkan manusia. Sedangkan syaitan pun termenunjukkan sifat mahmudah iaitu menunaikan janjinya kepada Allah yang ia akan berusaha menyesatkan seramai yang mungkin anak Adam sebelum hari Kiamat. Tapi, kita sebagai manusia yang diberikan darjat serta kedudukan yang lebih tinggi oleh Allah berbanding makhluk lain, selalu berfikir dan kadang-kala gagal menunaikan janji yang telah kita meterai dengan manusia2 yag lain. Manusia yang memungkiri janji adalah tergolong sebagai orang munafik.Bahaya jadi orang munafik ni.
Kehidupan kita terus tak diberkati allah. Kan susah kalau nak hidup tanpa keredhaan tuhan, sedangkan satu2nya matlamat kita hidup di dunia ini adalah untuk terus mencari keredhaan Allah yang mencukupi untuk kita masuk ke syurga. Betul kan?Sekarang kita
sambung kembali cerita kita yang sebenar. Sekarang ni baru nak kaitkan dengan tajuk post kali nie. Maka, kisah ini bermula apabila allah perintahkan Nabi Nuh untuk membina sebuah kapal yang sangat besat untuk menempatkan semua umta islam yang beriman kerana allah akan turunkan bala kepada kaum Nabi Nuh yang ingkar terhadap perintah Allah. Setelah siap, nabi Nuh menyuruh semua yang beriman untuk naik ke kapal tersebut. Sedang Nabi Nuh melihat wajah setiap yang berada dalam kapal tersebut, Nabi Nuh terpandang akan satu wajah yang asing. Itulah dia Syaitan yang dilaknat olehh allah s.w.t. Syaitan telah mendedahkan satu rahsia kepada Nabi Nuh. Syaitan berkata, "Aku ada 5 cara untuk menyesatkan manusia. Aku akan beritahu kamu 3 darinya dan merahsiakan baki dua." Tapi, allah telah perintahkan Nabi Nuh supaya bertanya tentang dua yang ingin dirahsiakan oleh syaitan tersebut. Maka, syaitan pun menjawab,: dua cara itu adalah melalui sifat dengki dan serakah(nafsu)."Tak perlu diperjelaskan
lebih panjang lagi, lebih jelas lagi, lebih terperinci lagi... Itulah kenyataan yang kita hadapi sekarang. Kerana sifat dengki, macam2 perkara yang dilakukan oleh manusia, termasuklah membunuh! Kerana nafsu juga pelbagai maksiat dilakukan secara berleluasa, termasuklah merompak, zina dan sebagainya. Betapa dahsyatnya dua sifat kecil yang digunakan oleh syaitan sebagai strategi. Tapi, kita... manusia yang mempunyai akal tetap terpengaruh dengan perkara sedemikian walaupun kita telah pun dicurahkan dengan ilmu agama yang banyak. Dimana silapnya kita, tak cukup ilmu atau tidak gentar pada Allah?Banyak2kan berdoa agar kita sentiasa terlindung daripada tipu-helah syaitan yang direjam. Semoga kita semua terlindung dalam limpahan rahmat dan hidayah Allah yang Maha Berkuasa.
Renung-renungkanlah sendiri...
Sama-samalah kita mengambil pengajarannya... =)













