Aleya baru saja lepas tengok drama Cinta Jangan Pergi, lakonan mantap Remy Ishak dan Tiz Zaqyah. Ops, ada seorang lagi watak utama dia, tapi aleya tak kenal la pulak siapa pelakonnya tu, nama dia Josiah Hogan. Ye lah kot. Aleya tak minat nak tau nama betul dia.
![]() |
| Sabtu dan Ahad, 8.30 pm, tv9 |
| |||||||
| Main character. Wow, i like! |
Aleya baru saja habis tengok sampai episod ke-6. Padahal, this week dah masuk episod ke-8 dah. Nak buat macam mana, aleya tengok pun bersumberkan ihsan insan-insan baik yang sanggup upload kat Youtube. Nak tengok kat tonton.com, faham-faham sajalah keadaan line di kolej aleya ni kan. Memang tinggal harapan sajalah nak tengok gune wifi kat sini.
Tapi, tak apalah. This week, aleya boleh tengok kat tv memandangkan aleya akan berkampung kat rumah sampai hari Selasa depan. Almaklumlah, cuti mengundi. Padahal, aleya masih belum layak untuk mengundi lagi. Bukan tak cukup umur, tapi belum mendaftar lagi. Kena tunggu 5 tahun lagilah jawabnya. Lain kalilah kita cerita pasal politik ni...
Back to our topic! Cerita ni seriously the best! Antara cerita Malaysia yang aleya suka tengok. Aleya tak gemar sangat tengok cerita Malaysia tak kiralah cerita melayu ke, tamil ke, cina ke kan. Bukan sebab apa, kadang-kadang cerita-cerita yang dihasilkan tidak mempunyai motif yang jelas. Tak ada unsur-unsur nilai moral yang diterapkan. Buat cerita ikut konsep sendiri saja kan. So, bila orang biasa-biasa macam aleya ni tengok, susah sikitlah nak faham konsep luar biasa mereka. Lebih baik tak payah tengok kan. Tenang sikit jiwa.
Cinta jangan pergi... Konsep cerita yang biasa, namun realistik. Isu yang diterapkan antara cinta dan nilai persefahaman serta kepercayaan antara watak utama sangat-sangat menyentuh hati. Kira taklah luar biasa sangat konsep yang diterapkan tu kan. Yang bestnya, sepanjang episod 1 sampai 3, penggambaran dilakukan di kawasan-kawasan luar negara seperti negara-negara Eropah. Cantik sangat pemandangannya. Kita-kita yang tak mampu nak pergi luar negara macam tu, bolehlah tengok melalui scene dalam drama tersebut.
Remy Ishak. Aleya kenal dia melalui drama Nur Kasih. Memang best, romantik laki ni. Watak dia bukan romantik yang over, tapi romantik yang memang realistik. Suka tengok dia berlakon dengan Tiz Zaqyah. Memang sesuai!
Tapi, masuk je episod 4, boleh pulak mamat ni eksiden. Lepas tu, mayat tak ditemui, dan diisytiharkan mati. Kesian gila. Masuk pulak watak tambahan, Josiah Hogan. Laki ni lembut sangatlah, tak kena dengan jiwa aleya.
Lembut tu bukan lembut macam sotong tau. Ops! Tapi keperibadian yang lembut. Kurang tegas, bukan lelaki yang mendominasi. Tak berusaha buat keputusan sendiri, tapi bagi pilihan kepada pihak perempuan untuk memutuskan bagi pihak dirinya. Lebih kurang macam tulah. Tak faham ke yeh? Biarlah aleya sorang je yang faham...
Tapi laki ni pun watak dia sangat romantik. He has his own way to express his feelings and sincerity. Dia caring, pandai ambil hati...Akhirnya, perempuan tu pun terbuka hati nak terima laki tu. Memang bersungguh sangat.
Kat bawah ni, ada gambar-gambar scene 'Cinta Jangan Pergi' kat luar negara.
Tapi nanti mesti ada twist cerita ni kan. Rasa macam si Remy tu hidup balik je. Boleh tak mintak watak dia mati terus je? Dahlah hilangkan diri hampir 2 tahun. Sabar jelah. Yang penting, aleya akan follow cerita ni sampai habis. Insya-Allah.. .
Aleya tertarik sangat dengan OST cerita ni, Aku suka dia. Aleya bukan jenis yang pandai menghayati lagu sangat. Asalkan aleya suka lirik dia, aleya suka dengar lagu tu. Samalah dengan ost cerita ni. Aleya suka lirik dia. Meaningful, sesuai dengan jalan cerita drama ni.
Kat bawah ni ada link ost Cinta Jangan Pergi sekali dengan sedikit sedutan drama ni. Bolehlah tengok kalau bosan. *smile*
http://www.youtube.com/watch?v=0-hBOdobjwQ
***
Lirik Lagu Aku Suka Dia – Ainan Tasneem
Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia
Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya
Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya
Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’
Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu
Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya
Aku suka dia
***
Enjoy the drama; drama of the year yang aleya suka tengok!
Banyak pulak dugaan time aleya taip entri kali ni. Line internet asyik-asyik terputus. Emosi yang nak digambarkan pun macam terganggu je. Mata pun dah makin mengantuk ni. Lain kalilah cerita lagi. Jumpa lagi semua. Goodnight! Have a sweet dream.

























