Dec 18, 2013

Sekadar sedikit perkongsian~

     Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar semua? Moga semua sihat-sihat belaka. Yang kurang sihat tu, moga Allah sembuhkan sebaiknya. Bagi yang sedang patah hati seperti aleya sekarang ni, moga Allah gantikan dengan nikmat bahagia yang lain.

     Aleya saja teringin nak menulis malam ni, tak ada perkara yang luar biasa untuk diceritakan pun. Selalunya kalau aleya menulis ni, hati tengah resah-gelisah. Tapi malam ni, Alhamdulillah, hati aleya tenang setenang malam yang sunyi-sepi.

     Malam-malam aleya kat kolej ni memang ternyata sangat membosankan. Aleya yang dah biasa sibuk sebelum-sebelum ni rasa macam hilang arah bila duduk bersahaja kat bilik tanpa sebarang aktiviti. Selalunya, aleya tidur awal. Yelah, senang nak bangun awal pada keesokan paginya. Tapi malam ni, aleya kuatkan semangat untuk tidur lewat sedikit. Dan, tika ini, aleya sempat jugak update blog.

     Sedang aleya scroll down timeline facebook, aleya terjumpa satu petikan yang berkongsi tentang seorang sahibah yang sudah pun kembali ke rahmatullah pada awal tahun 2013 yang lepas. Aleya pun saja tekan link yang membawa kepada sebuah blog yang menceritakan pengalaman hari-hari terakhir sahabat tersebut yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami kemalangan. Aleya kurang tahu tentang asal-usul kisah hidup sahabat tersebut. Tapi, bila aleya baca kisah yang diceritakan dalam blog tersebut, aleya tersentap. 

     Ya Allah. Memang sangat besar dugaan dia. Macam-macam yang dia lalui sepanjang hari-hari terakhirnya. Yang paling penting sekali, imannya sikit pun tidak goyah. Kawan-kawan tahu kan, apa yang dimaksudkan dengan iman? Maksud iman, islam ni semua kita dah belajar masa kita bersekolah rendah dulu. Ulang balik belajar masa kita kat sekolah menengah. Tak cukup, ulang lagi sekali time kat matrikulasi. Kalau masih tak ingat lagi, silalah google. Boleh terus jumpa. 

     Iman tu adalah kepercayaan kita kepada Allah sama ada dari segi pengakuan (hati), ikrar (lisan), mahupun secara perbuatan (amal). Sejauh mana kita yakin terhadap Qada' dan Qadar Allah dan meyakini sepenuh hati bahawa apa yang Allah takdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita.

     Kalau ada yang kata, 'saya tak pernah pun rasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup saya', maka dia menipu. Semua manusia mesti pernah rasa down, rasa macam apa yang berlaku kat dunia ni adalah tidak adil bagi dia. Kadang-kadang, sampai terfikir,'Kenapa aku je yang kena macam ni? Apesal semua ni berlaku kat aku seorang saja? Orang lain semua boleh hidup bahagia, kenapa aku tak?' Paling kurang pun, mesti ada terlintas sikit.

     Aleya pun pernah jugak ada lintasan sebegitu. Bukan nak kata yang ianya adalah tak salah untuk berfikiran macam tu, tapi ada lagi yang lebih penting; kembali berserah pada Allah. Walau apapun lintasan yang berlaku dalam hati dan fikiran kita, jangan lupa untuk segera kembali pada Allah. Segera kembali bertaubat pada Allah, segera kembali meyakini perancangan Allah. Memang susah, tapi itu kewajipan kita.

     Masa aleya baca blog sahabat yang bercerita tentang arwah seorang lagi sahabat (Hajar namanya. Moga Allah merahmati ruhnya dan dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...), aleya terfikir, apa yang aleya buat bila aleya bersedih sedangkan orang lain sedang berusaha untuk meyakini keputusan Allah dengan redha. Susahkan kita nak sebut, 'Allah kan ada, apa nak dirisaukan?'

     Memang susah. Tapi aleya mengaku, bila kita percaya pada Allah, memang Allah akan permudahkan semua urusan. Aleya mempunyai pengalaman sedemikian, walaupun masalah yang aleya hadapi tika itu tidaklah serumit dan sesakit yang dihadapi oleh arwah Hajar. Masa tu, aleya sempat terfikir, mungkin aleya kena lebih bersyukur dengan apa yang aleya ada. Daripada dok merungut dan runsing tentang sesuatu perkara tu, lebih baik aleya berserah pada Allah. Kita hidup kat dunia ni pun atas rahmat-Nya. Kalau ada masalah, takkan lah Allah tak nak tolong hamba-Nya yang lemah ni kan. Jadi, jom berserah pada Allah. Tentang semua. Kehidupan, kewangan, masalah, hal hati dan perasaan... Senang cerita, semua lah!

     Mungkin kadang-kadang kita terlupa sebab sebenar manusia diciptakan ke dunia ini. Bukan untuk ber emo-emoan, bukan untuk merungut-rungut, bukan juga untuk berusaha macam nak mati semata-mata nak tingkatkan status kehidupan dan pendidikan... Tapi, adalah untuk beribadat kepada Allah dengan taat dan ikhlas. Allah kata, kalau kita nak mintak apa-apa kat Dia, just berdoa dengan sabar dan solat. Insya-Allah, selagi kita buat apa yang Allah suruh, Allah akan bagi apa yang baik buat kita. Terpulang pada kita, sama ada kita nak ataupun tak nak terima.

     Aleya mengaku, jiwa jadik rapuh, hati lebih gelisah, perasaan tak tenang sejak kebelakangan ini. Kenapakah? Mungkin sebab aleya mula mencari manusia secara berlebihan untuk dijadikan tempat bersandar. Salah tu kan. Bolehlah aleya perbaiki hati lepas ni. Sejak tamat zaman degree, halaqah yang aleya selalu pergi dulu pun dah tak sempat pergi. Sekurang-kurangnya, adalah pengisian untuk rohani masa tu. Sekarang? Aleya kena usaha untuk cari balik sahibah aleya yang dulu ni. Insya-Allah. Jom berusaha baiki diri bersama. 

     Tempoh hidup kat dunia ni pun makin lama makin berkurangan. Sekejap saja, dah 23 tahun aleya hidup kat dunia ni. Bila toleh ke belakang, tak nampak pun apa yang aleya buat selama 23 tahun yang lepas. Semua nampak samar dan tak jelas. Mana jalan hidup aku yang lepas?

      Aleya memang gembira sangat dapat baca blog tu. Kalau ada yang nak baca pun, silakanlah. Ini link dia...                 http://mujahidah2u.blogspot.com

     Jom sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Walaupun kita hadapi masalah, cabaran mahupun dugaan, kalau kita selidik balik, mesti ada nikmat Allah yang terselit kat situ. Tak banyak, mesti ada sedikit. Yelah, nikmat Allah yang manakah yang kita ingin dustakan? Tak baik kan jadi hamba yang tak tahu bersyukur ni...

     And thus, I would like to stop my writings here. Sila kekal bermotivasi, aleya! Dah lewat ni, jom masuk tidur. Esok kena bekerja. Moga hari-hari yang mendatang bawa seribu kebaikan bagi kita seluruh umat. Amiin. 


     Moga bertemu lagi di lain masa. Assalamualaikum!

Dec 7, 2013

Nelson Mandela-Anti Apertheid.

Assalamualaikum! Salam malam Sabtu untuk semua! Nampaknya malam ini aleya terlebih rajin untuk update blog lagi. Bukan apa, tapi isu yang aleya nak kongsikan ni akan jadi lapuk seandainya tak diceritakan sekarang.

Seluruh dunia digemparkan dengan berita kematian Nelson Mandela (1918-2013), tokoh dunia, seorang presiden berkulit hitam Afrika Selatan yang pertama. Beliau merupakan seorang pejuang keamanan dan menentang dasar Apertheid. Apa yang dimaksudkan dengan dasar Apertheid ni?

Dasar Apertheid ni adalah dasar yang memisahkan orang yang berkulit putih dengan orang yang berkulit hitam. Ianya bolehlah dikatakan sebagai sejenis diskriminasi yang wujud antara masyarakat 2 warna kulit ni. Yang berkulit hitam dianggap sebagai masyarakat berkelas rendah, hamba, tidak mempunyai hak untuk memerintah manakala diskripsi yang sebaliknya pula untuk mereka yang berkulit putih. 


Jadi Nelson Mandela ni merupakan orang yang anti-apertheid dan bertindak untuk memperjuangkan keamanan serta menegakkan hak kaum berkulit hitam. Dasar aparteid akhirnya dimansuhkan pada tahun 1994 apabila Nelson Mandela menjadi presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.

Namun, sehingga ke hari ini, kesan dasar tersebut telah mengakibatkan jurang pendapatan yang sangat ketara di antara kaum kulit putih dengan kulit hitam di negara Afrika Selatan. Nelson Mandela juga pernah dipenjarakan. Pada tahun 1962 (ayah aleya pun tak lahir lagi time ni...), Nelson dituduh dengan tuduhan cuba menggulingkan pemerintahan dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup. Tapi, lepas 27 tahun duduk dalam penjara, Nelson dibebaskan pada tahun 1990 sebab ada yang menuntut pembebasan bagi pihaknya. Dan, beliau dikatakan meninggal dunia pada 5 Disember 2013. Kesian...

Tapi terima kasihlah, sebab Nelson Mandela mati, aleya pun jadik rajin nak search maklumat pasal dia. Pagi Jumaat tu, kecoh jugak bila ofismate aleya baca berita kat Facebook pasal kematian ni. Dia pun suruh kami-kami baca sekali berita pasal tu, mungkin dia tak percaya kot. 

Bila aleya baca kat Fb, orang sibuk cerita pasal pencapaian dia, dasar yang dia perjuangkan, nilai baik yang dia amalkan dan sebagainya. Aleya pulak, sebaliknya, dok berfikir siapalah si Mandela ni kan. Macam pernah dengar nama dia, tapi punyalah tak suka sangat membaca sampai tak tahu pasal tokoh yang orang lain semua tahu.

Ayah aleya selalu tegur aleya, suruh aleya ambil tahu tentang general knowledge yang macam ni. Baca pasal presiden-presiden negara lain, ingat sejarah-sejarah yang penting... Tapi, semua tu memang tak pernah nak lekat dalam kepala aleya ni. Tolonglah, bosan kot. Siapa nak baca dan ambil tahu pasal benda ni semua? Lepas orang tu mati, keadaan akan kecoh seketika, semua orang sibuk cungkil semua jasa dia, tapi lepas tu? Keadaan akan kembali senyap sehinggalah berlaku satu lagi kematian atau perkara dahsyat yang mencuri tumpuan umum.

Tapi, sila jangan contohi aleya. Memang elok pun tingkatkan ilmu umum macam ni. Sekurang-kurangnya, tak adalah ketinggalan daripada mengikuti perkembangan dunia. Lagipun, setiap ilmu yang kita pelajari itu, ada pahalanya, bergantung pada niat kita dan ianya juga dituntut oleh agama Islam, Fadhu Kifayah kan. Jadi, tak salahlah kalau nak tambah pengetahuan, as long as ianya tak bertentangan dengan syariat Islam.

Ramai jugak orang-orang yang post RIP Nelson Mandela dan benda ni pun nak dijadikan isu oleh kebanyakan orang. Orang kata, dia bukan Islam, apa yang nak di 'Rest in Peace' nya? Yang aleya tak pahamnya, itu pun nak dijadikan isu ke? Pelik lah. Macam-macam orang zaman sekarang ni.Bahagian bagi setiap manusia ni, Allah dah pun tentukan. Tak perlulah kita sebagai manusia biasa ni sibuk nak menghukum dan menilai orang lain. Lebih baik kalau kita jaga diri kita dan berdoa agar bahagian kita kelak adalah lebih baik.

Memanglah Nelson Mandela ni bukan orang Islam. Tapi, tak bermaksud kita tak boleh contohi perkara-perkara baik yang dia pernah lakukan. Ambil yang jernih, buang yang keruh. Yang baik itu, jadikan pedoman. Yang buruk itu, kita sama-sama jadikan sempadan. Haa, kan just nice kalau macam tu. Tak payah nak serabutkan kepala fikir pasal benda-benda yang tak berfaedah.

Aleya jugak ada sertakan 19 kata-kata motivasi yang dikatakan adalah daripada Nelson Mandela sendiri. Memang agak inspiring, tak salah kalau nak amalkan pun, bergantung kepada kesesuaian keadaan masing-masing.


  1. I am fundamentally an optimist. Whether that comes from nature or nurture, I cannot say. Part of being optimistic is keeping one’s head pointed toward the sun, one’s feet moving forward. There were many dark moments when my faith in humanity was sorely tested, but I would not and could not give myself up to despair. That way lays defeat and death.
  2. I learned that courage was not the absence of fear, but the triumph over it. The brave man is not he who does not feel afraid, but he who conquers that fear.
  3. Difficulties break some men but make others. No axe is sharp enough to cut the soul of a sinner who keeps on trying, one armed with the hope that he will rise even in the end.
  4. It always seems impossible until it’s done.
  5. When a man has done what he considers to be his duty to his people and his country, he can rest in peace.
  6. Real leaders must be ready to sacrifice all for the freedom of their people.
  7. A fundamental concern for others in our individual and community lives would go a long way in making the world the better place we so passionately dreamt of.
  8. Everyone can rise above their circumstances and achieve success if they are dedicated to and passionate about what they do. 
  9. Education is the most powerful weapon which you can use to change the world.
  10. For to be free is not merely to cast off one’s chains, but to live in a way that respects and enhances the freedom of others.
  11. Do not judge me by my successes, judge me by how many times I fell down and got back up again.
  12. There is no passion to be found playing small – in settling for a life that is less than the one you are capable of living.
  13. Money won’t create success, the freedom to make it will.
  14. We must use time wisely and forever realize that the time is always ripe to do right.
  15. Man’s goodness is a flame that can be hidden but never extinguished
  16. Resentment is like drinking poison and then hoping it will kill your enemies.
  17. I like friends who have independent minds because they tend to make you see problems from all angles.
  18. A good head and a good heart are always a formidable combination.
  19. When people are determined they can overcome anything.
    (C&P:http://www.forbes.com/sites/mfonobongnsehe/2013/12/06/20-inspirational-quotes-from-nelson-mandela/)



    Tu saja pasal Nelson Mandela, untuk entri hari ni. Moga jumpa lagi di lain hari dengan entri yang lain. ^_^


    Tapi kan, kalau rajin, dengarlah radio Ikim.fm kalau ada masa lapang lepas waktu solat maghrib. Banyak pengisian menarik dan zikir-zikir penenang hati disiarkan pada masa tersebut. Hati yang tak tenang pun, boleh jadik hilang resah gelisah. 

    Macam tadi, aleya sempat dengar pesanan daripada Ustazah NurHafizah. Dia kata, "kalau anak kita tu degil dan buat dosa, kita sebagai ibubapa lagi banyak kena bertaubat berbanding anak kita tu. Sebab mungkin ianya berpunca daripada dosa yang kita pernah lakukan sebelum ni. Samalah dengan suami yang mana isterinya degil dan tidak mendengar kata. Si suami tu dulu kena banyakkan bertaubat pada Allah." 

    So, kalau lah kan, ada orang tu buat salah kat kita, buat kita sakit hati, dan sebagainya, kita kena tengok diri kita dulu. Kita ni jenis orang yang macam mana. Selalunya, apa yang kita buat tu yang akan kembali semula kepada diri kita. Selalulah bertaubat kepada Allah, moga diampunkan segala dosa kita bersama... Insya-Allah.

    Eh, panjang lebaq dah ni. Aleya nak pi sambung tengok cerita The Croods yang tak sempat habis tengok tadi. Moga bertemu lagi. Moga semuanya adalah baik-baik sahaja sehingga waktu itu. Assalamualaikum! =)

Dec 6, 2013

Jumaat~

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh~

Salam Jumaat untuk semua. Pejam-celik pejam-celik dah 2 minggu rupanya Aleya dok kat UPM ni. Tempat lama, tapi suasana yang baru. Eh, tapi kan... Yang sebenarnya, blog Aleya ni macam dicerobohi oleh pembaca-pembaca asing, tapi abaikan sajalah yep. Rasa macam malas saja nak delete blog ni lepas tu nak buat blog baru... Tambah-tambah lagi, Aleya memang sayang kat blog ni... Sob sob sob.

Walaupun banyak mengarut saja kat sini,  masih ada sesetengah perkara yang aleya selesa bercerita di blog ni. Perahsia? Hm... Mungkin ye. Mungkin jugak tidak. Keputusan itu terpulang pada diri individu yang mengadili diri kita. Tapi yang sepatutnya, tak ada lagi la orang yang baca blog ni. Sebab aleya percaya, kawan-kawan yang pernah menyinggah ke blog ni, semuanya sibuk bekerja dan tak ada masa nak update blog mereka sendiri, apatah lagi untuk membaca blog aleya yang jarang berupdate. Kot. Okay, enough thinking about others' perspective. Let's focus on my life.


Eh, before tu, aleya nak cerita tentang satu drama Korea ni. Genre dia agak berbeza dengan cerita lovey-dovey yang lain. Cerita ni lebih berkisarkan tentang misteri dan unsur saspens yang buat kita tertanya-tanya tentang bagaimana cerita ini bakal berakhir sebab ending dia memang nampak sangat samar. Yang seronoknya, mujurla cerita ni dah sampai ke penghujungnya. So, aleya tak perlulah tunggu setiap minggu, menanti masa episod baru untuk direlease.Tajuknya: The Strange Housekeeper. Sinopsisnya: mungkin boleh dikongsikan pada masa akan datang.

                                

Now, back to today's story. Hari ni kan hari Jumaat, Aleya pun datang lah ofis awal sikit. Sampai2 saja, masih tiada siapa-siapa kat ofis. Selalunya memang aleya yang jadi pembuka ofis, pembuka air-cond dan sebagainya. Dedication as a new worker? Oh, tidak! I just thought that being punctual is so much important in ones life. Kalau sekali tak punctual, sampai bila-bila pun payah nak punctual. Masa itu kan emas.

Dan kami membincangkan topik yang menarik. menarik bagi Aleya la, at least. Sorang colleague aleya ni, baru saja berkahwin pada minggu yang lepas. Nama dia, kak Dayah. Akak ni dah tamat Master Sains dan kini, sedang bersedia untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Dengar macam best saja kan. Akak ni memang dah ada plan dia sendiri.


Alang-alang tu, aleya tanyalah macam mana preparation dia sebelum dia kahwin, especially tentang hal belanja dan duit. Itu satu isu penting yang harus diambil kira kalau kita nak kahwin. Plan itu perlu ada.

Kak Dayah kata, better langsungkan majlis tanpa berhutang. Tak kisahlah tak gah pun, yang penting kita tak susah in future. Akak ni belanja RM10,000 as personal expenses. Means, belanja untuk semua barangan yang akak ni guna time nak kahwin not included the catering and pelamin. Woaah, terkejut jugak bila dengar. Barang lain seperti bunga telur, doorgift tu semua, akak ni buat sendiri saja. Baju nikah pun jahit sendiri. Jimat kos katanya. Member aleya yang sempat pergi ke kenduri akak Dayah kata, 'memang cantik semua setup yang akak ni buat sendiri.' Baguslah kan...

Susahnya nak kahwin. Banyak betul belanja. Memang kena gigih bekerja dan mula kumpul duit la... Nanti tak adalah kelam-kabut sangat nak cari fund untuk kahwin. Tapi pelik jugak, mak aleya sibuk suruh aleya kahwin ni, mana dia nak cekau duit? Belanja banyak betul ni mak! Kalau kita kaya, tak apalah jugak. Hesy, mak aleya ni. Kot ye pun tak sabar nak bermenantu... Sampai terlupa nak fikir hal penting ni? Bila aleya try nak terangkan, mulalah dia kata, ' Mak tau la semua tu. Ko tu bukannya tau apa2 pun..' Yelah, aleya mmg tak tahu apa-apa pun pasal ni.. Hehehe.

Okay, itu sajalah nak diceritakan pada hari Jumaat yang mulia ni. Sebelum aleya mengakhiri entri ni, aleya nak kongsi satu gambar-Sunnah-sunnah di Hari Jumaat.- Jom amalkan bersama! Insya-Allah... (tapi kebanyakan sunnah ni lebihnya untuk orang lelaki. Untunglah jadik orang lelaki...)
                  

Dec 2, 2013

Alice in Wonderland.

Assalamualaikum warahmatullah. Hai, semua! Apa khabar kamu-kamu di sana? Moga sihat sejahtera hendaknya. Memang dah laaaaaaaama sangat tak menaip kat sini. Dalam tempoh 'cuti' ni, macam-macam benda dah berlaku. Aleya yang selama ni tak nak sambung pelajaran ke peringkat Masters, membuat keputusan drastik untuk sambung pelajaran. Aleya yang selama ni dok merungut kat rumah pasal tak dapat kerja lagi, dah pun seminggu bekerja sebagai research asisstant (RA) under seorang lecturer di UPM.

Rasa macam semuanya cukup. Semua yang berlaku itu nampak sempurna. Tapi, kenapa hati aleya masih rasa kosong sekosong-kosongnya? Ini bukan yang aleya harapkan? Atau... aleya sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima segala perubahan yang mendadak ni?

Perkara yang paling banyak meninggalkan kesan dalam diri aleya ialah ketiadaan kawan-kawan yang membantu di sisi. Kawan-kawan yang memberi sokongan, kata-kata semangat. Rasa macam patah sayap saja bila tiba-tiba mereka itu tiada.

Semalam Aleya berjumpa dengan kawan lama, meminta pertolongan mereka untuk menyiapkan tugasan yang buat aleya pening. Yang sebenarnya, bukanlah susah sangat pun. sebenarnya, bolehlah juga nak  kata ianya adalah alasan untuk mengajak mereka lepak bersama. Rasa macam looser saja bila kena bersusah-payah dan pening-pening kepala secara bersendirian. 

Yang menjadi masalahnya ialah, kawan aleya yang datang teman tu, lelaki. Aleya macam ada terdengar suara-suara sumbang yang macam pelik tengok diorang lepak dengan kawan perempuan. Aleya harap sangat yang sebenarnya aleya salah dengar. "Eh, aku salah dengar kot..."

Nampaknya aleya tak bolehlah selalu ajak diorang borak sama. Aleya tak nak orang cakap xelok pasal mereka sebab aleya. Bagi Aleya, mereka tu sajalah yang rapat dengan aleya, peneman di kolej yang sunyi, yang nampak seumpama tempat yang asing. Tempat yang boleh menyesatkan aleya, seperti si Alice yang sesat di Wonderland. Tapi, Alice hanya bermimpi. Bila dia bangun tidur, semuanya hanyalah perkara yang tak pernah terjadi. Wonderland aleya pulak? Ini bukannya mimpi. Dunia ni tiba-tiba jadi terlalu asing untuk aleya. Rasa macam bersendirian, berseorangan mencari jalan keluar.


Namun demikian, Aleya yakin dan percaya yang ini merupakan jalan terbaik yang Allah tentukan untuk Aleya. Yeah!! I can do it! Insya-Allah.

Mujur jugak kat tempat kerja ni ada kawan-kawan yang selalu bagi motivasi walaupun kami jarang sempat berborak sebab masing-masing sibuk dengan tugasan mereka. Motivasi yang aleya perlukan bukannya motivasi untuk buat kerja, aleya tak pernah perlukan motivasi untuk siapkan tugas yang diberi. Cuma, aleya perlukan motivasi untuk lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri. Kadang-kadang, ada masanya aleya rasa macam tak ada keyakinan diri dan semua yang dibuat tu bukanlah yang terbaik. Padahal itu hanyalah pandangan aleya semata. Tak tahulah apasal rasa macam tu. Suka-suka hati saja nak fikir yang bukan-bukan pasal diri sendiri.


Ah, panjang lebaq sangat. aleya rasa aleya nak pi join aktiviti kolej la. Sebab bosan sangat. Dan still, aleya belum berjumpa dengan matlamat hidup yang aleya cari. Bila orang tanya, 'ko nak jadi apa?' , 'Apa plan ko?' Aleya tak boleh nak menjawab. Masih tak jumpa jalan keluar dari Wonderland la nampaknya. Anyway, jom cari sama-sama...Sebab, aleya tak suka Wonderland ni. Aleya nak masuk ke LoveLand yang lebih tenang dan ceria! 

Okaylah, dah pukul empat ni. Kena sambung edit lagi ni. Rasa macam dah siap kerja, tapi masih ada lagi yang kena ubah. Banyakkan bersabar dan banyakkan beristighfar... Insya-Allah. Assalamualaikum. Jumpa lagi nanti.

Oct 25, 2013

Hidup bukan fairy tale~

Assalamualaikum. Hai, semua! Apa khabar? Salam bergraduasi dari Aleya. Hari konvokesyen yang ditunggu-tunggu sejak hari pertama aleya start belajar di UPM bakal tiba beberapa hari saja lagi. Tak sabar kan rasanya. Tak sabar sangat. Siapa sangka, dulu tengok orang lain konvo, dan tiba-tiba bakal menghadiri hari konvo sendiri pulak. Mesti la teruja kan.

Hidup bukan fairy tale. Betul la. Credits to one of my friends yang tolong sedarkan aleya dengan ayat tu. Thanks!

Mungkin selama ni, aleya anggap kehidupan ni macam fairy tales kot. Ada orang baik, ada orang jahat. Tapi nanti, ada pulak yang datang bantu orang baik tadi setiap kali dia dalam kesusahan. Macam pari2 yang selalu tolong peter pan. Macam fairy godmother yang selalu tolong Cinderella. Macam fairies yang mai tolong pinochio bila hidung dia tetiba saja jadik panjang bila dia berbohong. Macam prince charming yang datang kejutkan snow white bila dia diracun mak tiri, the witch!

Aleya memang membesar dengan fairy tales sampaikan hidup ni, kehidupan aleya sendiri ni pun aleya rasakan macam fairy tales tu. Aleya harapkan kehidupan ni macam fairy tales tu jugak. Tu perasaan yang sebenarnya aleya rasakan. Kenapakah? Bagaimanakah? Haruskah?

Banyak kan persoalan yang muncul. Sebahagiannya telah terjawab tapi hampir keseluruhannya masih belum bertemu jawapan yang tepat! Bukan tak mencari, tapi... Aleya takut nak mencari. Takut nak berhadapan dengan dunia sebenar yang menakutkan sampaikan hidup tertimbus dalam lingkungan kisah dongeng!

Dalam fairy tales, semua orang live happily ever after. Hidup aleya? Bila cerita macam ni nampak macam kehidupan selama ni tak bahagia saja kan? Hahahahahah. Aleya mampu ketawa saja. Masih belum berketemu dengan orang yang boleh dijadikan tempat bersandar, tempat meluah segala perasaan. Moga bertemu segera. Susah nak pertahankan rasa di hati ini bila bersendirian...

Tu saja pun yang nak diceritakan. Selebihnya, aleya tengah keliru dengan perasaan sendiri. Sehingga bertemu lagi di masa hadapan. Selamat tinggal!

Moga happy2 selalu. Assalamualaikum!

Oct 7, 2013

Drama Review: Master's Sun

Assalamualaikum! Bertemu lagi kita nampaknya. Aleya kembali dengan review bagi satu drama Korea terbaik yang baru sahaja melabuhkan tirai penamatnya pada minggu yang lepas. Tapi, aleya baru je sempat mengkhatamkan cerita ni malam tadi.

Master's Sun: Drama Korea yang membawa penonton mengembara bersama genre yang seram. Pada masa yang sama, isu percintaan dan pengorbanan turut diterapkan membuatkan air mata mengalir tanpa henti, hati gundah-gulana dan resah-gelisah bersama dengan lakonan pelakonnya yang hebat2 belaka.



Watak lelaki = Joo Jeong Won dan Watak perempuan = Tae Gong Shil. Watak perempuan ni ada kelebihan untuk melihat orang-orang yang dah mati. Kalau nak cakap secara kasarnya, dia boleh nampak hantu la. Semua hantu-hantu ni sama ada mati secara tidak adil atau memiliki hasrat terakhir yang masih belum tercapai walaupun mereka sudah pun mati dan meninggalkan alam kehidupan manusia yang normal. 

So, hantu-hantu ni datang la carik Gong Shil dan meminta bantuan daripada dia supaya mereka dapat menyelesaikan perkara yang menghalang mereka daripada meninggalkan alam dunia ini dan menuju ke alam roh dengan tenang.

Perempuan ni pulak, walaupun dia takut tengok hantu-hantu ni, tapi dia cuba jugak tolong tunaikan permintaan hantu tersebut. Dan masa itulah, dia berjumpa dengan Joo Jeong Won. Setiap kali dia tersentuh mana-mana bahagian badan hero, semua hantu yang datang kacau dia akan hilang. Kiranya laki ni macam pelindung dia daripada hantu la.

Pada mulanya, hubungan mereka berdua adalah lebih kepada memenuhi keperluan masing-masing. Hero menggunakan kebolehan heroin untuk locate necklace dia yang hilang, dicuri oleh bekas teman wanitanya yang sekarang ni dah mati. Manakala Gong Shil pulak menggunakan lelaki tersebut sebagai pelindung dirinya apabila dia takut dan dikacau oleh hantu.

Tapi, siapa sangka akhirnya, hubungan tersebut bertukar kepada percintaan yang meremukkan hati dan perasaan masing-masing. Memang meruntun jiwa apabila kita terlalu sayangkan seseorang itu, sehinggakan kalau diorang sakit, kita pun merasakan kesakitan itu sekali. Cerita ni memang best, tak rugi aleya download dan tengok sampai ke episod yang terakhir.

Hantu-hantu yang muncul dalam setiap episod memang tersangatlah horror sehinggakan semua episod pun takkan terlepas dari menjerit sebab terkejut tengok rupa hantu tu yang sangat menakutkan.

Kat bawah ni, ada beberapa gambar hantu yang muncul dalam cerita tu.

http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcQK-z05draNyteu7GA-8w3n8vFRspEZXhV-eP-I7n03_lNcbe0Z

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTo9SA56xwmXiEQDVYX8XLTVhkU9CTQVjZ5tAdd0SA4Wco_0pqgXg
 
 http://i14.photobucket.com/albums/a303/Raine0211/Masters%20Sun/Masters%20Sun%20Ep%204/Masters_Sun_ep4_252_zps8cb0a18e.jpg

https://fbcdn-sphotos-f-a.akamaihd.net/hphotos-ak-ash4/q71/s720x720/998058_446551082118562_75843199_n.jpg

http://static.askkpop.com/images/upload/4/gdulri/2013/09/21/quot-Master-Sun-quot-Episode-quot-13_50.jpg

http://i.imgur.com/my01gAN.gif

http://www.hancinema.net/photos/photo336041.jpg

http://mirika02.files.wordpress.com/2013/09/masters-sun-gh.png

Setiap episod, ada saja kisah bersama hantu. Nak tengok hantu yang lain lagi? Jom layan cerita Masters's Sun ni. Memang tak rugi!

http://www.yodrama.com/wp-content/uploads/2013/08/the-masters-sun-photo-021.jpg

Jumpa lagi dalam drama review yang lain yep. Haa, anyway, Ni cerita last yang aleya download. Lepas ni no more downloading! Insya-Allah. Aleya pun nak ubah diri yang fanatik tengok drama ni jadik orang yang lebih berfaedah sikit. Jom kita doa dan berubah sama-sama... See you all soon! Bye.

Oct 5, 2013

Jodoh Itu Milik Kita

Hai, semua! Assalamualaikum warahmatullah.

Lama tak menyinggah ke sini? Memang lama sangat pun. Malas nak update satu hal, lagipun tiada isu yang menarik untuk dibincangkan sejak kebelakangan ni.

Mungkin ada yang dah sedia maklum, mungkin juga ada yang masih belum tahu. Aleya baru sahaja discharged daripada hospital Nilai Cancer Institute (NCI, Nilai) pada Khamis yang lepas. Aleya dimasukkan ke dalam wad disebabkan oleh demam denggi yang melarat. Eh, pusat kanser tapi dapat rawatan untuk denggi? Hm, memang pelik. Hospital tu berfungsi sebagai hospital yang biasa. Cuma ianya adalah lebih khusus untuk rawatan kanser. Memandangkan hospital ni antara yang hampir dengan rumah, parent aleya decided nak admit aleya kat sana. 


Pengalaman denggi ni aleya akan kongsikan dalam entri yang lain sebab tujuan utama aleya menaip hari ni nak berkongsi tentang drama yang sedang hangat ditayangkan di Astro Mustika, Jodoh Itu Milik Kita. Drama yang akan bersiaran sebanyak 40 episod ini adalah hasil lakonan watak-watak utama yang popular sepert Tiz Zaqyah dan Farid Kamil. Tiz Zaqayah tu memang sejak awal lagi favourite aleya, tapi Farid Kamil ni aleya minat biasa-biasa saja. 

Memang tak boleh nak dinafikan, lakonan Farid Kamil dalam drama ni memang superb. Sebelum ni aleya tengok lakonan dia dalam cerita Lagenda Budak Setan. Nak kata minat tu, boleh laaa... *wink wink*

Drama ni pun, merupakan kisah adaptasi dari novel Karya Seni. Semenjak dua menjak ni, banyak pulak novel yang orang buat jadik drama kan. Bukanlah nak kritik ke apa ke kan, tapi semua drama yang diadaptasi dari novel ni jalan cerita dia agak berterabur sikit. Mula-mula tengok, memang pening kepala la. Apesal drama ni tak tersusun, kejap scene ni, kejap pulak scene yang tu. Lepas tu, masuk episod lain, ada pulak cebisan peristiwa dari episod lepas yang masih tertinggal. Sebagai penonton, kita pun terpaksa jadik alert walaupun kita tengah tengok episod yang berbeza.

Lagipun, aleya perasan, bukan semua scene dalam sesuatu novel tu dimasukkan dalam drama. So, it is better if you don't watch the drama if you read the novel dan sebaliknya. Aleya memang banyak pengalaman membaca novel. Hampir semua novel yang famous, aleya dah pernah baca. Dan hampir kesemua novel yang aleya pernah baca tu dijadikan drama. Bila jadik drama, ada pelakon yang tak pandai bawak feeling sebenar sama seperti yang ada dalam novel tu. So, perasaan time membaca novel tu tak sama dengan perasaan ketika menonton drama tersebut. Something is wrong somewhere, perasaan tu still tak sama...

Ops, terbagi opinion sendiri pulak kan. Anyway, drama Jodoh Itu Milik Kita ni memang favourite aleya lepas cerita Cinta Jangan Pergi. Drama ni mengisahkan perkahwinan antara Aariz Danial dan Dahlia yang terjadi bukan atas kerelaan mereka berdua. Pada awalnya, Dahlia ditetapkan untuk berkahwin dengan Shafiq, adik Aariz. Tapi, si Shafiq ni memang psiko yang gila! Geram betul tengok watak dia dalam cerita ni. Kadang-kadang tu rasa nak pi lempang je si Shafiq ni. Kerja asyik nak susahkan hidup si Aariz je! Haa, nampak tak kegeraman yang muncul bila sebut nama si Shafiq ni? 

Pada hari perkahwinan dia dan Dahlia, boleh pulak si Shafiq ni lari pergi ke luar negara untuk cari bekas girlfriend dia. Tiada pilihan, Aariz bersetuju untuk bernikah dengan Dahlia akhirnya, untuk menyelamatkan maruah kedua belah keluarga yang semakin tercalar akibat perbuatan Shafiq yang tak bertanggungjawab.

Aariz memang suami yang bertanggungjawab, baik hati, romantik, memahami, kelakar.... Ops, bersusun pulak kata-kata pujian nak describe si Aariz ni kan. Tak tahulah orang lain rasa macam mana, tapi aleya memang suka suka suka sangat kat watak Aariz Danial! Rasa macam nak cari suami macam Aariz je. Berangannnnnnn....

Tapi apa salahnya, memang dia ada semua ciri-ciri yang seorang wanita harapkan pada seorang suami. Waaa, dah la hensem! Hahaha. Kalau adik aleya yang dengar mesti aleya kena kutuk sebab hidup dalam fantasi. Yelah, bila fantasi itu lebih indah daripada realiti. Apa salahnya, berangan sekejap dalam fantasi kan?

Dahlia... Seorang wanita yang jadi isteri kerana terpaksa. Tapi jiwa perempuan, sekali dah sayang memang sayang selamanya tanpa kompromi. Se tak suka mana pun kat suami dia tu, suami tetap suami. Perasaan yang ada untuk seorang suami tu tetap yang paling special yang tak mampu diganti oleh sesiapa pun. Istimewanya perasaan seorang isteri khas untuk seorang suami sahaja sepanjang seluruh tempoh kehidupannya. 

Best tengok kisah kehidupan Dahlia dan Aariz. Comel, dan serasi bersama. Dan aleya selaku penonton pun turut merasai bersama-sama mereka perasaan gembira, teruja, berdebar-debar, sakit hati, sedih dan semua perasaan lain yang diterapkan dalam drama ni.

Bagi aleya, kisahnya memang kisah yang berkemungkinan berlaku dalam kehidupan mana-mana pasangan yang senasib mereka. Sehinggalah sampai satu tahap, bukan semuanya itu masih kelihatan manis. Bukan semuanya itu indah belaka. Bukan semuanya itu apa yang kita benar-benar harapkan. Itulah satu lagi proses kehidupan yang dinamakan sebagai DUGAAN. 

Sekarang ni dah sampai episod 21, dan dugaan itu mula muncul dalam kehidupan Dahlia dan Aariz. Tapi, jangan risau, yakinlah dengan hati dan perasaan sendiri kerana jodoh itu pastinya milik kita akhirnya... Good luck for Dahlia and Aariz. Semoga bahagia berkekalan sehingga ke akhirnya. I'm expecting the best ending for both of them. Terima kasih kepada penulis, terima kasih juga kepada pelakon!

Moga bertemu lagi pada entri yang akan datang. Assalamualaikum.

Jul 27, 2013

Cinta Kopiko-5




Assalamualaikum, semua. Kembali lagi pada entri kedua untuk hari ni nampaknya. Teruja jap nak sambung menaip kisah yang tergantung sejak dua tahun yang lepas. Nak terus disiapkan tu, tak mungkinlah. Dengan perangai aleya yang pemalas ni lagi. Hahaha.

Sambungannya? Hm, tiada siapa yang tahu bila aleya ada mood nak sambung menaip. Semalam aleya ada post satu entri ni. Sambungan cinta kopiko, tapi rupanya tersalah copy. Part yang aleya copy tu, dah dipost dalam Cinta Kopiko bahagian 3. So, tadi baru perasaan dan dah diganti dengan entri yang baru. *krik krik krik...*

So, selamat membaca pada yang masih follow blog aleya. Maaf atas kekurangan dan salah silap kata-kata dalam blog ini. Semua entri tiada kaitan antara yang masih hidup atau pun yang sudah mati...Semua kisah adalah yang berkaitan dengan diri penulis ini, situasi ketika itu, serta emosi yang dirasakan ketika itu.

Cinta Kopiko ni projek aleya yang entahlah ke berapa. Time darjah 6 dulu, aleya ada juga menulis cerpen detektif, tapi tergantung jugak. Padahal ada beberapa bab sahaja lagi nak sampai ke penghujungnya. Hesy, nak buat macam manalah dengan diri ni yang tiada matlamat dan malas selalu?

Okay, enough with the chatting and nagging. Let's continue with Cinta Kopiko-5.

      ********************************************************************************

        Seminggu berlalu sejak aku pergi ke pejabat Amer. Nombor telefon yang kuperolehi daripada setiusahanya masih tersimpan kemas dalam buku panduan telefonku. Aku masih tidak mempunyai kekuatan untuk berhubung dengannya. 


Entah mengapa, aku merasakan yang aku takkan menang berbalah dengannya. Tapi, aku tak boleh mengalah begitu sahaja. Aku perlu mengusahakan sesuatu. Mujur juga mama tidak lagi bertanyakan tentang perkara itu kepadaku.


Malam itu, aku bersantai di dalam bilik sambil mendengar muzik dan melayari internet. Telefon bimbit yang terletak diatas katil berdering nyaring meminta dijawab. Bunyi ringtone lagu OST Drama Korea Lie To Me membuatkan aku leka sebentar mendengarnya. Tanpa sempat aku menjawabnya, deringan itu termati sendiri. 


Telefon bimbit berbunyi sekali lagi ketika aku ingin bangun dari katil. Aku pandang sekilas nombor yang tertera pada skrin telefon. Hanya nombor yang tertera, tiada nama pemanggil.


“Hello,” aku bersuara memulakan perbualan. Namun, bicaraku terbiar sepi, tidak bersambut. Aku bersuara sekali lagi. Pemanggil terus sepi. Aku mula naik angin. Benci betul bila ada pemanggil yang tak menjawab setelah menelefon. 


“Kalau tak nak cakap, lebih baik tak payah call! Menyusahkan orang saja!” aku merungut kemarahan. Sesaat sebelum jariku menekan punat merah untuk menamatkan panggilan, terdengar suara perlahan yang menghentikan tindakanku.


“Maaf. Saya Amer. Awak Farisya,kan?” aku terdiam mendengar suaranya. Amer? Amer Haiqal?? Benarkah?


“Awak memang selalu macam ni ke? Call orang tapi tak cakap apa-apa?” sempat lagi aku menyindirnya walaupun aku terkejut dengan panggilannya.


Terdengar suara Amer ketawa halus. Tidak dinafikan, aku senang mendengar tawanya. Perasaan amarahku reda dengan sendirinya. Aku menghela nafas perlahan.


“Maaf, ya. Saya tak bermaksud nak buat macam tu. Suara awak lain bila cakap dalam telefon. Saya ingatkan tersalah call orang tadi.”


“Kenapa call?”


“Salah ke saya call awak?” pertanyaan yang tidak disangka itu membuatkan aku terdiam sebentar. 


“Mana awak dapat nombor telefon saya?”


“Kenapa awak cari saya kat pejabat?” Soalanku berbalas dengan soalan juga.


          “Tolong hentikan pertunangan kita, boleh? Saya tak bersedia lagi nak berkahwin. Lagipun, kita bukannya kenal sangat pun. Macam mana nak kahwin dengan orang yang tak dikenali?” Memandangkan ini merupakan satu-satunya peluang yang aku ada, aku terus meluahkan perkara yang ingin aku khabarkan padanya. 


          Talian sepi. Lama aku menunggu dia berbicara, memberi respon terhadap luahanku tadi. ‘Takkan dia marah kot?’ bisik hatiku sedikit cemas. Jantung yang mula berdegup kencang, kuabaikan.


          Aku baru sahaja ingin mencelah apabila dia juga turut bersuara.
“Sebab tu ke awak cari saya?” Aku tak pasti sama ada ianya hanya imaginasi aku ataupun tidak, aku bagaikan terhidu perasaan kecewa dalam nada suaranya sebentar tadi. 


          “Ya. Saya nak berbincang dengan awak pasal tu. Saya rasa awak pun mesti tak mahu dipaksa berkahwin dengan saya, kan?”


“Eh, mestilah!” dia menjawab sepatah, yakin. Aku menghela nafas penuh kelegaan. Nampaknya, rancangan mama kali ini terpaksa aku tolak. Bukan lagi kerana keengganan sebelah pihak, pihak lelakinya juga tidak bersetuju dengan perkara ini. Aku tersenyum lebar memikirkan betapa terkejutnya ibubapaku nanti apabila mengetahui yang Amer juga rupanya tidak bersetuju dengan perkahwinan yang diatur ini. Tapi, kenapa hati aku pula yang mula terasa sesuatu perasaan yang tak sepatutnya aku rasakan? Sudah, jangan keliru dengan rasa hati itu, Farisya!


          “Terima kasih banyak-banyak, ya! Saya tahu, awak mesti akan memahami saya.”

          “Sekadar ucapan terima kasih sahaja ke?” dia bertanya.


“Apa lagi yang awak harapkan?”


“Belanja saya makan.”


“Makan? Oh, ingatkan awak nak apa tadi. Boleh saja. Awak tetapkanlah masa dan tempatnya. Lepas awak balik outstation nanti, kita jumpa. It will be my treat.”


Nanti saya sms awak.” Setelah bertukar salam, talian kuputuskan dengan senyuman.


-To be continued-


                                                                                                 ~AleyaMaira~