Jan 8, 2015

Aleya yang kini bukan aleya yang dulu

Kembali berada di sini....

Assalamualaikum warahmatullah.

Sihat ke agaknya semua manusia kat dunia ni? Jika ya, Alhamdulillah. Masing-masing dikejutkan dengan bencana yang datang bertimpa-timpa di Malaysia. Sangka kita Malaysia ni harmoni, berada di atas garisan selamat khatulistiwa, terhindar dari bencana alam yang drastik serta cuaca pun sepatutnya lebih berstruktur berbanding negara lain.

Tapi, apa yang terjadi kini? Malaysia yang harmoni? Hm, mungkin tidak lagi. Walaupun terletak cantik atas garisan khatulistiwa, masih lagi ada tsunami. Masih lagi ada gempa bumi. Masih lagi ada bencana alam yang lain. Kenapa?

Ada yang kata sebab banyak dosa. Ada yang kata bumi dah sampai ke penghujungnya. Ada yang kata, biasalah tu. Negara lain pun kena jugak. Dan, terselit juga ada yang kata, dah nasib ko. Terima je la. Asal aku bahagia sudah. Jual ikan betul! o_O

Entri kali ni bukan nak membincangkan pasal bencana, bukan juga pasal dosa, dan bukan tentang mereka yang lain. Tapi tentang aleya. Aleya yang kini rapuh. Sejak bila entah jiwa jadik lemah dan rapuh sebegini. Selalunya sebab kurang menjaga hubungan dengan Allah. Memang tu saja pun punca solo bagi masalah ni. Aleya masih cuba atasi. Insya-Allah. \(^_^)/ fighting!!

Tapi kan... Aleya rasa hubungan dengan manusia pun memainkan peranan juga. Aleya rasa, kalau dicerita masalah yang ada pada ibu ayah mesti diorang tak paham. Aleya pun tak paham kenapa diorang tak paham. Mereka rasa aleya tak sepatutnya ada rasa stress, tak patut rasa sedih, tak boleh rasa putus semangat langsung. 

"Awak tu baru je mula nak hidup. Dah nak stress bagai. Kitorang yang dah lama hidup ni pun tak stress mcm awak." Aleya tak patut stress ke?

        Aleya cuma mintak; " Tolong jadik pendengar je boleh? Kat sapa lagi aleya nak cerita kalau bukan kat mak ayah yang aleya rasakan selalu berada di sisi, jadik punca kekuatan dan semangat?"

Aleya takmau beralih mencari pendengar yang lain selain mak ayah sebab aleya rasa mereka yang lebih layak mendengar keluhan aleya. Aleya tak perlukan langkah untuk elak stress, nak hadapi dugaan yang datang bertimpa. Aleya tahu macam mana nak selesaikan masalah aleya sendiri. Selama ni pun memang aleya yang ambil langkah hilangkan stress sendiri. Aleya tak mintak apa pun, cuma jadik pendengar je. Salah ke? Berat agaknya permintaan aleya tu... Banyak kali juga bertelagah sebab aleya yang tersinggung. =(

Mujurlah kawan aleya ada sorang di sisi. Cik S yang selalu dengar luahan aleya. Tapi yelah, dia pun ada keluhan dia sendiri. Tak mungkinlah dia sanggup dengar selamanya kan. 

Aleya rindu kat 4 Puteri sebenarnya. Dulu, kalau Cik S busy, aleya carik Cik F pulak. Atau Cik E. Sekarang?

Aleya tengah pening pasal kerja aleya. Kadang-kala kami ni macam kuli pun ada jugak. Consideration tentang pelajaran aleya pun tiada, sebabnya aleya kerja full time. Tapi kerja full time pun patutnya dari 8-5 saja la kan. Kalau dah kena on duty 24/7 termasuk hari cuti, macam mana pulak. Takkan aleya tak layak untuk ada masa lapang privacy kot? Takkan kena selalu kerja sampai malam kot. Takkan cuti pun terpaksa mai ofis kot. Mana waktu aleya? Bosanlah kerja macam ni. 

Sampaikan nak belajar pun takde masa. Haa, merungut! Merungut je kerja. Aleya rasa kita kena enjoy kerja, barulah tak rasa stress. Betul tak. Dulu aleya enjoy tapi bila rakan sekerja makin kurang, banyak pulak projek masuk, takkan la nak handle sorang-sorang. Gila aleya jadiknya jaga 2-3 projek sekaligus!

Cukuplah sekadar ini untuk harini. Esok lusa, kalau rajin, aleya singgah sini lagi ye. Bye, semua. =)


-Aleya_jiwa_kacau-