Dec 4, 2016

Disember 2016

Assalamualaikum.

Setahun kemudian... kite jumpa lagi di sini. Baca entri lepas-lepas, rasa sangat kelakar. Macam cikgu BM pun ade jugak. Awat skema benar ayat-ayat aleya tuh... Hehehe.

Btw, last post aleya tu, aleya kata nak kahwin bulan 3 dan bakal jadik penganggur. Dan kini, setahun kemudian... Aleya dah bergelar seorang isteri. Tengah melalui suka-duka alam rumahtangga.

Insya-Allah, bulan 4 tahun depan bakal dikurniakan baby yang comel. Moga sihat dan soleh hendaknya. Moga Allah mudahkan semua urusan Aleya melahirkan khalifah Allah ke dunia.

Dan kini jugak, dah dekat 8 bulan Aleya bekerja sebagai seorang guru. Hm, jauh melencong dari bidang aleya yang sebenarnya. Sebab aleya sekarang merupakan guru Matematik sedangkan aleya belajar bidang ekonomi di universiti dulu. Macam kutub utara dengan kutub selatan pulak perbandingannya. 😏😏😏

Apa-apa pun, aleya bersyukur dengan kehidupan aleya kini. Alhamdulillah.

Lama tak menulis, lupa pula aleya pada hobi aleya yang satu ni. Menulis memang dapat hilangkan lara di jiwa. Banyak yang nak dikongsi. Lagi-lagi bila tiada yang ingin berkongsi luahan dengan kita.

Tapi kan, dalam banyak-banyak cita-cita aleya sejak zaman sekolah rendah dulu, tercapai jugak la salah satu daripadanya. Cita-cita pertama dalam hidup aleya untuk menjadi seorang guru. 😍😍😍

Moga-moga aleya dapat mencapai cita-cita yang lain juga di masa hadapan. Sejak kebelakangan ini, ada satu lintasan yang kerap menerjah fikiran aleya. Hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat pHd. Mampukah aleya? Dengan status sebagai seorang isteri, dan ibu nanti? Moga Allah tunjukkan jalan yang terbaik buat aleya. Insya-Allah, Amiin.

Doakan aleya jugak ye. 🤗🤗🤗🤗🤗🤗

Okey, sampai sini dulu. Nanti kita jumpa lagi. Tengok jugak laa, berapa lama agaknya masa yang diambil untuk sambung entri yang seterusnya. Bye.