Mar 29, 2013

Cita-Cita saya?

       Assalamualaikum... Selamat malam. Eh, dah lepas tengah malam rupanya. So, selamat pagilah kan?



       Aleya tengah teringat dan terkenang cita-cita
aleya nak jadik penulis novel.Tengah borak-borak dengan kawan aleya, tiba-tiba dia tertanya tentang entri aleya sebelum ni, episod cinta kopiko yang aleya post beberapa tahun yang lalu. 


       Err, rasa macam dah lama sangat saja. Tapi memang dah lama sangat pun. Sampai aleya sendiri pun dah terlupa jalan cerita yang nak ditulis pada masa tu. Hilang segala idea yang bersarang dalam kepala sebelum ni.  

 

       Bila aleya baca balik entri tu, rasa ingin mengarang datang balik. Tapi rasa malas lagi kuat dari rasa teruja! What to do! Sabar sajalah, kan. Kalau malas macam ni, tak sempatlah nak merasa jadi penulis novel. Jadi pembaca novel sampai ke akhir hayat sajalah jawabnya. Hahaha...

                 Oh! By the way, ada kawan aleya tanya, siapa aleya dalam blog ni? Aleya treat blog ni macam la diari aleya yang tak berapa nak rahsia. Kalau nak cerita dari perspektif diri sendiri, rasa macam pelik saja. So, aleya create la karakter baru yang represent diri aleya dalam blog  ni. So, bagi kawan-kawan yang mengenali aleya secara personal, harap dapat terima karakter aleya sedanya. Thanks! Lagipun, biarlah. Blog kita kan. *smile*

                      


Waaaa, mata kita dah ngantuk!














        Jom tidur ! Selamat malam, semua... Have a nice dream. Mohon ampun dan maaf jika ada salah silap sepanjang hari ini. See you in the other entries..  


                   


                         -AleyaMaira-

Mar 27, 2013

Soal Hati

Hai semua! Hari ini, Aleya mengalami mood sedih. 



       Mungkin sebab Aleya terkenang beberapa perkara yang buat Aleya sedih sejak kebelakangan ni. Moga-moga semuanya dipermudahkan oleh Allah hendaknya. Sempat juga Aleya meluahkan perasaan duka yang terbuku dalam hati kat kawan Aleya. Mujur juga ada dia, kurang sikit rasa sedih yang selama ni terbungkam begitu saja.

       Sebab, Aleya tak tahu nak luahkan pada siapa. Nak cerita dengan mak aleya, dia pun penat mencari rezeki tambahan untuk keluarga. Nak bercerita dengan adik-adik, mereka pun sibuk dengan hal sekolah masing-masing. Mujur tak termenangis depan kawan Aleya tadi. Thanks friend, for lending me your ears. Walaupun tiada solution, Aleya sangat menghargai kata-kata penenang dari dia.


        
       Finally, I think it is the time to get through those sad matters. Just let it go. Tak ada faedah pun Aleya asyik dok kenangkan perkara yang dah lepas kan? Aleya hanya mampu berdoa banyak-banyak moga Aleya dan family mendapat ketenangan dan keberkatan Ilahi. Amiin...


Mar 25, 2013

Dia Budak Sains

      Assalamualaikum! Good Morning to all viewers! Jom teruskan hari kita dengan ceria dan bersemangat...
      
      Petang ni, Aleya ada test kewangan islam. Tajuk yang masuk adalah berkaitan sejarah kewangan Islam kat Malaysia, riba, zakat dan sumber-sumber hukum Islam. 


      Doakan Aleya dan kawan-kawan dapat jawab dengan baik ye.
Tadi dah mesej mak Aleya, minta dia doakan. Jom jawab dengan tenang! Kat bwh ni ada screenshot mesej Aleya dengan mak.



       Tengah-tengah get ready nak study, Aleya tertengok buku roommate Aleya atas meja dia. 


        Dia pun exam jugak hari ini. Dia budak sains, lebih tepat lagi budak kimia. Time sekolah dulu, aleya paling tak suka subjek kimia. Memang tak sebulu lah. Dah la bosan, mengarut pula tu subjek dia. Haisy, Aleya pun tak tahu macam mana Aleya boleh tamat belajar kimia.

        Gambar-gambar yang ada kat bawah ni pula, gambar notes dia untuk test malam ni. 




        Rommate Aleya rajin sangat study. Dia selalu bangun awal dan study sungguh-sungguh setiap kali ada exam. Kalau tak ada exam pun, dia rajin study juga. 

        Bukan macam Aleya. Petang nak exam, pagi tu sibuk dok menghafal. Contoh yang tak baik tu. Anda-anda semua jangan follow tau.
         Kalau nak kejayaan yang berkualiti, usaha pun kena berkualiti juga. Kuantiti tak penting, yang penting ikhlas kerana Allah Taala.
                           

                             ~The end~
 
                                                     -AleyaMaira-

Mar 24, 2013

It's Sunday!

     Assalamualaikum.Hari ni, hari Ahad. Mesti ramai yang suka dan bergembira di hari Ahad, kan? Aleya pun sama, suka sangat hari Ahad...



      Pagi-pagi dah rasa gembira, sempat minum air buatan sendiri. Study sikit dan bersosial di Facebook. Relakslah, Ahad kan...

      Tapi tiba-tiba teringat, esok hari Isnin.. Walaupun kelas 4 jam saja, tapi bila sebut saja Isnin, rasa malas pasti menerpa.


      I don't wanna go to class tomorrow! Tapi apakan daya, musim exam dah tiba. Kenalah rajin pergi kelas. Dalam entry kali ini, Aleya nak berkongsi satu english series yang sangat best. Tajuknya: Once upon a time.


      Season 1 ada 22 episodes, sekarang tengah tunggu season 2 airing pulak. Cerita ni pun, roommate Aleya yang perkenalkan. Mula-mula tengok, rasa bosan sikit sebab aleya tak minat cerita Inggeris. Tapi, semakin lama tengok, makin best! Dalam cerita ni, ada semua watak fairy tales yang kita pernah dengar dan baca sejak kecil.

      Cinderella, Snow white, Hansel and Gretel, Red riding hood, Rumplestiltskin, Pinnochio dan banyak lagi. Yang bestnya, semua watak-watak ni mempunyai kaitan sesama sendiri. Seriously the best! Series kedua yang aleya minat selepas Merlin Season 1-5. Wah, seronoknya kembali ke zaman fairy tales ni, to the world full of magic! Rasa macam terkembali ke zaman kanak-kanak sekejap.

             Siapa-siapa yang minat cerita Inggeris, Aleya sarankan tengoklah cerita ni. It also can help us to improve our english language both in writings and communication. Nak improve dengan cara belajar, mesti tak sukakan... So, why not, we try by watching english series? =) Kat bawah ni, ada gambar watak-watak 
dan sedikit scene dari cerita tu.



Hansel and Gretel

Cinderella sebelum dan selepas transformation.

snow white and the witch

Pinocchio.

Rumplestiltskin-sampai last dia jahat!

All the cast-ramai yang tiada dlm gambar ni.


Watak aladdin

Cermin setia Mak tiri Snow white. "Mirror mirror on the wall, tell me who's the fairess in the world?'

Dua gambar terakhir kat atas ni menunjukkan watak Aladdin, dibebaskan oleh raja. Lepas tu dia jatuh hati pada permaisuri dan korbankan diri utk bersama dengan permaisuri, forever! Macam mana tu? Nak tau ceritanya? Tengoklah cerita ni ye.. ^-^




                         -AleyamMaira-


Mar 23, 2013

You are REMOVED!

Mari kawan, mari dengar ini cerita... =)

Assalamualaikum,
     Hari ni aleya terbuka blog kawan-kawan yang lama. Ramai rupanya yang dah tak update blog mereka. Ada yang dah 2 bulan, ada yang dah 6 bulan, ada yang dah 1 tahun, dan yang paling lama sekali ada yang dah 2 tahun tak update apa-apa di ruangan blog mereka. 

    Kira aleya ni rajin lagilah kan, setahun sekali pasti ada post yang ditulis di blog ini.Tapi ada seorang kawan aleya ni, sampai hari ni pun, dia masih lagi rajin meng update blognya. Tahniah, kawan! Gembira sat... Hehehe.

    Nak dijadikan cerita, aleya pun bukaklah blog kawan aleya yang rajin ni. Nak tau?! Terkejut dan tersentap aleya tengok blog dia. Cantik sekali. Berlatarkan warna pink yang semakin menjadi kegemaran aleya sejak akhir-akhir ini. Macam 'Gurly' sangat saja kalau aleya minat warna pink. Tapi cantik!

    Dah selesai baca beberapa post dia, tertimbullah niat di hati untuk follow member aleya ni. Aleya pun tekanlah follow.Lagi sekali aleya terkejut dan tersentap-sentap! Double effect tu. Kesan yang mendalam. Nak tahu kenapa? Sebab, terpaparnya gambar ni.





      Kalau kawan-kawan pembaca yang tengok, agak-agak tersentap tak? Hehehe, mestilah kan. Aleya tahu, bukan kawan aleya yang block, tapi si blog aleya yang bermasalah kut. Sebab dah berzaman tak berbuka kan. Dia pun jadi konfius sat. Biarlah, sekarang ni aleya dah ada blog untuk ditulis kembali dan dah ada blog untuk dibaca serta diikuti. I'm back!!! Bangga kejap.


      Tiba -tiba, teringat pada kawan-kawan aleya. Dah lame tak menghabiskan masa berempat. Rindu pada mereka. '4 Puteri -love- '

      Emo kejap. Bukan hari ini saja, sejak kebelakangan ini memang macam tu. Maaflah pada yang terkena tempiasnya. Keadaan ekonomi hati aleya agak kurang stabil. Sebab itulah kot, kegawatan berlaku buat sementara waktu.

      Bila kelas semester ini berkurang, makin kuranglah masa aleya bertemu dengan kawan-kawan pengubat lara.Maklumlah, aleya stress kalau tak dapat bercakap banyak-banyak...

      Hahaha, adik-adik aleya kata, "Penatlah kak, dengar kau cakap banyak-banyak..." Sabar sajalah. Dah nature aleya macam tu, payah nak ubah.

      Okay, the end! See you all soon.


Kesian kucing ni, gambar hiasan jek. =)



                                                   -AleyaMaira-


Yeay!

Okay, aleya da install blogger application kat phone. Lepas ni, bolehlah selalu update walaupun tak bukak lappy. Jom study! Isnin test!!! Arghhh, risau risau risau...

Morninggg!

      Wow, it is a nice morning. Alhamdulillah. Once I woke up, I feel some strange feeling inside me, weird feeling, to be more precise. Let's just forget it for a while, shall we?... 

      Tiba-tiba terasa nk terspeaking. Haha. Hari ini merupakan hari kedua mak aleya pegi kerja. Pelik kan? Tapi itulah yang terjadi. Sebab tu kot aleya rase weird feeling pagi tadi. aleya tak suka perubahan yang berlaku tiba-tiba. Susah nak terima. Susah nak faham. Kenapa benda macam tu kena berlaku... 

      Bangun- bangun saje, tercerita pada roommate. Tapi terasa macam membuka pekung di dada. Buat apalah nak susahkan roommate aleya pulak kan. Kesian pulak kat dia. 

     Okay, tengah study ni. Nanti sambung bebel lagi ye. Susah nak create post bila bukak blog guna phone. Nak pos gambar tapi complicated pulak proses dia.

             Bye semua! May all have a nice day! =)

Mar 22, 2013

Sekalung doa buat dirinya.

          Terkenang pada ex-roommate, Nur Atiqah. Esok adalah hari bahagia buat dirinya. Kak Tiqah dan pasangan, Mohd Faris bakal bernikah, membina masjid mereka bersama. Semoga kehidupan rumah-tangga yang bakal dibina dirahmati Allah sehingga ke akhir hayat. Harap semua pembaca juga turut sama menghadiahkan doa yang ikhlas buat mereka.

          Insya-Allah minggu depan pulak, walimatul-urus. Nampaknya Aleya tak dapat menghadiri walimatul-urus kak tiqah yang dah dianggap seumpama kakak sendiri. Sempatlah menumpang kasih sebagai seorang adik selama kami tinggal bersama selama hampir 2 tahun di UPM sebagai roommate. Maklumlah, aleya tak ada kakak or abang. Adik ramailah. Hahaha.

          Pesanan buat Kak Tiqah yang disayangi selalu; Semoga menjadi isteri yang solehah dan bakal menjadi ibu yang baik! Tahniah, bakal pengantin! Aleya tumpang berdebar untuk kak tiqah juga.. Hehe =)


p/s: Tak sabar nak bina masjid sendiri ! =P

Hye there!



22 mac 2013, 3.50 pm:

Assalamualaikum warahmatullah...

    Jom menaip! Meluahkan rasa yang terbuku dalam hati. Sejak kebelakangan ini, aleya tak jumpa saluran yang terbaik untuk meluahkan rasa di hati. Mungkin menulis adalah cara yang terbaik untuk aleya. Hahaha. Rasa macam termerepek kejap. 

   Semalam, ada kawan yang tertanya tentang blog aleya secara tiba-tiba. Teringatlah pada si blog ini yang telah sekian sekian sekian lama tak terbuka. Memandangkan agak lama aleya tak meng update, mungkin rakan-rakan blogger dah tak memberi perhatian terhadap blog yang tak berapa nak berpenghuni ni. Hopefully! 

     Err, nak bercerita. Tapi tentang apekah? Jom fikir sama-sama…

Oh, the internet line is connected! Yes, nak online! Penat tunggu nak buka facebook dari malam tadi lagi. Baru nak connected. Apa daa…
 
Okay, let’s post it on the blog now

                                                 -AleyaMaira-