Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

Aug 3, 2011

Telatah Terawih...

Assalamualaikum...
      Bila buka blog saja, mesti ada post pasal ramadhan. Macam-macam persiapan serta ibadah puasa yang telah dilalui sepanjang dua hari ni. Jadi, dikesempatan ini Maira pun nak ucapkan Salam Ramadhan kepada semua. 
       Semoga kita menikmati sepenuhnya keberkatan dan rahmat sepanjang bulan yang mulia ini. =)
Hari kedua aku berterawih bersama ibu dan adikku. Pertama kali dalam 4 tahun ni, aku sempat berterawih bersama mereka sejak terawih pertama. Nak dijadikan cerita, Kami agak terlambat sampai di masjid. Masjid tu tak lah jauh sangat. Selalunya dapat saja duduk di barisan pertama atau kedua. Tapi kali nie, memang tak jumpa tempat nak duduk. Allah, dugaan pertama. 
       Tapi hati meronta2 juga nak solat dengan khusyuk. Seronok kan dapat berterawih nie. Aku terpisah dari mak dan adik perempuanku. Aku solat di hujung barisan sebelah kain tirai. Tengah2 menghayati bacaan Pak imam masa sujud, boleh pulak kain tirai sebelah aku tu terbang. sSampai kepala aku termasuk ke belah lelaki. Malu gila aku, nak solat pun dah tak khuyuk da. Buat2 khusyuk jelah, pandang jek tempat sujud, kan. Lepas tu, terdengar suara budak2 lelaki jerit. Tarik cepat! Tarik cepat! Nak tergelak pun ada jugak. Haisy, dugaan kedua.
Akhirnya tibalah masa untuk solat terawih pula. Tengah nak rukuk, boleh pulak budak2 lelaki yang tengah main kat sebelah tirai tu, bukak tirai dan menjenguk. Terkejut juga bila tiba2 terjengul kepala diorang. Bukan sorang, bukan dua. Tiga, empat orang jugaklah. Ada sorang tu boleh pulak tanya soalan yang boleh buat aku gelak tergolek2... 
"Bila nak balik, sayang?" sengal gila budak tu. Mujur jugaklah aku tengah di pertengahan solat. Kalau tak, dah lama kena marah budak tu. Dugaan ketiga! Sabar jelah,kan.
Ada mak cik yang solat kat belakang aku bawak anak laki dia yg kecik solat sekali. Budak tu pulak, Ya Allah... Agaknya tak pernah belajar erti duduk diam agaknya. Dia main seberang2 pulak tirai kat sebelah aku tu. Sampai terlangar2 aku yang tengah solat ni.. Aduh, dugaan lagi. MEmang banyak sangat dugaan di bulan puasa ni. JAdi, satu2nya cara kita nak hadapi segalanya adalah dengan bersabar. Bersabar kan dapa pahala, siap berganda lagi di bulan penuh rahmat ni. 
P/S: 1) kalau nak pergi bersolat di masjid yang ramai orang, jangan duduk sebelah tirai. Bila2 masa saja ia akan terbang dan menonjolkan diri anda seorang di sebalik tirai di bahagian solat lelaki. Malu....
      2) Kalau bawa budak kecil, pastikan anda ajar mereka cara 'duduk diam ketika orang sedang bersolat.' Banyak kelebihannya kepada anda dan masyarakat sekeliling.
     3) Jangan menjenguk2 bahagian lelaki atau perempuan secara tiba2, terutamanya ketika mereka sedang rukuk. Wajah anda akan kelihatan sangat pelik dari posisi atas.. harap maklum...=)
Akhir kata, 
Selamat menjalani ibadah puasa hingga ke akhirnya, dan Selamat Berterawih dengan sabar!!! =)

Jun 10, 2011

Aku DaN SuKan

Aku suka tengok diorang main bola...
Aku suka tengok diorang main lempar selipar...
Aku suka gila tengok diorang main bola ring...
Tapikan.... aku tak suka main bola...
aku tak suka main lempar selipar...
Aku tak suka main bola ring...
Kenapakah? Mesti semua orang tanya kan... Sebenarnya, dari kecil lagi aku tak berbakat dalam bidang sukan. Satu-satunya sukan yang aku main pun baling pundi kacang saja... nak buat macam mana kan? Tapi,
aku cuba juga main bola...
Aku cuba juga main lempar selipar...
aku cuba juga main bola ring...
Alih-alih, bukan aku yang sepak, bukan aku yang baling...
Tapi aku yang disepak bola, aku yang kena baling....
Sedih hati aku... tapi, aku takkan mengalah... aku tetap akan berusaha keras... Berusaha tengok semua permainan mereka dan turut serta walaupun setakat jadi penjaga garisan saja dalam gelanggang permainan... Hahahaha..... Yang penting, aku selalu saja gembira dengan diri aku.. Tak pernah menyesal dengan segala keputusan aku... Asalkan aku gembira....

May 20, 2011

Seksa!

Aku kini di rumah. 
Menghabiskan sisa-sisa cuti yang baru sahaja bermula. Cuti semester 4 bulan kot. Semua orang pun merungut tak tahu nak buat apa kat rumah. Maklumlah, cuti lama pun bosan juga. Nak belajar lama-lama pun bosan juga. Semua benda pun kalau buat selalu dan untuk tempoh yang lama pasti akan rasa bosan... Betulkan?
Tapi, berlainan pula dengan aku. aku lebih seronok duduk di rumah. Sampaikan nak keluar jalan-jalan pun rasa malas. Tak tahulah kenapa boleh jadi macam tu kan.. Nak dijadikan cerita, sejak aku balik rumah untuk bercuti nie, aku asyik sakit saja. Mula-mula demam + selesema = batuk. 
Ianya berterusan 
sampai 3-4 hari jugaklah.. Lepas tu, selang 2-3 hari, aku keracunan makanan pulak. Seksa yang amat. Setiap masa, perut sakit dan asyik memulas saja. Nak makan pun tak lalu, nak tidur pun tak lena, nak mandi pun hampir-hampir je tak basah sebab sakit sangatlah katakan.
 Berapa hari aku 
terseksa dengan sakit nie. akhirnya aku mengalah jua. Bendera putih aku kibarkan. Doktor dan klinik yang aku takuti kujejaki jua. Dahlah aku tak suka nak makan ubat, boleh pula doktor tu bagi aku ubat cecair. Nak termuntah aku telan. Dan kesimpulannya, sampai hari nie pun masih tak sihat lagi. Entah bilalah nak sihat. Harap-harap aku sihatlah cepat, dah tak tahan sangat dah sakitnya. Tandas macam bilik dah jadinya. huhu...
That's all for now. See you in other post.. Bye, Jaa ne! (jumpa lagi)  =)

Apr 17, 2011

AntArA CitA dAn CiNtA...

Tamat menonton "Boys Over Flower."
Bila ditanya antara cinta dan cita mana satu yang lebih penting, agak2 apa jawapan anda? Ramai yang mengakui kepentingan cita berbanding cinta namun, tidak kurang juga ramainya yang mempercayai cinta itu elemen penting dalam menentukan cita seseorang. Bagaimana pula dengan saya?
Hmm...nak jawab soalan ini ternyata mengambil masa yang lebih lama dari yang dijangka. Kenapa ea? Susah nak menjawab... atau susah nak mencari jawapan yang senang?
Tengok dalam cerita BOF nie, cita didahulukan, cinta diutamakan.Dengar macam sama je kan maksud kedua2nya, tapi sebenarnya tidak. Tak salah seseorang itu jatuh cinta. Tapi cinta yang bagaimana? Cinta sebelum kahwin? Cinta ketika sedang belajar? ataupun cinta yang wujud bila kita masih bergantung terhadap org lain? Jatuh cinta itu fitrah manusia. Seronok jatuh cinta nie sebenarnya, tapi lebih seronok kalau kita jatuh cinta pada yang lebih berhak, yang halal. Bukan begitu? Hahaha, merepek je aku nie pun. Tapi entahla,
bila mengenangkan cita diri yang masih belum tercapai, segala perkara lain kelihatan sangat tidak diperlukan dalam hidup. Jadik, apa yang aku harapkan?
Aku nak tamatkan belajar di UPM dengan degree kelas pertama.Itu janji pertama aku bila aku jejak kaki ke UPm. Insya-Allah, semoga hasratku ini tercapai dan doaku dimakbulkan Allah Yang Maha PeMurah. 
Keduanya, aku nak bukak kedai buku. 
Itu impian kehidupan aku. Ketiganya, aku nak capai cita2 bekerja dalam bidang perakaunan. Dan seterusnya, aku nak jatuh cinta pada seorang lelaki yang soleh setelah menjadi isterinya. Ini antara cita2 yang aku nak capai. 
Orang kata, kalau kita nak terbaik buat diri kita, kita kena buat yang terbaik untuk orang lain. Segala kejayaan yang aku capai sekarang tidak lain tidak bukan atas ihsan Allah yang Maha Pengasih serta doa ibubapa.
Akhir kata, Aku akan terus melangkah mencari cinta yang aku kehendaki dalam hidup ini... Doakan aku.

p/s: crite nie sangat best. Sedih sangat.