Kadang-kadang tu, pergi rumah orang untuk beraya pun salah. Tak pergi pun salah. Entahlah nak buat apa lagi kan. Sabo jelah sebab ramai je yang bergumbira nak dibandingkan dengan diriku yang tak mampu nak bergumbira ini.
Mar 26, 2026
Raya...Raya...Raya...
Kadang-kadang tu, pergi rumah orang untuk beraya pun salah. Tak pergi pun salah. Entahlah nak buat apa lagi kan. Sabo jelah sebab ramai je yang bergumbira nak dibandingkan dengan diriku yang tak mampu nak bergumbira ini.
Feb 11, 2026
Assalamualaikum, semua! Welcome back! Aleya gembira sangat sebab masih berpeluang untuk menaip luahan dan perasaan di blog ni. Aleya cuma nak beritahu yang Aleya berharap sangat dapat menulis dengan lebih kerap pada masa akan datang.
Tadi, Aleya meluangkan masa dengan membaca entri-entri lama. Memang agak berbakat rupanya Aleya menulis. Sejak-sejak berkahwin dan mula sibuk dengan kehidupan harian, kehidupan Aleya hanyalah terbatas kepada suami dan anak-anak. Sampaikan satu ketika, Aleya rasa jiwa ini kosong tanpa sebarang arah untuk dituju. Dulu, Aleya ada cita-cita untuk menjadi seorang penulis. Aleya selalu tulis novel 'konon-konon' dan dibaca oleh rakan-rakan. Dalam blog ni pun, Aleya ada tulis beberapa siri entri untuk melengkapkan sebuah novel bertajuk ;Cinta Kopiko'. Cerita ini tidak pernah mencapai kesudahannya kerana Aleya kekurangan masa untuk berangan dan berimaginasi.
Alangkah ruginya, kan. Tapi takpe, cita-cita Aleya kini disambung melalui cara menulis reviu kepada novel-novel dan buku-buku yang menjadi lambakan di pasaran masa kini. Aleya pun dah sediakan sebuah laptop dalam bilik yang akan selalu dibuka untuk mengemaskini entri Aleya dalam blog ini.
Walaupun kini semua penulisan Aleya bunyinya seperti kanak-kanak, Insya-Allah, Aleya percaya kepada kebolehan diri Aleya sendiri. Aleya akan bangkit mengasah bakat Aleya dalam bidang penulisan. Lambat-laun, Aleya akan menjadi seorang penulis berbakat dalam diri Aleya sendiri walaupun peluang untuk menjadi penulis terkenal itu amatlah tipis untuk menjadi kenyataan.
Okey, semoga kita bertemu lagi di lain masa. Banyak lagi perkembangan diri Aleya yang Aleya ingin kongsikan. Agak-agaknya, masih ada tak orang-orang yang blog walking zaman sekarang ni? dulu kami sangat rajin berjalan-jalan melawat blog rakan0rakan dan meninggalkan komen membina untuk mereka. alangkah indahnya zaman itu. Aleya sangat merindui zaman Aleya belajar di UPM. Aleya sangat ahagia dan senang hati sampaikan terkenang-kenang zaman itu dalam mimpi.
Jumpa lagi. Bye, semua.
