Assalamualaikum.
Hai semua! Sihat ke tu? Aleya sihat walafiat, Alhamdulillah. Pusing beberapa entry ke belakang, buat aleya terkejut sebentar. Amboi, banyaknya hang dok tak puas hati, banyak benar emosi marah yang tak stabil. Apesal tu, aleya? Jiwa kacau je memanjang kan...
Hm, jadi kali ni, aleya nak tulis entri tanpa ikut perasaan hati. Tak dinafikan, bila ada emosi yang negatif dok terperangkap di satu lubuk hati yang dalam, meluahkan melalui penulisan merupakan satu cara terbaik. Sebab manusia tak paham. Usahlah bercerita pada mereka. Allah Maha Mendengar. Dah mengadu pada Dia, guna tulisan pulak. Buat apa nak susahkan manusia yang tak pernah nak faham, ye tak. Sudahnya kita juga yang end up sakit hati. Double pulak dah sakit hatinya tu. Adeh, masalah masalah.
Motif entri kali ni? Takde motif yang spesifik pun. Saja nak menulis. Ambil mood nak start write-up untuk thesis akhir sem. Huhu, panjang perjalanan nak dapat mood ni la.
Tapi kan... Bila fikir semula, aleya rasa, aleya jarang bersyukur dan redha. Semua benda rasa salah, rasa tak betul, rasa tak adil. Hanya pada diri aleya. Kenapakah. Tak baik betul la perangai macam tu. Memang zaman kegelapan agaknya beberapa minggu yang lepas. Pujuk diri, lepas tu still tak boleh nak terima keadaan diri sendiri. Dah cuba dah bandingkan diri dengan mereka yang jauh lebih susah, malang dan kurang daripada aleya. Masih lagi perasaan tak puas hati pada yang lebih baik daripada aleya tu dok ketuk-ketuk hati dan pengaruh otak suruh fikir. Padahal semua tu bukanlah priority aleya pada masa tu. Susah orang, kita tak nampak, aleya. Jangan selalu dok erhati orang. Untuk apa?
Semalam, balik-balik dari kerja, kebetulan ayah aleya pun baru balik dari kerja. Tiba-tiba ayah tanya, okay ke kerja sambil belajar ni. Boleh ke belajar bila kerja 8-5 macam sekarang ni? Aleya ni, tiba-tiba la terharu, sebab ayah aleya tak pernah pun risik tentang hal aleya selama ni. Dia rasa aleya boleh saja uruskan hidup sendirian tanpa perlu pertolongan sesiapa.
Eh, bukan nak merungut! Okay, okay... Sambung cerita, rupanya ayah aleya nak suruh aleya gi kerja kat company kawan dia. Kawan dia memang kaya, ada bisnes sendiri. Bina banglo untuk anak laki dia lengkap dengan teater, gim, swimming pool, beli kereta mahal kasik hadiah. Haisy... Tak habis kalau nak cerita.
Point kat sini, ayah aleya habaq la pasal aleya ni, kawan dia kata suruhlah anak hang hantar resume dia bagi kerja. Aleya terkedu kat situ. Bukan sebab tak sangka akan dapat peluang macam tu. Tapi sebab... ayah aleya tak faham diri aleya lagi rupanya. Mungkin dia cuma nak anak dia bekerja di tempat yang lebih baik, tak perlu aleya susah-susah dengan kerja sekarang ni yang dia rasa macam tak berbaloi bagi aleya.
Jadi, aleya pun ambillah peluang untuk bercerita apa yang aleya nak. Aleya memang tak reti menolak, lagi-lagi bila family sendiri yang bertanya macam tu. Memang bersalah, yang amat. Tapi, the truth that shouln't be denied is... itu bukan apa yang aleya nak. Aleya tak nak kerja dengan company kawan ayah semata-mata sebab dia kawan ayah, dia boleh hire aleya. No point of me working so hard kalau I end up working there.
Lagi la tak berbaloi. Duit? Gaji yg banyak? Hm, gaji aleya 1300 dulu pun, aleya boleh manage beli kereta. Bukan nak habaq bangga atau apa, just wanna mention that, duit bukan goal aleya. Bukan benda yang aleya harapkan dlm hidup ni. Nope, never.
Duit takde mslh nak cari, bukan mudah, tapi tak mustahil. Lagi-lagi bagi aleya yang masih belum ada komitmen keluarga. Aleya cuma mampu berharap ayah aleya faham apa yang cuba bagitahu kat dia dan biar saja aleya uruskan hidup aleya sendiri. Aleya tak nak bazirkan hardwork aleya untuk dapatkan sesuatu yang tak hargai susah-payah diri aleya ni. I love to workhard, sebab I tend to appreciate me, more than before. Because I'm so precious, my life is precious. Dan... Jangan tak tahu, benda yang kita dapat dengan senang tu tak kan beri bahagia yang kita harapkan. Manisnya sesuatu yang kita perolehi itu, bergantung pada usaha yang dilaburkan. Dan, berkat dari Allah. Itu semestinya.
Kalau aleya print je entri ni bagi ayah aleya baca boleh tak? Sebab aleya memang tak pandai nak bersuara untuk luahkan isi dalam hati. As for me, writings speaks better than words spoken.
Susah jugaklah jadik aleya ni. Frustrated bukan sekali dua. Tapi, I should accept myself. Because, this is me. =)
Okay, me done for now. Let's meet again some other time, soon. Aleya nak pi tengok wayang, sebab hari jumaat ni rehat lamaaa. Dengan siapa? Hm, tengok wayang sengsorang ni sangat best rupanya. Hehe. Boleh layan fikiran, feeling takde yang kesah.
Bye.