Sebelum tidur hari ini,
terasa nak berkongsi beberapa perkara. sepanjang minggu ini, banyak perkara yang membuatkan air mataku tumpah tak berhenti.
Pertama2nya,
sebab cerita 90 Days to love, cerita Korea yang aku tengok hampir seminggu lamanya. Kisahnya sangat 1000x menyentuh jiwa. Tak tahulah sama ada ia benar2 sedih atau aku saja yang menangis beria tengok cerita tu kan. Yang aku sedihnya, hero dia hensem sangat, tapi last2 mati pulak. Kecewa aku. Tapi watak dia sangat best lepas dia mati,
nampak lebih hensem pulak tu.
Lagi, petang tadi ex-roommate aku,
Kak Atikah yang disayangi datang jumpa aku. Tak sangka sedar tak sedar dah hampir dua tahun aku kenal dia, dan dia selalu kata aku sebagai soulmate dia. tapi, memang betul pun, dia soulmateku. Susah betul nak teruskan kehidupan di UPM bila orang yang selalu menyokong aku dari depan dan belakan dah tak ada di UPM.
Yelah, setiap orang pun akan
sentiasa melangkah dari satu tapak ke satu tapak kehidupan yang lebih tinggi. Apa dayaku untuk menghalang mereka dari melangkah padahal aku pun akan melangkah ke satu tapak pada semester akan datang. Semester depan aku dah masuk tahun tiga, bermakna tanggungjawab aku di UPM ini sangatlah besar.
Bukan sekadar belajar sahaja,
tapi aku kena juga memperbaiki diri menjadi yang terbaik. Bukankah kita ni makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna dan hebat? Aku percaya, aku boleh menjadi hamba-Nya yang hebat. Insya Alla, syurga-Nya menjadi target kehidupan yang utama mulai saat ini...
Dah balik tu, aku terus sambung belajar sebab esok ada test.
tapi sebelum Kak tqah berlepas ke destinasinya, dia ada bagi satu barang kat aku. KAtanya adik dia bagi. Aku balik, bukak, dan baca. Aku sangat terharu. Bayangkan walaupun kami tidaklah serapat mana, tapi adik kak Tqah menganggap aku sebagai kakaknya sendiri. Masa tu aku ternangis kejap. Terharu dan bersyukur sebenarnya sebab aku masih berpeluang mengenali ramai lagi saudara seislam yang menyayangiku. Bukankah mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita di dunia ini adalah sesuatu perkara mulia yang dituntut dalam Islam...
Lepas habis belajar ekonomi malaysia, subjek esok, aku bukak www.maaduu.com.
Tak tahu nak tgk cerita apa. akhirnya autumn in my heart menjadi pilihan. Cerita dia sangatlah sedih dan menyentuh jiwa. Aku tak dapat bayangkan dugaan yang terpaksa di tanggung oleh watak dalam cerita itu.
Orang selalu mengatakan,
"alaa cerita je pun, bukannya real" tapi aku lebih suka pandang ia dari sudut realiti di mana bila aku tengok cerita itu, bukan sekadar suka2 atau nak buang masa. aku nak cari sesuatu untuk dijadikan sebagai bekalan hidup pada masa akan datang. Siapa cakap tengok cerita korea dan jepun nie tak boleh belajar benda baru dan tak ada kebaikan?
Dan sekali lagi aku nangis... Berapa kali dah aku nangis... Entahlah, aku suka nangis sebenarnya..Hahaha...
Anyway, that's all for now. Gembira dapat luahkan isi hati di sini. Memang baguslah orang yang cipta blog nie sebab aku dapat bebel dan tak ada siapa2 pun yang peduli... Lega. Nak tidur dah esok nak pegi jawab exam. Nak bangun awal pagi seperti pagi tadi. Berkat sebenarnya bangun awal2 pagi nie kan. Tapi kenalah teruskan dengan aktiviti yang diberkati Allah juga. Mulai saat ini, aku bertekad nak perbaiki diri agar menjadi yang terbaik untuk mak ayah, adik2, kawan2 serta orang di sekeliling. Aku ingin mengejar keberkatan dan rahmat Allah yang sentiasa melimpah ruah. Aku ingin menjadi hamba-Nya yang terbaik. Sampai sini dulu... Usaha yang terbaik, doakan yang terbaik... Insya Allah, segala yang berlaku dalam hidup ini juga adalah yang terbaik.. Bye, semua!
p/s: Lepas abes exam esok nak sambung tengok cerita
autumn in my heart...











