Mar 26, 2026

Raya...Raya...Raya...

Assalamualaikum, dan... Selamat Hari Raya Aidilfitri 2026. 

Apa khabar warga pembaca semua? Semua sihat dan baik-baik sahaja? Harapnya begitulah. Sebab Aleya di sini dalam keadaan yang kurang baik. Musim-musim raya macam ni, bertuahlah mereka yang baik dan bergembira. Malangnya hidup Aleya ni, asal tiba je hari raya, mesti takkan pernah gembira.Samapaikan rasa macam kenapalah kena sambut hari raya ni. Tak boleh ke kalau semua orang duduk je diam-diam kat rumah masing-masing?

Kadang-kadang tu, pergi rumah orang untuk beraya pun salah. Tak pergi pun salah. Entahlah nak buat apa lagi kan. Sabo jelah sebab ramai je yang bergumbira nak dibandingkan dengan diriku yang tak mampu nak bergumbira ini.

Tapinya, Aleya gembira juga sebab dalam tempoh sebulan ini, Aleya dan berjaya update blog ini. Semoga diriku terus istiqomahlah hendaknya. Bosan jugak hidup ni bila dan tua bangka macam ni kan? Nak bercakap takde kawan, orang sibuk lah dok fikir hati diorang, perasaan diorang, yang kitonye takde ke hati dan perasaan? Takde ke rasa engang nak hempuk pale diorang tu? Geram pulak aku ni haiiiiiih!

Dahlah, kali ni menaip lebih nak ke membebel je. Seronok jugak main ketuk-ketuk keypaid ni bunyi 'ke tuk ke tuk', takde pun dia nak marah kat aku ni kan.

Apa-apa pun selamat hari rayalah kat kome semua. Yang seronok tu teruskanlah dengan perasaan bergembira. Yang sedih macam Aleya ni marilah kita sama-sama  berhuhuhuhuhuhuhuhuuhu sampai Syawal ke 30.

Bye. Kita berjumpa lagi di bulan hadapan pada masa dan hari yang sama, Insya-Allah.



Sesambil tu jomlah kita layan lagu raya, rockers sikitlah kali ni. 


Tak suka lagu ni Aleya bagi satu lagi lagu aman-damai sikit...




Selamat Hari Raya Semua!!!