Mar 31, 2011

malu..malu..malu

Entahlah kenapa banyak sangat perkara memalukan yang berlaku hari ini. Haisy, malu sendirian aku mengenangkannya.

Peristiwa pertama:
Dalam kelas Jepun. Kena baca jawapan ikut turutan pelajar. Aku punyalah confident bersuara baca jawapan. Ingatkan dah sampai turn aku. Dahlah tengah gabra habis. Tak tahu kenapa perkara ini terjadi setiap kali nak menjawab soalan. Bukannya tak tahu jawapan, tapi tetap rasa takut. Pelik,pelik!

Tengah aku excited nak menjawab, ada pulak suara lain yang turut menjawab soalan yang sama denganku. Malu gila aku, rupa2nya bukan giliran aku lagi. Dah habis budak tu baca, aku baca lagi sekali. Kali ini pun masih belum giliran aku. Haisy, tersengih macam sotong busuk dah aku kat kelas. Dahlah duduk depan sekali, tak nampak orang2 kat belakang. Sehinggakan sensei (lecturer jepun) kata, "Kesian Shahin, tak sabar2 nak membaca." Adeh, malu bangat!

 Peristiwa kedua: 
Hari ini test Ekonomi matematik. Entah kenapa, aku dah siap menjawab agak awal jugaklah. Aku antara orang kedua yang keluar dari kelas. Bukan nak bangga, tapi disebabkan aku orang kedualah terasa malu benar. Elok2 nak keluar, boleh pulak beg aku yang besar gedabak nie terlanggar kertas seorang member yang duduk kat depan? Kesudahannya, pen dia jatuh atas lantai. Bayangkan dalam suasana kelas yang senyap itu aku boleh pulak buat scene yang bising macam tu? Dah tu pulak,nak tolong ambilkan pen dia, kertas jawapan aku pulak jatuh berterbangan. Tak mampu nak tengok muka tutor aku yang duduk di meja menanti kertas jawapan aku untuk sampai ke mejanya. Banyak betul halangan yang perlu dilalui. Lepas tu, aku terus keluar. Muka selambalah konon, dalam hati menyumpah-seranah, tak tahan malu. Gilalah!

Peristiwa ketiga:
Tunggu punya tunggu bas Kolej 5, tak sampai2. Bengang betul! Alih2 bas serumpun yang sampai berderet2. Pelajar serumpunnya tak ada pun kat situ. Mujur jugak ada seorang pak cik bas serumpun tu bagi kami naik. Elok2 nak naik bas, boleh pulak beg aku yang bermasalah sejak tadi nie tersangkut kat pemegang pintu bas?!!
Aku macam tak percaya saja benda nie boleh berlaku kat aku. Masalahnya, kenapa aku? Why me? Itu yang aku tak faham dari tadi ni. Sudahnya, 'jam' kejap kat pintu nak tunggu aku tarik beg aku. Pak cik bas tu pandang semacam saja. Arghh, buat bodoh sajalah. Padahal, muka dah panas tak mampu nak tengok orang dah. Cobaan! Tahan ajelah.

Tamat sudah ke'malu'an yang perlu aku hadapi, sekarang nak makan pulak. Bye, semua. Selamat menjamu selera!

Mar 25, 2011

NoTaBuAtKaMu...


BANYAKNYA...
Gila banyak kerja2 yang menimbun. Pecah otak aku melihat nota di atas. Tujuannya bukan nak menunjuk banyak kerja,
Tapi,
Nak mengingatkan diri sendiri agar berusaha menyiapkan segala kerja itu dengan secepat mungkin. 
Baju tak basuh lagi...
Bilik tak siap berkemas lagi...
Buku math tak dibuka lagi...
Arghhh! macam mana nie...
Tapi, hati lebih cenderung untuk menonton segala cerita korea dan jepun yang telah dicopy... (baru jek balik dari meng'copy' di bilik G.)
p/s: thanks, G...
nak baca novel yang menarik lagi... Aduh, banyak agenda yang perlu diselesaikan. Dengan kesihatan diri yang tak berapa nak baik lagi... Bilalah aku akan hidup dengan tenang??!
(Seumpama aku tak tenang je selama nie...haisy.)
Itu sajalah untuk post kali ini. Post kali ini adalah berlabel 'bebelan'. Jadi, abaikan saja.

p/s: "kadang2 
rasa hati perlu diberi perhatian. 
Kalau tak, 
nanti dia bagi signal merajuk kat otak, 
boleh jadi gila. 
Lagi parah!"

Mar 24, 2011

RaSaHaTi...

Banyak perkara yang aku ingin khabarkan...
Banyak perasaan yang aku ignin kongsikan... Setelah sekian lama tak mencoret apa2 di ruangan ini, perasaan rindu mula terjah sanubari. Bukan sebab malas atau sibuk, tapi keadaan diri yang kurang sihat tidak mengizinkan. Penat kot nak taip bila tengah lemah dan bermaya. Nak buat slides untuk presentation pun menggeletar tangan menaip, apatah lagi menambah coretan di blog ini.
Minggu ini 
merupakan minggu sakit bagiku. Demam + selsema + batuk + sakit kepala... Semuanya menyerang serentak. Tak sempat aku memasang dinding penahan untuk berlindung dari segalanya. Nak buat macam mana, dah lama sangat sihat. 
Tapikan, 
masa seminggu sakit nie, macam dah terlupa pulak macam mana rasanya bila sihat. Terasa rindu akan kesihatan. So, lepas nie kenalah jaga kesihatan dengan baik. Lagipun, setiap penyakit yang dialami itu mengingatkan kita kembali pada pencipta kita. Tulah, bila sakit, baru nak ingat Allah, mintak doa banyak2 nak sembuh cepatlah, nak hilangkan demamlah. Haha.
Tadi,
baru je lepas satu presentation. In fact, the first presentation for this semester. Itu pun dah tercungap2 dah nak present, dengan menahan batuk yang eager nak keluar dari tekak lagi. Suara dah macam apa dah. Mujur juga segalanya tamat dengan baik walauapun lecturer melabel presentation kami sebagai 'I am dissatisacfation.' Kejamkah beliau mengatakan sedemikian? Tak tahu nak gambarkan perasaan tika itu.
Balik2 bilik aje, 
terus solat, bukak bungkusan makanan dan bukak laptop. Sambil layan cerita full haouse, makanan pun ditelan pantas. Best! I mean, cerita full house tulah.
Lepas tu, baca komik pulak. Seronok sangat. Sejak masuk semester nie, dah lupa akan hobi membaca komik. Sem nie satu komik pun tak terbeli. Alasan bukan sebab tak ada duit, tapi tak ada masa nak menghayati komik tersebut.
Lega rasanya 
lepas mencurahkan segala yang tersimpan sekian lama. Semoga selepas tamat menaip post ini, hatiku menjadi ringan seumpama belon yang diisi dengan gas hidrogen... Terbanglah hatiku nampaknya...
Bye everyone.
Don't forget to enjoy your life!

Mar 13, 2011

TeNaNg BeRsAmA KaMu.

12 mac 2011,


Sambutan hari jadi adik bongsu, 
Muhammad Muzzammil Bin Samsudin. Hari jadi dia bukanlah hari ini, tetapi 16 mac. Kenapa sambut hari nie? Sebab, 16 Mac tu aku tak ada.

Sedap sungguh kek coklat! Lama betul tak makan. Aku je makan dekat2 empat potong. Dahsyat, kan? Hehe... Perut besar la katakan... 

Meriah kan, dengan belon lagi. Aku pun ada jugak belon nie, warna oren..
Nie idea ayah aku la... Suruh baring atas meja. Haisy, tergelak2 aku tengok cara ayah aku bagi arahan gaya berposing kat Jammey. *nama manja adik aku.*
Aku pun tak ketinggalan untuk bergambar sama. Mana boleh kalau tiba2 aku tak ada dalam gambar kan...=P

 Dah habis makan kek kat rumah, 
kami sambung sambutan di McD pula. Sibuk aje adik aku nie merancang nak makan apa dari kat rumah lagi. Haisy, budak2. Biasalah, terlebih teruja walaupun sambut hari jadi lebih awal dari yang sepatutnya.

Masing2 pun ada gaya yang tersendiri.

Mereka yang terlebih excited sebenarnya. Almaklumlah, semua anak yang diberanakkan berada bersama...

 Aku nak bergambar sendiri, 
sibuk aje adik aku nie. Dia pun nak join sekaki. Walaupun terpaksa, aku relakan jua... (Mujur dia tak tahu berblog, kalau tak, mati aku kena cubit dengan dia. bukan badan je yang panjang, tangan pun sama2 panjang.)
  
   
Tak disangka, adik aku nie sanggup datang ke McD walaupun dia baru je habis kerja. Gembira sangat!
 Hm...Inilah birthday boy 
yang terawal beberapa hari... Gembira sungguh memakan banyak2 makanan dari kami... Yang dibawah ini pula, gaya masing2 selepas kekenyangan.
 Habis semua air cola dia habiskan. Gila air gas betul!


Ayah aku yang paling ceria sekali. 
Walaupun sebelum tu, dia dah makan nasi kat rumah, masih sempat lagi makan burger di McD.


 Yang nie pula, 
mak aku. Dia tak senyum kan? Dia kata, tak tahu nak wat reaksi apa. Hahaha, aku gelak kuat2 time dengar mak aku cakap macam tu.
Dan,
akhir sekali adalah aku yang agak comel..Hehehe.

Tamat makan2 kat McD, 
kami beralih pula ke Masjid Bandar Banru Nilai, solat Maghrib dan Isyak. Ustaz kat masjid tu cerita pasal amalan membaca ayat Al-quran di kubur orang yang telah meninggal dunia. Sempat dengar sikit jek, tapi okaylah. Ada juga amalan yang kami lakukan pada hari itu...=)
Aktiviti seterusnya, ke Dataran Nilai. Best sungguh suasana malam kat sana, berangin, sejuk dan nyaman. Kami sekeluarga lepak2 di sana.
Gembira dapat amek gambar berenam. Lengkap sudah keluargaku...
 Pandai kan ayah aku snap gambar? Akulah yang jadik tenaga pengajar dia. penat aku train dia sampai pandai..Huhuhu.

Nie pulak lauk asam pedas yang mak aku masak. Lauk feveret aku. Fuuuh, banyak kali aku tambah. Nie jugak satu2 nya lauk yang aku pandai masak.Buat masa sekarang... =P


Nampak sedap kan...Tulah, da cakap tadi. tak nak percaya pulak.. makan dengan sayur kobis, memang first class la.


Sedap gila. Tapi tak sempat nak bawak balik, sebab nasik da habis. Huhuhu, sedihnya!

Dan ini pula gambar kenangan yang sempat dirakam sebelum pulang ke UPM. Sedih bangat seyh...! 

Ini pula gaya istimewa adik aku bila dia merajuk. Sengal betullah, merajuk macam nie. Dia tutup telinga sebab tak nak dengar mak aku bebel. Kreatif sungguh cara dia merajuk. Terkekek2 aku ketawa. Hahahaha.

Tamat sudah kisah "Tiga malam di rumah Shahin..." 
Babai, semua...



 
 

Mar 12, 2011

AkHiRnYa...


Akhirnya, aku kini sedang bertapak di rumahku. Lama sungguh aku tak balik rumah dan bertemu dengan keluarga yang tercinta.

Walaupun cuti kali ini adalah yang tersibuk, dengan segala macam kerja yang perlu dihantar pada minggu hadapan, dan deretan ujian yang panjang, aku tetap terasa nikmatnya bertapa di rumah.

Masakan ibu adalah yang terbaik sekali. Kalah McD, KFC dan Pizza yang aku selalu kempunan nak makan. Wah, hari ni lunch dengan Daging masak kicap. Sedap sangat hingga menjilat jari. Fuuh, banyak kali aku tambah.

Petang nanti,
makan kek pula. Sempena hari jadi adikku.
Lepas itu, petang nak keluar berjalan2. Tunggu ayah aku bangun dulu. Dia tengah tidur sebab baru balik kerja.

Then,
 nak lepak kat dataran Nilai sampai malam. 
Malam pulak, ada rancangan untuk ber'supper' di McD. Hebat gila rancangan...

Dan...
esok petang, dah kena bertolak balik ke UPM...


Yang penting, 
kita kena bersyukur dan menghargai detik yang ada sekarang.... Selamat bergembira buat sementara waktu, Shahin...


Mar 10, 2011

SiBuK SibuK SiBuK !

Minggu 
untuk bertungkus-lumus dengan ujian...
Dan 
segala macam assignments...
Muncul kembali 
meragut ketenangan hidupku yang selama ini pun masih tak tenang. Sibuk sangatlah kononnya sehinggakan tiada secebis masa pun untuk mengamalkan rutin mingguan membaca Surah Yasin setiap malam jumaat. 

Sebulan yang lepas, 
aku ada menghadiri satu sesi program mengenai kecemerlangan pelajar bertemakan slogan, "Cemerlang Akademik dan Sahsiah (CAS)" yang telah dinjurkan oleh lecturer kenalanku.
Dalam program tersebut, 
setiap bait yang disampaikan seumpama menghiris kalbu dengan belati yang tajam. Katanya, pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang mampu membahagikan masa antara hal dunia dan juga menambahkan amalan buat bekalan di akhirat pada masa yang sama. 

Pelajar yang cemerlang 
bukanlah yang mengaji apabila ada masa lapang, berzikir apabila ada kesempatan, mengingati Allah pada saat menghadapi peperiksaan. Akan tetapi, pelajar yang benar2 cemerlang itu, adalah pelajar yang mempunyai masa untuk segalanya. Mampu membahagikan masa untuk belajar, berehat, beriadah, makan, bersosial, mengaji, bersolat serta perkara2 lain dalam tempoh 24 jam yang dibekalkan.

Semasa mendengar 
memanglah berkobar2 semangat untuk berubah menjadi yang lebih baik. Akan tetapi, sesaat selepas melangkah masuk ke bilik pada petang yang berangin itu, rasa malas mula mengetuk2 mata dan hati. "Arghhh, nanti2lah aku buat semua kerja. Sekarang nie tidur dululah..."
RUGINYA
segala apa yang aku dengar sebelum itu. Dan alasan sibuk diguna pakai untuk menutup segala kemalasan yang melanda. Faktor kekangan masa dijadikan penyebab untuk melindungi kekhilafan diri apabila perasaan M.A.L.A.S mengatasi segalanya.

Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berfirman:
"Demi masa. Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(Surah Al-'Asr: Ayat 1-3)
Persoalannya kini; 
'Adakah aku termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian tersebut?

 I'm still seeking for the answer... 

Semoga Allah mempermudahkan segalanya...
 

Mar 5, 2011

DaRi GenG SuRaU

 
Aktiviti sekarang : 
Menonton kisah Geng Surau. Tersangatlah kelakar. Sebenarnya, aku tertarik dengan lagu nasyid yang menjadi lagu tema cerita tu. Walaupun jalan ceritanya kelakar, tapi mesej yang cuba disampaikan sangatlah jelas.

Dan nasyid ini pula, 
sejak kita tadika lagi dah dengar. Tapi mungkin masa tu terlalu awal untuk kita menghayati maksud yang disampaikan melalui sebuah lirik yang dihiasi dengan irama yang cukup indah.

"Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya..."


Penatlah 
kalau hidup lama2 tapi terlupa untuk solat. Ruginya hidup sedangkan solat itu adalah tiang agama kita. 
Agama itu pula tiang kehidupan manusia.

Sama2lah 
kita menunaikan solat dengan khusyuk sekiranya kita ingin Allah menyayangi kita.


"Solatlah dengan khusyuk seperti kita melihat Allah..." 

ThE CiRcLe Of LiFe

Inilah kitaran kehidupan...

Satu masa dahulu,kita adalah seorang bayi...


Masa kecik2 dulu, kita selalu saja menangis. Minta susulah, nak tukar pamperslah, itulah, inilah... Sampaikan bila tak boleh nak tidur di waktu malam pun, kita nangis. Tapi, ibu selalu ada di sisi setiap masa, tengok2kan kita, main dengan kita, borak dengan kita, dukung kita, buat lawak sampai kita senyum. Walaupun, masa tu ibu sibuk yang teramat.


Ibu sayang kita... Kita sayang ibu? Adakah kasih sayang kita sama seperti kasih sayang ibu kepada kita?
Lepas tu, kita membesar sedikit. Jadi kanak-kanak.


Bila dah jadik kanak-kanak, nakalnya kita. Ya Allah. Orang lain tengok pun rasa nak belasah je kita. Pergi sekolah, beli ais krim. Walaupun mak kata jangan. Bukan sebab apa, ais krim tu sedap. Masa tu tak suka mak kata macam tu. Pergi sekolah pun, bawa 20 sen je. Orang lain bawa banyak. Diorang selalu je beli ais krim banyak2. Mak diorang tak marah pun. 

Nak dijadikan cerita, esoknya terus demam sebab termakan ais krim. Pagi tu terbaring kat sofa, mengerang kesakitan. Yelah, bila demam nie kan badan tak berdaya semacam je. Kepala pula sakit berdenyut2. Mata berair2. Tekak perit macam nak terkeluar. Haisy, senang cerita MENDERITA!

Masa tu, mak pun datang. "Nah makan panadol. Kan mak dah pesan, jangan makan ais krim. Kan dah sakit. Bukan mak tak bagi makan benda2 tu. Memanglah rasanya sedap, tapi kalau dah sakit, sedap lagi ke?" sambil tangannya mengusap kepalaku yang panas. 
Aku benci nak mengakui kebenaran kata ibu, tapi itulah kebenarannya. Sepahit rasa panadol yang aku kerat 8 ni.

Tanpa sedar, aku menangis. Bukan sebab sedih dengar apa yang mak aku kata, tapi sebab sakit sangat rasa demam nie. (kononnya...tapi hakikatnya, aku menyesal.)

Lepas tu, jadi remaja pula. Bila da jadik remaja, rasa macam semua yang mak cakap tu adalah salah. Aku pun pernah juga rasa macam tu. Tapi, akhirnya kembali pada mak juga bila ada masalah. Mak sajalah pendengar paling setia dan terbaik dalam hidup.

Bila dah sambung belajar dekat matrikulasi Johor dan UPM, barulah tersedar kepentingan adanya keluarga di sisi. Bila kesunyian tanpa mereka, rasa macam patah tangan + patah kaki + patah tengkuk = (patah hati)kuasa 2.


Gembiranya hati bila bersama keluarga.

Sebenarnya, post kali nie nak meluahkan kerinduan terhadap keluarga. Dah lama tak balik dan berjumpa mereka. Bukan tak mahu balik, tapi asyik sibuk je memanjang di U. Kerja belambak. Masa nak rehat pun tak ada. Bila mereka nak datang, aku kata tak perlu. Bukan tak nak berjumpa tapi risau tak dapat menggembirakan mereka akibat kepenatan yang melanda.

Ada sesetengah orang yang tu, sanggup tinggalkan mak ayah kat rumah orang tua. Kenapa ya? Aku tak faham. Dan aku harap, aku tak faham selamanya. Aku takut, kalau aku faham, aku juga buat benda yang sama. 

Kini, harapanku satu je. Aku tak nak janji akan balas jasa mereka bila aku dah berjaya nanti. Aku takut jadik seperti kebanyakan mereka yang gagal tunaikan janji itu. Aku cuma berdoa agar aku jadik anak yang mengenang budi kedua orang tua dan menjaga mereka sepanjang hidup mereka. Amin...~

Ibu dan ayah yang dicintai... Nak balik rumah...






Mar 4, 2011

KeRaNg iTu.


kisah hari ini adalah mengenai kerang. tengah hari tadi, aku beli sup kerang yang sangat sedap. nak tahu kenapa dia sedap? sebab...dia ada kerang. hahaha.

nak dijadikan cerita, satu masa dulu, aku sangatlah tidak suka kerang. entahlah mengapa. tapi mak aku minat sangat dengan kerang. setiap kali dia beli nasi lemak, lauk kerang sambal pasti menjadi pilihan yang utama. 

kata orang, kerang nie baik untuk menambahkan darah terutamanya bagi orang yang mengaami simptom penyakit anaemia, masalah kekurangan sel darah merah. kan baik tu?

Akan tetapi, kerang tak elok dimakan selalu. Kenapa? Menurut satu blog yang aku baca, disebabkan kerang merupakan haiwan yang berinteraksi dengan menyerap semua bahan di sekelilingnya. tahu-tahu sahajalah keadaan kawasan berair di Malaysia. Semua bahan yang sepatutnya berada di tong sampah, semuanya boleh didapati di dalam sungai serta laut. yuckkkk!
Bayangkanlah kalau si kerang tadi nie, terserap...Dan kita pula dengan gembiranya memakan kerang tersebut. Huhu, dahsyat!

akhir kata, makanlah makanan yang bersih dan berkhasiat. Badan itu adalah amanah Allah, pencipta kita. Kita wajib menjaga kesihatan tubuh badan kita sehinggalah hari kita dihisab di padang mahsyar nanti. 

 
Bak kata Pak Abu dalam cerita Geng surau, "Ingat warna hijau, ingat padang bola. Ingat padang bola, ingatlah padang mahsyar."

Sekadar hiburan. Chow dulu ye. Jaa Mata(jumpa lagi nanti-Japanese version). 

Salaam.  =)