Showing posts with label sekadar suka2. Show all posts
Showing posts with label sekadar suka2. Show all posts

Jul 13, 2011

Petang Itu...

Assalamualaikum semua. Petang semalam, mak dan ayah aku keluar. Tinggallah aku dan adik-beradik aje kat rumah. Perut pula memulas-mulas minta diisi. (eh, betul ke penggunaan bahasa tu? ah, abaikan saja la. Bukan nak tulis karangan pun kan..=P )
Nak dijadikan cerita, aku dengan adik aku jadi la chef sementara kat rumah. Kami goreng keropok Sarawak.    (credit to Cik Zhiana, sebab dia yang bagi keropok tu time beraya kat rumah aku tahun lepas. Terima kasih kerana keropokmu, kami dapat mengisi perut yang kebuluran...) Goreng punya goreng, sampai penuh 2 bekas isi biskut. Wah, dahsyat! Kalau mak aku ada kat rumah mesti dia tak kasi masuk dapur.
"Rosak dapur mak nanti kalau ko masak," begitulah dia berpesan.
Hahaha, kali ni tak sempat dia nak membebel sebab aku buat ni pun tanpa kebenaran. Nasib baik tak terbakar dapur rumah. Ini bukan kali pertama aku masak. Walaupun jarang-jarang-jarang sangat, aku pernah jugak la memasak. Antara item yang aku pernah masak = asam pedas, kuah rasam (yg selalu ada kat kedai mamak tu...) dan sebagainya. hehe. Yang kat bawah ni adalah rupa keropok yang telah siap digoreng oleh aku... Sedaaaaaaaaaaaaaaaaap!

makan cicah ngn sos cili, nikmat habis!
 Dah puas makan keropok nie, rasa dahaga la pulak. Adik perempuan aku pun cadangkan kami buat milo ais... Aku pun pergilah buat. Dan kami makan dan minum petang sambil tengok cd Playful kiss lakonan Kim Hyun Joong. Hensem!


Lepas tu, kami makan pulak sejenis kuih yang dibawa oleh adik aku. Katanya kakak kawan dia kahwin. benda ni remeh saja, tapi warna kuih tu sangat2 menarik sampai terasa nak share dengan kamu semua...



cantik kan... pink pulak tu. Dah la sejak kebelakangan nie teruja tengok kaler pink. Semalam jugak, sedara mara aku datang dari P. Pinang.
Sempat jugak la ambil gambar sebagai kenangan... Okay, that's all for now. Dah cerita semua yang berlaku sepanjang 2 hari nie. Esok, Insya-Allah kami sekeluarga akan pergi bercuti di Cameron ighland. Teruja sangat sebab tak pernah pegi lagi. Doakan semuanya berjalan lancar ye. Update seterusnya akan dipost secepat mungkin eksklusif dari Cameron, Insya Allah...=)

See youa all soon...!

p/s: Nie pensil box baru aku, cantik tak? 








Hehe, macam budak sekolah je kan. 
Tapi, 
Best pula beli pensil box nie. Beli kat Giant cawangan Nilai je. Comel!
                                                                      Bye!!!

Jul 10, 2011

rumahku, syurga ku...

Hye, semua. Saya kembali lagi. Kali ni, nak bercerita tentang aktiviti aku di rumah sepanjang minggu ni. Aku dan semua ahli keluarga sibuk mengecat rumah. Aku rasa macam aku dah kurus sikit je lepas mengecat untuk beberapa hari ini. Tapi, mak aku pula menafikan hal tersebut sekeras-kerasnya. Sampai hati dia. Baru je nak rasa jadi kurus sikit... huhu. Nak tengok keadaan rumah aku lepas cat tak? cantiiiiik....
Gambar kat bawah nie sebelum dicat...warna putih, kusam dan kurang berseri.. betul tak??
Nie pula lepas di cat... kolor ungu... cantik, berseri... kami yang pilih warna nie...

 Nie masih kat ruang tamu lagi...
 Nie dalam bilik aku.. tak blh tunjuk lebih2, sebab tak berkemas lagi..heheh.
 Nie pun bilik aku jugak...
 Yang bawah nie, bilik adik laki aku...
 Ruang tamu, langsir baru... suka dok rumah...
 Yang bawah nie, Bahagian ruang tamu, tangga menuju ke tingkat atas...

 Yang kat bawah nie, bahagian dapur... bila tengok dalam gambar nampak cantik pula... tapi ini bukan seperti indah khabar dari rupa tau...keadaan asal pun memang cantik begini...

 Yang nie pulak, bilik mandi... segala perkhidmatan adalah disediakan agar anda dapat bersihkan diri dengan selesa... macam iklan je kan, bunyinya.... Abaikan, ye....

 Yang nie pulak, meja makan.... dan kabinet letak hadiah serta pingat yang kami dapat time kat skolah dulu...

 Jadik, inilah keadaan rumahku...Aku suka sangat kat rumah aku nie.. Rumahku ini adalah Syurgaku. Walaupun sejak pindah ke sini kami mengalami banyak masalah, bagiku tempat inilah bumi di mana aku selesa berpijak... =)

May 2, 2011

Hye... =)

Hye, semua. 
Bertemu kita kembali dalam segmen bicara dunia Drama. Hahaha, macam laman synopsis cerita jepun dan korea saja blog aku nie, kan. Tak apa, abaikan. Yang penting, aku bahagia. Kali nie, nak cerita tentang tiga cerita yang aku dah tengok sepanjang minggu nie. Sebenarnya, aku tengah belajar untuk hadapi exam Math ahad ni, tapi bosanlah asyik belajar saja. 

So, kita rehat kejap sambil baca2. Tapi kan, yang peliknya, tiga2 cerita yang aku tengok nie ada satu je persamaan. Cuba teka apa? Susah nak teka? Tak payahlah susah2, aku bagi jawapan dia. Persamaannya adalah tentang kematian, secara tak langsung menyebabkan aku mengingat tentang kematian. Kamu semua tahu tak, Rasulullah mengingat mati sehari 60 kali. Bermakna, setiap 20 minit baginda akan ingat akan mati. Bila ingat mati, mesti kita akan ingat pada Allah, pencipta kita semua.
Cerita pertama yang aku tengok, Koizora. 

Cerita ini direkomenkan oleh sahabatku, Nieza Anieyza. Thanks, memang sedih dan menyentuh jiwa. Hero dia mati akibat penyakit barah otak. Sedih bangat apabila orang kita kasihi meninggal lebih2 lagi akibat penyakit yang tiada penawarnya. Namun, dia berpesan pada kekasihnya agar selalu tersenyum kerana setelah dia mati, dia akan menjadi langit dan menjaga serta perhatikan perempuan itu selamanya. Huhu, baik!
Cerita kedua pula, A millionaire’s First Love




Cerita ini menceritakan perangai buruk seorang lelaki kaya, yang mewarisi harta kekayaan atuknya. Tapi atuk dia pula buat banyak syarat sebelum laki nie boleh ambil alih segala harta tersebut. Bermulalah cerita apabila lelaki ini terpaksa berpindah ke sekolah kampung dan hidup seperti orang biasa. Dia mengenal seorang wanita ini yang merupakan kekasih pertamanya waktu dia kecil. Perempuan ni banyak mengajar erti kehidupan, erti berusaha dan erti kasih sayang  kepada lelaki tersebut. Tapi akhirnya perempuan ni mati disebabkan oleh masalah jantung, tapi yang baiknya, lelaki itu berjaya mewarisi harta atuknya. 

Atuk dia pesan, “kalau cucu aku temui sesuatu yang menyebabkan dia berkorban segalanya, bermakna dia sudah berjaya dalam hidupnya. Serahkan harta ini ketika itu padanya.” Comelkan, dan lelaki tu pun berhasrat jadi orang yang lebih matang dan cuba sedaya-upaya untuk menunaikan hasrat terakhir perempuan itu. Nak tahu apa hasrat dia? Tengoklah sendiri cerita dia, sure kamu nangis tapi puas!
Cerita ketiga tentang Autumn in myheart










Speachless! 
Tengoklah sendiri. Tak rugi! Menyesal kalau tak tengok… Daa, nak study utk exam!