Assalamualaikum semua! Waaaaah, lama sungguh tak post entri baru. Rindu nak menulis dan meluahkan rasa yang sekian lama tersekat di hati. Ops, BM yang agak keteraburan. Maklumlah, dah habis belajar ni kan, kurang prihatin sikit terhadap penggunaan Bahasa Melayu yang betul. Oh silap, Bahasa Malaysia!
Orait. Jom bercerita. Disebabkan entri ni ditaip melalui aplikasi telefon pintar, segala ketidakbetulan struktur entri harap dimaafkan. Pagi tadi mak aleya suruh pergi kedai beli barang sikit. Tak jauh pun kedainya. Adalah dalam perjalanan 10 minit. Nervous tiba-tiba sebab aleya ni jarang pergi kedai bersendirian. Bukan sebab malas, tapi aleya boleh tersesat kalau pergi sendiri. Kadang-kadang barang yang nak dicari boleh sampai tak jumpa. Hahaha. Tapi sekarang dah tak boleh jadik macam tu lagi. Aleya kena lebih peka sebab kedai tu bakal jadik tempat tujuan rutin aleya.
So, pergi kedai tu hari ni, aleya dah pusing satu kedai. Dah habis scan semua barang-barang yang dia jual kat situ. Dah tahu dah nak cari bahan basah kat bahagian mana, serbuk dan botol2 kat mana dan sebagainya. Orang tu siap jual budu lagi. Teringat pulak kat kawan-kawan aleya dari Kelantan n Terengganu. Aisy, rindu! Eh, orang ganu makan budu ke ek? Makanlah kot...
Kembali pada topik, tuan kedai tu adalah orang cina. Area rumah aleya ni memang banyak kedai cina. Bukan tak ada kedai orang Islam, tapi agak jauhlah. Jalan kaki, penat jugaklah. Kalau rajin, tak apalah kan. Kalau takk... Kena bawak keretalah kalau macam tu. Tapi disebabkan tak ada kebenaran dan pemantauan orang yang lebih dewasa, aleya tak bolehlah nak memandu bersendirian, menurut ayah aleya. Ah, bila aleya nak jadik dewasa ni?...
Caution: Disebabkan ianya adalah kedai cina, sila perhatikan logo Halal sebelum membeli sesuatu makanan atau barangan. Bukan sebab apa, nanti kita jugak yang salah kalau terbeli barangan yang tidak halal atau syubhah. Dosa kot, alasan tak sengaja dah tak boleh diterimapakai lagi pada zaman yang serba maju ni. Tak tahu? Ah, please don't bluff!
Akhirnya, aleya berjaya jugak study keseluruhan struktur kedai pakcik cina tadi. Ini merupakan satu kemajuan bagi diri aleya. Err, nak proud sekejap boleh tak. Maafkan saya! Selalu kalau pergi kedai dengan mak, pergilah berapa kali pun, mesti tak tahu lokasi sebenar sesuatu barang tersebut diletakkan. Sebab selalunya mak yang akan cari semua barang yang dia nak beli. Kerja aleya, follow mak sajalah. Tapi kali ni, aleya dah mampu ingat. Kiranya, sifat tak peka dan ignorance aleya dah makin berkuranganlah kan? Kan? Kan? Disebabkan mak sibuk, terpaksalah belajar hidup sendirian, dah tak boleh bergantung pada mak lagi. Sob sob sob...
Patutnya aleya pergi kedai dengan kawan aleya. Dah gembira dah, sebab taklah malu sangat kalau pusing-pusing tak jumpa barang yang dicari sebab ada geng. Kalau pusing sorang-sorang memang awkward! Tak payah ceritalah tahap awkward tu tinggi mana kan. Yang penting, memang awkward. Kang silap2 boleh tukar jadi weird pulak. Isy, bahaya beb!
Tapi memang ter awkward kejap tadi. Sebab kawan aleya tadi tak dapat nak ikut. Mesti pakcik tu pelik kan, ada budak baru datang kedai dia. Takpelah, uncle. Lepas ni, lagi selalu uncle nampak muka saya ni kat kedai tu. Silalah bersedia. Nak dijadikan cerita, pakcik tu tak jual terung bulat. Adoi, macam mana ni. Mungkin dah habis lah kot. Orang pi kedai beli sayur pepagi. Aleya pulak pergi pukul 11?! Ohmaigod! Hahaha, nak siapkan kerja kat rumah dulu baru nak pergi kedai. So, ianya memakan masa yang agak lama sikitlah. Lain kali, kena pergi awal. Sebab dah tahu!
Semua benda yang kita buat tu, adalah pengalaman yang sangat-sangat berguna untuk kita. Kalau tak buat salah, manakan nak tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Betul tak? So, jangan takut untuk mencuba perkara yang baru, adat yang baru, rutin yang baru. Biarlah kalau orang nak pandang pelik pun kita cuba benda baru. Yang penting, we will gain the benefits for sure. Daripada dok diam-diam tunggu orang spoonfeed kita. Sampai bila nak hidup macam tu kan? Jom hidup lebih berdikari!
Tapi janganlah pulak mencuba perkara yang tak baik. Yang tu, awak tak ada pengalaman pun tak apa. Kang silap-silap tertempah jalan keluar dari syurga pulak kang. Hah, kan naya saja nanti! Sia-sia saja hidup kat dunia ni.
Okaylah. Panjang lebaq dah aleya cerita untuk hari ni. Padahal nak cerita pasal pergi kedai saja pun. Aleya call mak tadi, nak tanya pasal terung yang dah habis. Boleh pulak maka aleya angkat call tapi borak dengan membe sekerja dia tak peduli anak dia dok bercerita dalam telefon... Mak mak.. Aleya, silalah faham. Mak tu sibuklah. Hahahah. Sedih sebenarnya sebab mak dah tak dengar cerita aleya.... Nak cerita kat siapa ni.
Adik aleya kata, 'kak, ko pi la carik pakwe. Asyik bebel kat kitorg je, ktorg pn mls nk lyn. Penat la nak dengar.' Adeh! Perit hati dengar. Mana la nak carik pakwe tetiba ni....
Ingatkan adik-adik je cakap macam tu. Rupanya, mak aleya pun dah taknak dengar dah aleya membebel. Sedih sedih... Nak suruh carik pun, tunggulah aleya pergi kerja nanti kot. Dok rumah ni nak cari macam mana. Mat bangla ngn myanmar (adik aleya kate org tu menyamar sbb tu nme ngare dia myanmar. Sengal budak ni. Hahahah!) banyak laa. Adoi, pening kepala aleya dengan diorang semua! Ya Allah temukanlah aku dengan orang yang baik! A-miin...
Sejak-sejak habis belajar, stail entri pun bertukar ke peringkat hidup yang lebih tinggi. Hahaha, maju blog aleya ni. Berkembang pesat seiring dengan perkembangan hidup tuannya. Okaylah, penat taip panjang-panjang. Sat lagi adik-adik aleya balik dari sekolah. Kena pergi prepare makanan tengah hari untuk diorang. Kang lambat pulak si kecik tu pergi solat Jumaat. Banyak betul alasan dia bagi kalau nak suruh dia pergi masjid awal. Hesy, sabar sajalah. Bye semua, jumpa lagi nanti di lain masa! *taktahulahbila*
p/s: lyn rooftop prince dulu. Hensem gile mamat nih!