May 27, 2013

Itu rasa hati...


Isnin: 6.37 pm.
Assalamualaikum warahmatullahi taala wabarakatuh.
      Entri kali ni adalah sesi meluahkan rasa sedih dan terkilan yang terbuku dalam hati. Kepada siapa-siapa yang membaca, bolehlah abaikan saja tanpa bertanya pelbagai soalan atau membuang masa dengan memikirkan segala kemungkinan tentang entri kali ni.
Petang tadi merupakan kelas terakhir aleya bagi subjek Pengurusan kewangan Islam. Sedih, gembira, suka, duka… Macam-macam perasaan bermukim dalam jiwa. Rasa macam tak percaya pun ada jugak. Empat tahun berjuang bersama kat UPM, beginikah pengakhirannya?

      Aleya sedang berfikir, apalah yang aleya belajar sepanjang empat tahun aleya duduk kat sini. Ada tak ilmu bermanfaat yang lekat dalam kepala. Ada tak perkara-perkara baik yang aleya sempat buat. Ada tak aleya sakitkan hati orang, buat diorang menangis dan sedih sebab aleya. Ada tak orang yang sebenarnya tak suka dengan aleya tapi tak cakap dengan aleya. Ada tak, orang yang aleya suka, aleya tahu dia pun suka kat aleya, tapi… aleya tak reti dan tak mampu nak buat apa-apa. Baik pulak tu orangya. Adoi…. Hahaha.

      Macam-macam perasaan yang terbuku dalam hati, yang tiada jawapan yang pasti, yang tiada penyelesaian yang dinanti. Akukah yang tak berani, atau…masanya belum sampai lagi. Entahlah, kan...

      Petang ni jugak, aleya sebak…sorang-sorang pulak tu, depan laptop. Emosional gila kan. Macam menyampah pun ada jugak. Dah penat luah pada roommate yang tersayang, nak jugak luah melalui tulisan. Menulis merupakan terapi bagi jiwa kacau aleya. Aleya lebih senang berbicara melalui tulisan berbanding dengan kata-kata. Kadang-kadang, yang terkeluar dari mulut itu bukannya yang sebenar dari hati. Sebenarnya nak cakap benda lain, tapi tercakap benda lain. Menyesal kot.

      Susahlah jadik orang tak normal ni. Teringat situasi tadi. Kawan aleya asyik cakap, hari ni last kita pergi kelas. Hari ni last kita naik bas sama-sama. Hari ni last itu, hari ni last ini. Aleya sedih, tapi aleya setuju dengan dia sebenarnya. Tapi aleya tercakap dengan dia, ‘ko jangan ckp last2 ni boleh tak. Asyik cakap macam tu je’. Tapi itu bukan apa yang aleya maksudkan. Aleya nak cakap, janganlah cakap last2 ni, lepas ni pun kita still boleh jumpa lagi. As long as we are friends. Itu yang sepatutnya. Waa, kenapalah pemilihan kata-kata dan ayat aleya selalu saja tak kena pada tempatnya. Mesti kawan aleya ingat yang aleya ni tak kisah dengan ‘kali terakhir’ kami bersama… Bukan macam tu tau… Aku kisah sangat, sampai tak tahan nak menangis ni…

      Walaupun ini merupakan perkara yang tetap akan berlaku, tapi still… bila difikirkan rasa sedih yang teramat. Sudahnya, depan laptop ni, aleya meluahkan segalanya. Apa nak buat, kan. Kalau kat rumah pun macam tu, susah nak meluahkan apa yang aleya rasa. Tapi aleya selalu harap orang yang berkenaan faham apa yang aleya inginkan, apa yang aleya cuba maksudkan. Sama jugak situasi dengan kawan-kawan aleya zaman sekolah dulu, matriks dulu… Banyak yang aleya nak explain tau, tapi kebanyakannya terpendam begitu saja sebab aleya yang tak reti. Aleya rasa aleya yang bersalah, aleya cuba nak menerangkan, tapi… Ya Allah. Tak tahulah, nak cakap benda lain, tercakap benda lain. Akhirnya, benda tuh tak settle pun. Makin besar pergaduhan kami adalah. Tak matang masa tu.

      Hm… dah2 lah bercerita pasal diri sendiri. Sekarang aleya nak cerita pasal satu short video ni, hasil lakonan Heliza. Tajuk dia adalah COUPLE. Kelakar sangat cerita dia. Jalan cerita dia pun sangat-sangat menarik. Macam betul-betul menceritakan tentang hidup masyarakat zaman kini saja. Siapa-siapa yang belum tengok, bolehlah tengok kat Youtube. Tak rugi, boleh hilangkan tension jugak sebab kelakar sangat. Orang yang berlakon tu pun boleh tahan, sweet! Hahaha.

      Hari ni, aleya dah hantar thesis yang telah siap dibinding ke jabatan fakulti. Perasaan aleya? Hm… gembira + puas + lega sangat! Moga-moga dapat markah yang baik lah hendaknya. Moga Allah bantu lembutkan hati supervisor yang menanda. Time dalam kelas petang tadi, dapat garis panduan daripada lecturer kalau ada yang berminat nak teruskan pelajaran ke peringkat Master. Perasaan mula berbelah-bahagi. Nak buat Master ke tak nak… Masih dalam dilema.  Tak jumpa petunjuk lagi… Tapi, benarkah begitu???

      Ada lagi perkara menarik yang berlaku petang tadi. Banyak pulak kisahnya kan. Tengah-tengah naik tangga nak pergi bilik lecturer, aleya dan kawan-kawan terbertembung pulak dengan salah seorang lecturer yang ajar kami subjek Marketing. Nama dia Madame Wong. Tiba-tiba madame tu tanya kat aleya, you nak pergi lecture ke ni? Banyak kali pulak tuh dia tanya. Mula-mula aleya tak faham kenapa dia tanya macam tu. Rupanya dia cakap aleya nampak macam lecturer yang nak pergi bagi lecture. Dia siap cakap lagi, kita dah tukar tempat lecture untuk semua kat belah bawah tau. Hahaha, tergelak aleya kat situ.

      Untunglah dah ada gaya macam lecturer. Kira ada peluanglah ni nak dilantik jadi lecturer pada masa akan datang kan. Gaya dan stail itu sangat penting! Gembira pula dengar orang cakap macam tu kat aleya. Thanks semua. Kawan aleya siap panggil aleya Dr. lagi tuh. Memang macam lecturer betul, katanya. Moga-moga Allah makbulkan semua kehendak aleya. Insya-Allah. Kalau tak makbul tu, mesti Dia ada perancangan yang lebih baik untuk diri aleya.

      Okay, dah lama sangat menaip ni. Thesis pun aleya tak taip se passion macam ni. Hahaha, moga bertemu lagi nanti ya. Dah nak maghrib dah. Selamat menunaikan solat kepada semua. Moga semua yang bakal berlaku dalam hidup kita adalah beserta dengan rahmat dan pengampunan dari Allah s.w.t hendaknya. A-miin.

                                                                       ~AleyaMaira~

May 26, 2013

My Girlfriends... _loveyea!_

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
 

Bertemu kembali dalam sesi tulis-menulis. Sekarang ni masing-masing tengah ada mood menaip, dan makin familiar dengan tulisan komputer setiap hari. Sebabnya? Of course la sebab thesis yang makin menyesakkan jiwa. I am so sick of it!

Tak tahulah kalau yang dah dibuat itu betul atau tidak. Yang pastinya, itu adalah hasil usaha yang terbaik daripada kami, semua pelajar final year UPM.

Semalam, aleya dan kawan-kawan dah print dan hantar thesis untuk dibinding. Masing-masing pun berdebar-debar nak print dan hantar untuk dibinding. Macam apa je kan. Padahal nak bind thesis saja pun. Sabar sajalah, ingat aleya je yang rasa macam tu. Rupanya kawan yang lain semua pun sama jugak.

Lepas siap print dan hantar untuk dibinding, masing-masing dah tak sanggup lagi nak duduk kat kolej. Jom keluar, window shopping! Apa lagi, semua pun terus teruja fikir nak ke mana. Padahal, outing pada hari tersebut bukanlah sesuatu yang dirancang. On the spot terus decide nak pergi Mid Valley. Bukan nak beli apa-apa pun. Just nak release tension saja.

Dan, kami betul-betul release tension bersama. Pergi makan kat food junction. Makan sekejap je, tapi borak.... hampir 2 jam kami duduk kat situ. Tak sedar diri betul,kan. Lepas tu, pergi surau. Lepas solat, borak lagi. Sampai kan ada kawan tu kata, kita datang sini memang untuk berborak je pun. Hahaha. Lawak!

Ada kawan tu belanja aleya minum nescafe.. Best kan. Dia kata, takpelah kita belanja. waaa, terharu sangat. Hampir-hampir nak menangis, tapi mujur sempat tahan. Sweet betul kawan aleya. Yang penting adalah sesi mengambil gambar. Kitorang termasuk kat tempat shopping, tapi setiap kali jumpa cermin saja, kitorang tangkap gambar. Yang bestnya tangkap gambar dekat cermin, semua orang pun boleh masuk dalam gambar tu. Tak ada yang terkecuali termasuklah si pengambil gambar. Seronok kan...

Ada kawan aleya tu, nama dia Kz. Dia ni comel tau, tapi kurang ambil perhatian terhadap penampilan dia. Dia macam tak kisah je dengan cara pakai tudung, cara dia duduk, cara jalan dan sebagainya. Time ni, kitorang masuk la kedai Guardian. Aleya pun tercadangkan kat dia suruh try pakai lip gloss. Yelah, lip gloss atau lip balm tu adalah bahan asas untuk seorang wanita, at least! Akhirnya dia beli jugakk! Seriously, memang nampak lain bila dia pakai. Terserlah lebih sikit kecomelan dia. Yang seronoknya, aleya dengan kawan aleya yang lagi sorang pun beli jugak lip gloss tu. Color dia memang lawa la.. hehe. Seronok kan beli barang sama-sama dengan kawan ni.

Dalam hidup kita ni, adanya kawan-kawan perempuan a.k.a girlfriends, sangat-sangat bermakna. Sebab kita boleh kongsi apa saja dengan diorang. Cakaplah benda mengarut pun, soal hati, soal benci... semua lah. Time zaman sekolah pun aleya ada gf yang baik-baik. Ada yang masih lagi ambil berat tentang aleya, sanggup je borak-borak dengan aleya( mlalui wechat dan whatsapp. maju dah kami ni...), berbalas2 komen dalam twitter.. seronok gila! Terasa yang dalam hidup kita ni, banyak rupanya nikmat yang Allah berikan. Tapi kita je yang jarang nampak... Tak baik betul, Astaghfirullah...

So, lepas ni... Tak tahulah bila lagi our girls day out yang seterusnya. Ada masa lagi 2 minggu je nak bersama. Lepas tu, masing-masing akan berpisah bawa haluan sendiri. Selagi ada masa, kita nikmatilah betul-betul. Sebab, what we get today is not the same with the one we get tomorrow. Today is a gift, let's enjoy it before we go into tomorrow, our beautiful future. Waaa, tak tahu macam mana nak berpisah dengan kawan-kawan. 


Pengalaman hidup kat UPM tak sama dengan zaman sekolah. Kat sekolah dulu, kita tak hidup bersama, tak makan bersama, tak lepak bersama, tak merajuk bersama...Nampak tak perbezaannya yang cuba ditunjukkan.. Hahaha, padahal aleya nak cakap yang kami spent masa lebih lama dari kawan-kawan kat sekolah.





















Dalam tempoh 4 tahun, ni kita boleh kenal siapa kawan kita, siapa yang buat-buat jadi kawan kita, siapa yang ikhlas dengan kita, siapa yang just nak ambil kesempatan dari persahabatan kita. Terlalu banyak memori kami bersama...Ah, dah tak mampu lagi nak menaip. Yang penting, yesterday was Awesome! Tiada galang-ganti. Memang sepanjang hari aleya gembira, dan gelak saja. Thanks for making me happy on one of my loneliness day...Sunyi, sebab roommate kita tak ada. Tak tahu nak bercakap dengan siapa...

Okay, see you soon in other entry. Nak sambung tengok cerita Korea. Gentleman's Dignity. Best cerita dia. Setelah sekian lama, aleya jumpa cerita best yang aleya suka tengok. Bye, semua!

May 23, 2013

Oh my Medicine!

Assalamualaikum semua. Salam sakit dari aleya untuk semua. Susah hati bila tak sihat ni. Moga Allah permudahkan dan cepat sembuh hendaknya.

      Pagi tadi aleya pergi Pusat Kesihatan Universiti(PKU).Terpaksa akur dengan perintah mak aleya. Kalau tak pergi kang, terpaksa tipu mak. Dah bertambah-tambah dosa untuk hari ni. Perasaan berdebar dan takut tak perlulah diceritakan. Memang takut sangat. Sementara tunggu masa nak masuk bilik jumpa doktor, hati berdebar-debar tak tentu pasal. Rasa macam nak demam pun ada jugak. Tapi dah terlanjur mendaftar, aleya gagahkan jugak diri menunggu di ruangan menunggu.

      Ramai rupanya orang lain yang sakit hari ini. Penuh satu PKU tu dengan macam-macam jenis orang. Ada yang tua, muda, yang tak boleh berjalan dan sebagainya. Sampai saja giliran aleya, aleya pun bergegas masuk bilik yang sepatutnya. Sebelum tu, sempatlah tengok nama doktor kat pintu sebab tadi masa menunggu tak nampak nama doktornya. Dr Mubarak?! Doktor lelaki? Oh, tidak! Pening jap kepala aleya.

      Walau macam mana pun, aleya tetap juga masuk. Doktor dia sikit punya hensem. Muka dia macam ada campur baka Arab saja. Aleya masuk saja, dia terus senyum. Makin gemuruh pula aleya ni. Mujur tak pengsan kat sana. Hahaha.

      Tapi encik doktor ni cakap tak berhenti-henti. Sekali dengar rasa macam dia tengah bagi lecture tentang gastrik je kat aleya. Oh, doctor! I'm not a medical student, tak perlulah cerita detail sangat. Aleya pun dengar sajalah dengan tekun, padahal semua yang dia cakap tu, masuk telinga kanan, keluar terus kat telinga kiri. Tak sempat lekat kat kepala. Dahlah dia cakap ada accent orang putih. Penat nak tadah telinga dengar doktor ni membebel.

      Dia siap bagi pesanan lagi, 'jangan makan makanan bergoreng, pedas, jangan minum kopi, air gas, teh.... bla..bla..bla..' Banyak betul benda yang dia tak bagi aleya makan. Habis tu aleya nak makan apa? Hahaha, lawaklah doktor ni. Aleya pula dah tak keruan nak duduk kat situ. Yelah, malu kot kena cek dengan doktor lelaki. Lupa nak pesan kat kaunter pendaftaran yang aleya nak doktor perempuan. Kalau setakat demam tak apalah kan, ni sampai nak cek condition perut kot. Malu nak mati...

      Aleya bukan jenis yang ada gastrik pun, pelik jugak bila disahkan menghidap (mcm ada penyakit serius je kan) gastrik. Doktor tu kata, kalau stress pun boleh kena gastrik ni. Mungkin awak selalu stay up malam-malam ke, tension-tension nak exam ke... Haisy, banyak betul benda dia nak explain. Sampai aleya nak cakap pun dia tak bagi peluang. Aleya tak nak ubat air, tapi yang itulah juga dia nak bagi. Macam manalah nak telan ubat air ni. 

      Tapi, kira okaylah dapat jumpa doktor yang peramah dan baik. Lepas siap cek je, aleya terus keluar tak pandang-pandang dah doktor tu. Malu...

      Balik-balik bilik saja, aleya pun jamahlah sikit burger yang aleya beli semalam. Tak larat nak makan banyak. Perut lapar, tapi badan tak boleh nak terima makanan. Dah makan sikit, aleya pun telanlah segala macam ubat yang doktor bagi. Ya Allah, besar gila ubat dia. Tercekik-cekik aleya makan. Rasa nak nangis pun ada juga sebab kena telan ubat yang banyak ni.

      Tak sukalah makan ubat. Dulu masa kecik-kecik, satu biji panadol tu aleya kerat 8 kot. Sebab payah sangat nak telan. Yang ubat air, tak perlu nak ceritalah. Memang tak pernah nak masuk kat tekak...Pahit, tak sedap! Sebab tak suka makan ubat, aleya selalu jaga kesihatan. Kiranya jarang jugaklah aleya jatuh sakit. Kalau sakit pun setakat selesema biasa dan batuk. Tak makan ubat pun boleh sembuh kan. Tak berapa nak kisahlah...


      Akhirnya, tamatlah satu episod kisah ubat. Dah lah kena bebel dengan semua orang termasuklah adik aleya sendiri sebab sakit. Konon-kononnya tak suka, tapi best sebab dapat perhatian lebih. Tapi ada juga kawan-kawan aleya yang concern bila dengar aleya sakit. Gembira tiba-tiba bila ada orang yang sanggup ambil berat. Nanti nak call mak pulaklah, nak dengar bebelan mak pulak. Hehehe, makin tua makin tak matang dah jadiknya. Tak apalah, bukan selalu pun...

      Okaylah, tak larat nak taip banyak-banyak. Sekejap lagi nak pergi beli makanan untuk malam pula. Almaklumlah, kalau tak makan tak boleh nak makan ubat. Nanti kena bebel free lagi dengan mak dan adik-adik... Sabar sajalah~


See you all soon, bye. Assalamualaikum! Jaga kesihatan diri ya...

p/s: Roommate tak ada. Dia balik rumah. Sunyi bilik ni. Nak ngadu kat siapa ni.... Sedih + sunyi.... sob sob sob.


                                                                                                        ~AleyaMaira~

May 22, 2013

Nak jumpa doktor?!

      Assalamualaikum semua. Mood hari ni, gembira sikit dari semalam. Sebabnya? Yes, sebab dah lepas presentation. Lepas ni tinggal nak edit sikit fyp dan dah boleh send untuk dibinding. Alhamdulillah. Syukran Ya Allah kerana permudahkan segala urusanku.

      Petang tadi aleya ingat nak call mak. Tapi adik aleya send mesej pulak. Dia kata mak aleya tengah tengok drama ni, lepas maghrib nanti dia call. Hahaha, tergelak aleya dengar. Sejak-sejak mak aleya jadi drama mania ni, fokus tengok drama tu, kalah aleya. Drama apakah? Of course la, drama korea. Adoi, salah aleya jugaklah sebab kenalkan drama-drama ni kat mak aleya. Siapa suruh kan. Sekarang ni tengok drama lebih diutamakan dari cakap dengan anak dia yang dah nak pengsan kerinduan ni. Hahaha, lawak mak aleya ni. Sabar jelah.

      Akhirnya, lepas maghrib sempatlah berborak selama hampir setengah jam dengan mak. Macam-macam cerita terkeluar. Aleya tumpang gembira dengar mak gembira bekerja. Dia kata seronok sangat sebab semua orang kat tempat tu baik dengan dia. Yang paling bestnya sebab mak ada income yang tersendiri. Yelah, siapa yang tak suka kan. Lepas 24 tahun terperap saja kat rumah, bekerja macam ni pun boleh tambah pengalaman dan kawan baru.

      Tengah-tengah borak , tercerita kat mak aleya yang aleya sakit. Apalagi, kena bebel la macam peluru berpandu. Tak berhenti-henti. Menyesal jap cerita. Tapi, best jugak sebab dapat perhatian yang lebih. Mak aleya paksa suruh pergi jumpa doktor. Aleya pun angguk-angguk sajalah. Jumpa doktor? No way! Itu adalah perkara terakhir yang aleya akan buat. Aleya lagi sanggup tahan sakit ni daripada pergi jumpa doktor. I simply don't like the word doctor!

      Dari kecik lagi, tak suka pergi klinik. Kalau demam pun, batuk ke... Sanggup tahan. Takut nak jumpa doktor. Kadang-kadang menggeletar satu badan setiap kali nak masuk biik doktor. Tolonglah, saya memang tak suka.

      Mak aleya macam tau-tau je, dia siap cakap lagi nak call petang esok nak pastikan aleya pergi jumpa doktor atau tak.. So, tak ada pilihan la ni? Alaa, nak cakap apa kat doktor ni... Nak tahan je, rasa macam tak larat pulak. Dah berapa hari tak boleh nak makan ni. Boleh pengsan aleya macam ni. 

      Mood pun rasa terganggu semacam je. Nak bercakap banyak-banyak pun tak ada semangat. Terjumpa kawan kat jalan pun, hanya mampu tersenyum saja. Tapi kalau dengan geng sendiri, terpaksalah buat macam tak ada apa-apa. Takkan nak tunjuk yang kita sakit kan. Mujur jugak ada roommate yang risaukan aleya sekali. Terharu kita...

      Tengah-tengah survey gambar cantik, terjumpa pulak gambar ni...




      Comel kan. Teringin nak bertudung labuh, tapi tengah tunggu masa yang sesuai. Yang penting, niat itu ikhlas kerana Allah Ta'ala. Kena kuat hadapi cabaran dan dugaan pulak tu. Insya-Allah, semoga Allah permudahkan...

      Hari ni, lagi sekali aleya dikunjungi rakan-rakan secoursemate yang nak sambung pelajaran ke peringkat Masters. Mereka-mereka ni membuatkan aleya rasa tersalah buat keputusan taknak sambung belajar. Macam mana ni?...Hala tuju hidup aleya terasa samar-samar kembali, padahal aleya dah ada plan sikit punya baik.

      Aleya ingat nak mohon jadi lecturer kat kolej tempat adik aleya belajar. Adik aleya kata kolej dia tengah ambik lecturer baru. Insya-Allah, lepas tamat belajar ni nak try mohon kat situ. Moga-moga Allah izinkan untuk bekerja kat situ. Aleya rasa lebih berkeyakinan dengan pekerjaan yang melibatkan bidang akademik. Aleya rasa, aleya ada kepakaran untuk mengajar orang. (Maaflah, terpoyo jap. Tapi impian dan keyakinan kena tinggi! Believe in yourself!)

      Lepas tu, mungkin aleya nak mohon kerja kat mana-mana bank yang melibatkan Islamic Finance. Sepanjang semester ni, aleya belajar Islamic Finance. Terasa nak mengaplikasikan teori-teori yang telah dipelajari. Tambah-tambah lagi, ramai masyarakat kat luar sana yang kurang arif tentang sistem kewangan berasaskan Syariah. Jadi, kita yang dah belajar ni, kenalah amalkan ilmu kita untuk majukan masyarakat Islam kita sendiri kan. Kalau bukan kita, siapa lagi? Insya-Allah, kalau adalah rezeki aleya kat situ...

      Okaylah, nak sambung edit fyp sambil dengar muzik ni. Dah lama tak buat kerja yang produktif macam ni. Err, produktif la kot.. See you again in other entry. Bye to all...
                                       

                                                ~AleyaMaira~

satu antara dua...

Bukan aleya taknak tolong kawan-kawan yang minta tolong tika saat-saat terakhir ni. Tapi aleya pun sibuk sikit juga. Almaklumlah, last-last minute macam nilah semua orang pun nak bertungkus-lumus siapkan kerja-kerja yang tertunggak kan.

Kadang-kadang aleya rasa macam nak bagitahu je yang aleya busy, tapi bila fikir balik, kesian kat kawan-kawan aleya. Diorang minta tolong pun mesti sebab dah tak tahu nak tanya kat siapa. Kalau aleya pun tak tolong, siapa lagi nak tolong diorang kan. 

Kadang-kala, rasa marah itu muncul seketika, rasa geram pun datang menyibuk sekali. Tapi lepas tu, diganti pula dengan perasaan dilema, dan last sekali, rasa sedih pula kalau tertolak permintaan orang.

Sudahnya, aleya pun meluangkan masa sikit untuk mereka-mereka yang memerlukan. Lagipun, tak salah buat baik pada orang ni. Mana tahu, satu masa nanti, aleya pula yang tersepit dalam kesempitan, kawan-kawan pula yang tolong kan.

Dalam hidup aleya ni, tak ada apa yang lebih penting daripada keyakinan kawan-kawan (selain Allah, Rasul dan keluarga). Aleya gembira bila bersama dengan kawan aleya, tak kisahlah siapa pun. Tak kisahlah kalau ada yang tak ikhlas pun kawan dengan aleya. Aleya gembira saja berkawan dengan semua.

Kadang-kadang aleya tak sedar pun yang sebenarnya ada orang yang tak suka sangat pun kawan dengan aleya. (Ignorance gila! Kalau ada member yang bagitahu, barulah aleya sedar.) Orang-orang yang tak kenal aleya mesti kata aleya ni berlagak dan bajet bagus. Tapi, saya bukan orang yang macam tu! Cuma, aleya tak selesa dengan orang yang baru dikenali atau tak dikenali, bukannya sombong.

Aleya tak reti nak mulakan persahabatan dengan orang, aleya tunggu saja orang yang mulakan. Tapi lepas tu, Insya-Allah, aleya akan anggap orang tu kawan seumur hidup. So, janganlah segan-segan tegur dan berkawan dengan saya. Saya bukan orang yang pandai menunjukkan perasaan sebenar yang saya rasa. Padahal aleya suka saja berkenalan dengan kawan-kawan yang baru kan... 

Samalah juga dengan teori berkaitan dengan hati dan perasaan. Ada orang yang boleh tunjuk secara terang-terangan kalau dia suka kat orang tu. Ada pulak orang yang langsung tak boleh tunjuk perasaan dia. Ada juga orang yang konon-kononnya boleh tunjuk perasaan yang dia suka kat orang secara terang-terangan, padahal yang itu just untuk menutup perasaan sebenar terhadap orang lain.  

Golongan yang ketiga ni,semua orang pun dia nak minat. Kononnya, dia minatlah kat orang tu, orang ni, sampai orang boleh anggap dia playgirl. Tapi hakikatnya, bukanlah macam tu. Dalam hati, ada yang lain. Yang tak boleh nak diluahkan, sebab... Nanti mesti kena sindir or kutuk dengan kawan-kawan. Tak konfiden la sebenarnya kan. Lebih-lebih lagi, dia tak ada ramai kawan lelaki. Lepas tu, boleh pulak terjatuh hati tu dengan kawan dia. Haisy, memang kena kutuk sampai mati lah. So, simpan sajalah sendiri sampai akhirnya. Tapi kalau dapat yang kononnya diminati tadi tu pun okay jugakk.. hahaha.



Susah jugak jadik golongan ketiga ni kan. Hahaha, jom fikir kita ni golongan yang mana satu. Ada kawan aleya tanya, ko ni pengalaman bercinta macam tak ada sangat, tapi pandai pulak bagi nasihat hal-hal macam ni kan... Untuk menjawab soalan itu, Aleya nak rujuk satu ayat Inggeris ni: "Some gain knowledge through experiences, but some others gain them through reading."

Aleya dapat pengetahuan macam ni melalui novel dan drama-drama yang aleya tengok. Ada jugaklah kelebihan selalu khatam novel time zaman sekolah dulu kan. Contoh budak nakal! Tapi, buat nakal tu, janganlah sampai orang tahu. Depan orang biar jadi baik-baik, sopan-sopan... Itu baru betul nakal namanya. Hehehe.

So, bolehlah bertindak sebagai penasihat tak bertauliah untuk sesetengah kawan aleya ni. Yang peliknya, diorang nak pulak terima pandangan orang tak berpengalaman macam aleya ni. Siap boleh kata, baguslah aleya ni. Macam faham-faham saja apa yang diorang alami dan rasa. Yang ni pun, dikira cari pengalaman kan.


Okay, dah mula melalut. Nak cerita benda lain sebenarnya. Sorry to all my dear friends yang terkena tolak permintaan ke, aleya tak tolong korang ke.. Maaf ye. Kalau masih ada kesempatan, insya-Allah, bolehlah aleya tolong mana-mana yang patut.


Akhir kata, jom tamatkan zaman degree dengan bergaya. Stail itu penting... Assalamualaikum, jumpa lagi.


                                         ~AleyaMaira~

Minggu emo-emoan...

Hai, semua! Sihat ke ni? Moga-moga sihat sejahtera la hendaknya. Ops, lupa nak bagi salam. Assalamualaikum semua! =)

Minggu ni, aleya pulak yang kurang sihat. Tiba-tiba saja rasa macam kena gastrik. Pelik juga aleya ni, kalau stress je mesti kena gastrik. Tak boleh nak makan, tak boleh nak tidur malam-malam. Macam insomnia pun ada jugak. Orang jarang stress kan, macam ni la kot. Pelik! Tapi sabar sajalah kan. Nak buat macam mana, Allah nak uji dengan kesakitan. Tapi yang paling sakitnya adalah apabila kita beli makanan sedap-sedap, dah ada depan mata dah ni, tapi tak boleh nak makan. Sakit kan, seksa sungguh!

Sampai sekarang pun tak sembuh lagi ni. Kalau cerita kat mak mesti dia risau kan. Tahan sendiri saja, dah besar dah pun. Rasa rindu pada family pula. Lama tak call mak, last call pun hari Ahad hari tu. Waaaa, rindu! Kalau call mak, tak boleh cakap lama-lama, mak kita busy. Tak suka la mak kita pergi kerja. Nak suruh dia berhenti duduk kat rumah tunggu kita balik je boleh tak.. Mak tak payah la pergi kerja....



Tengokk... Shin Chan pun sedih jugakk... 

Err, terjadi budak yang mengada-ngada pulak. Maafkan saya. Aisy, minggu emosional, macam tulah. Semua benda pun rasa tak kena, semua benda pun rasa tak betul, semua benda pun menyakitkan hati. Salah faham yang terjadi, perasaan yang tersinggung, hati yang sakit tiba-tiba... semua tu adalah perkara normal ketika ini. Abaikan saja~

Lega sikit hati dapat bebel kat sini. Minggu ni minggu yang busy bagi semua kawan-kawan aleya. Nak jumpa dan borak-borak pun agak tak sempat. Semua orang risau sebab kena hantar thesis tahun akhir, ada pula presentation tiba-tiba, kena hantar tugasanlah, dan ada pula lecturer baik hati yang sanggup bagi tugasan di saat sibuk macam ni. Kuantiti dia tak payah khabaqlah, memang banyak yang teramat. Sabar sajalah kan...

Hidup kami sebagai student degree pun dah tak lama dah. 2 minggu saja lagi. Jom berusaha sampai ke saat yang terakhir! So that, we won't regret at the end of our university life. Insya-Allah...

Perasaan menyesal itu adalah perasaan yang paling teruk sekali. Lagi teruk dari perasaan patah hati atau kecewa. Penyesalan tu kekal seumur hidup pulak tu. Tak boleh nak dibuang, mahupun dilupakan. Kekal berkesan sehingga akhirnya. Dalam hidup aleya, banyak perkara yang aleya menyesal sebab tak buat. Kenapakah? Hmm, sudah tentu sebab lack of courage. 

Kita patutnya cuba saja. Jadi tak jadi, dapat tak dapat, kena terima, kena tolak... semua tu ketentuan Tuhan. Sampai bila kita nak takut untuk berterus-terang dan ambil langkah yang kita inginkan kan. Hidup kita, kita lah yang kena buat keputusan. Mana tahu, kalau-kalau itu memang apa yang ditentukan oleh Allah. Kita berusaha dan kita dapat pulak! Waaa, alhamdulillah... Tapi kalau kita terlepas sebab tak nak cuba??? Menyesal tak sudah...

Err... nak cerita pasal apalah ni sebenarnya kan... Hahaha, lost of idea. Sampai sini sajalah kot untuk hari ini. Lain kali kita tulis lagi. See you soon, Bye.

                                             ~AleyaMaira~

May 20, 2013

Let's follow the flow.

Assalamualaikum...

      Petang ni aleya tak ada kelas, banyak pulak masa lapang hari ini. Kerja pun banyak jugak, tapi keinginan untuk membuang masa lebih mengatasi segala perkara yang lain.


      Last week, hari Sabtu, selesailah majlis makan malam khas untuk pelajar-pelajar tahun akhir. The long awaited dinner night- bak kata member aleya. Semua orang pun pakai lawa-lawa, tambah dengan mekap penyeri muka lagi, dengan aksesori lagi. Wah, memang menepati temanya, Moden Klasik. Yang laki pun sama, asal pakai kot saja, semua orang pun nampak smart dan hensem. Semuanya cantik bergaya. Aleya pun taknak ketinggalan sama... Almaklumlah,dinner lastlah katakan...

      Bagi aleya, fashion is all about confidence and comfort. Tak kisahlah kita pakai apa sekali pun, asalkan kita yakin dan selesa dengan pemakaian kita. Itu yang lebih utama.


Bersama teman rapat a.k.a geng spagetti. Tbe2 nmpk tggi, gmbira sat!

      Ada juga kawan-kawan aleya yang menegur, kenapa aleya pakai jaket kat luar. Biarlah tudungnya nampak di luar. Tapi aleya sendiri rasa it's not so proper. Aleya lebih selesa begitu. Aleya cari jugak jaket yang panjang sikit, tapi tak jumpa yang sesuai. Tapi kalau pakai jaket panjang, orang kata gaya formal pula. Susah rupanya nak berfashion ni. Tak retilah aleya...


      Tapi disebabkan jaket kecik, tak bolehlah pakai tudung kat luar. Nanti terpaksa disingkatkan sebab apalah pointnya pakai jaket tu kan. Dah salah dah adab berfashion. Tak apalah orang nak komen macam mana pun, itu fashion aleya. It's up to our choice. Lain orang, lain caranya, lain gayanya, lain stailnya. Apa kelas ikut orang kan. Hahaha. Anyway, I'm confident with my sense of fashion... Maafkan saya, terpoyo kejap! Ah, abaikan saja...


Bersama Table 11's mates... Gembira pgi dinner, bkn sbb nk mkn sgt pun, tpi sbb dpt beramah-mesra brsame kwn2 yg dah lame tak ketemu. =)

The original Geng Spagetti. Mintak maaf, tercuri gambar ni dari profile FB member! =P
      Geng Spagetti. Best kan bagi-bagi nama untuk kumpulan ni. Itu memang hobi aleya, create nama untuk semua kelompok kumpulan yang aleya ada. Time zaman sekolah dulu pun macam tu jugak. Time matriks pun sama. Pergi mana-mana pun, aleya akan cari geng yang sekepala.
 

      Sampaikan dulu, ada la orang yang kata kat aleya, aleya kat mana-mana pun, selalu saja ada orang2 yang menemani aleya di sekeliling. Susah nak tengok aleya sorang-sorang. Lepas tu, orang tu jeles pulak sebab dia tak macam tu. Dia kata, segan nak kawan dengan orang yang popular (?) macam aleya. Hahaha, memang lawak! Aleya bukan popular sebenarnya, tapi ignorance...


      Hm..nak buat macam mana. Padahal, hakikatnya aleya bukan orang yang boleh berseorangan. Maaflah ya, kita rasa awak kena berusahalah cari kawan awak sendiri. Tapi, saya tak pernah memilih nak berkawan dengan siapa-siapa pun. -peace-

      Teringat kisah zaman dulu pulak kan... Haisy. Tapi, time dinner tu aleya sebenarnya agak terkilan sebab tak sempat bergambar dengan sorang lagi geng spagetti, kawan rapat aleya dari first year. Tak tahulah kalau aleya yang teruja sangat bergambar dengan orang lain atau...Hm. Padahal dia pun geng spagetti jugak!


      Time tengah-tengah makan masa dinner tu, sempat jugak touching2 sebab lepas ni dah susah nak jumpa kawan-kawan semua. Macam-macam kenangan antara kami bersama, lebih-lebih lagi dengan geng spagetti. Dengan kawan searas, kawan se blok, coursemate....Waaa, sedih kejap. Memang betullah kata orang, don't judge a book by it's cover. Selagi tak kawan betul2 dengan seseorang itu, jangan anggap kita dah cukup mengenali dia.

      Aleya berterima kasih kat semua kawan-kawan yang sanggup layan perangai aleya,kadang-kadang teman aleya berborak. Ada kawan-kawan tu boleh anggap aleya sebagai tempat untuk meluahkan rasa, sanggup tolong time aleya susah, terutamanya yang sanggup bagi maggie free time aleya lapaq malam2.. Thanks naa. =)


      Akhir kata, moga ukhuwah kita semua berkekalan sampai bila-bila walaupun kita mungkin tak bertemu lagi. Semoga kami semua berjaya dalam hidup masing-masing yep...

p/s: Mula mengambil langkah untuk memikirkan masa depan. Nak sambung belajar ke atau nak kerja.. Ada kwn aleya tu kate, 'sambunglah belajar, belajar memasak!' Err, itu memang perkara yang wajib la kot...

May 16, 2013

Itu Diari Saya.

Assalamualaikum warahmatullahi Taala wa barakatuh.

      Waaa, rindu sangat-sangat pada blog ini dan tulisan-tulisannya. Lama pula tak membebel kat sini. Sebab apa ya? Hm... sebab kebelakangan ni, aleya selalu saja habiskan masa dengan kawan-kawan. Hampir kesemuanya dah dibebelkan pada mereka semua. Encik Blog, maafkan saya. Anda kurang diperlukan pada waktu terdekat ni. 

      So, are you wandering why I'm writing for today? Panjang sekali kisahnya. Tadi aleya tengah search nota-nota lama sebab nak buat assignment yang tertunggak. Terpaksalah punggah semua barang-barang yang teperuk dalam laci meja belajar aleya ni. Nak dijadikan cerita, terjumpa pula diari aleya satu masa dulu.

      Nak kata dulu tu, taklah dulu sangat. Diari tu aleya start tulis time aleya kat UPM, di tahun pertama. Epik sungguh kan. Masa tu aleya belum terdedah pada dunia blogger lagi. Bergantung pada cara tradisional sajalah jawabnya.

      Alang-alang tengah banyak masa lapang, aleya pun curi masa sekejap, baca balik apa yang aleya tulis dalam tu. Seriously, mengarut! Malu pun ada jugak, sebab rasa macam tak matang saja ayat-ayat dalam tu. Bergaduh dengan kawan-kawan, merajuk sebab angin tak baik, tak puas hati sebab tak dilayan oleh kawan-kawan... Semua-semua tu pun nak tulis ke kan? Sudahnya, aleya gelak sajalah sorang-sorang. Mujur roommate aleya tak perasaan. Dia asyik keluar masuk bilik dari tadi. Setiap kali dia masuk bilik, aleya cover-coverlah gelak kan, nanti dia ingat aleya ni pelik pulak.

      Dah habis baca semua entri dalam diari (padahal taklah banyak mana pun, hihihi), aleya terus teringat kat blog aleya yang dah lama tak terbukak ni. Sempatlah update satu entri untuk hari ini. 

      Alamak, dah azan maghrib. Kita stop dulu lah kat sini. Selamat menunaikan solat maghrib kepada semua muslimin dan muslimat. Kepada yang berpuasa, selamat berbuka. Aleya dah habis ganti puasa. Yea!!! Gembira jap. Padahal kalau dah habis ganti puasa pun, kita dituntut untuk berpuasa sunat di Bulan Rejab, bulan mulia yang penuh dengan rahmat Allah ni. Insya-Allah, nanti kita cuba berpuasa sunat bersama-sama ya. 

      Bye, semua. Salam rejab untuk semua, sehingga bertemu lagi pada masa akan datang.Assalamualaikum.

p/s: Tinggal 3 minggu je lg nak tamat degree. Berdebar nak masuk alam pkrjaan. Kpd member skolah aleya, thanks atas khidmat nasihat ttg nak cari keje n intrview. Nasihat dan jasamu sgt2 dihargai. =)


                                    ~AleyaMaira~

May 7, 2013

Assalamualaikum.

Hujan lebat tengah membasahi bumi UPM malam ni. Suasana sangat sejuk, udara pun nyaman, mata pun mula memberat. Pagi tadi bangun awal, sekarang rasa mengantuk mula menjengah. Tapi, tak boleh nak tidur lagi. Kena tunggu untuk solat isyak dulu.

Hari ini, setelah hampir 8 hari bermukim di rumah yang tercinta, aleya kembali menapak ke dalam bilik asrama yang telah sekian lama ditinggalkan. Tugasan sebagai seorang pelajar kembali terpikul atas kedua belah bahu secara sendirinya. Mulalah rutin harian aleya sebagai seorang pelajar tahun akhir. 

Macam biasa, aleya balik ke UPM naik komuter. Ayah aleya hantar ke stesen komuter dengan kereta. Lepas tu, pandai-pandailah hidup sendiri kan. Kesian kat ayah. Dia pun baru je balik dari kerja shift malam sebelumnya. Aleya pun tak nak susahkan ayah. Biarlah aleya balik sendiri meredah cuaca yang mulai panas.

Dalam komuter, terdengar pulak perbualan dua orang rakan yang galak berbicara, tak mengendahkan beberapa pasang mata yang tekun memandang mereka dari jauh. Niat aleya bukannya nak pasang telinga pun, tak pasang telinga pun secara automatiknya kita akan terdengar perbualan mereka. Bukan salah aleya kan?...

Diorang cerita pasal apa ya? Hm... dengar punya dengar, rupanya cerita pasal Running Man. Siapa tak tahu Running Man tu apa? Wah, rugi besarlah anda, anda dan anda semua. Running Man tu salah satu variety show Korea yang sangat popular di Malaysia. Best, bukan sebab rupa mereka yang handsome dan cantik, tapi sebab kesungguhan mereka menyelesaikan misi yang diberikan. Lawak tak payah nak ceritalah, memang kelakar gila. 

Ada masa-masa aleya rasa macam down kejap, bad mood, rasa nak marah kat orang, aleya selalu tengok Running Man. Automatically, hati terhibur kembali. Tapi, berpada-padalah. Jangan sampai lupa dunia pulak kan. Bahayalah pulak kalau terjadi macam tu. 

Berbalik pada kisah komuter tadi, aleya pun terikut sama gelak bila diorang bercerita tentang scene-scene kelakar yang terjadi dalam show tersebut. Kisah mereka berterusan sampailah aleya sampai kat stesen Serdang, tak adalah rasa bosan dok sorang-sorang dalam komuter...

Sampai je kat stesen UKM, sekumpulan polis perempuan naik kat koc yang aleya tengah duduk. Tengok diorang nampak cool sangat. Tiba-tiba terfikir pulak, bestnya jadi polis. Mesti tak ada orang yang berani nak buat kacau kan. Respect habislah kat polis wanita negara kita! 

Bila ada je orang laki yang nak masuk kat koc wanita, nampak je ada polis perempuan, tak jadi diorang nak masuk. Padan muka diorang! Hebat tak hebat jadi polis ni kan. 

Balik-balik UPM, aleya pun bukak la FB. Berita dan artikel tentang isu politik melimpah-ruah kat wall aleya. Rasa menyampah pun ada jugak. Sampai satu tahap, dah malas dah nak bukak FB. Asyik-asyik nak cerita benda yang sama. Kalau orang tu buat salah, biar jelah. Nak buat macam mana lagi kan. Awak dok bercerita, mengutuk kat FB ni, bukannya selesaikan apa-apa masalah pun. Cuba pi buat solat hajat, banyakkan berdoa ke kan. Adalah jugak faedahnya. Yang dok bercerita kat alam maya ni pasai apa? Pihak-pihak yang terlibat tu bukannya baca pun artikel kamu tu. Haisy, sabar jela.

Silap-silap esok, orang-orang yang bersalah tu lebih banyak pahalanya daripada kita ni yang asyik dok kutuk dia bagi tambah lagi pahala dia. Ruginya kita... Kononnya nak buat analisa politik... 

Argh, biarlah! Aleya pun tak boleh nak banyak bunyi sangat. Aleya bukannya pergi mengundi pun tahun ni. Bukan tak nak pergi, tapi tak daftar lagi. Kiranya, bukanlah salah aleya pun kan. Kat rumah aleya sendiri pun, macam-macam pandangan tentang politik yang wujud. Mak aleya kata, kalau bukan orang islam, jangan undi. Kita kena pilih pemimpin yang beragama islam. Betullah tu kan...

Ayah aleya pulak kata, kita kena undi orang yang boleh buat kebaikan untuk kawasan kita. Habis ayah, kalau orang yang buat baik tu bukan islam, tak apa ke? Ops, jawapannya... Pikirlah sendiri. 5 tahun lagi, aleya harap aleya dapat buat keputusan terbaik untuk undi pihak yang betul, jujur dan amanah. Walau siapa pun yang memerintah, semua yang berlaku atas muka bumi ini adalah dengan izin Allah s.w.t. Itu konsep asas yang kita kena faham.

Esok, aleya dah kena start pergi kelas. Kadang-kadang dok fikir sorang-sorang, teringin pulak nak further study, nak buat Masters. Ramai jugak kawan-kawan aleya yang sedang ambil, dan bakal ambil Master. Takkan aleya sorang nak give-up dan kekal dengan degree je kan? Entahlah, tengoklah masa depan nanti macam mana kan. Waaa, dilema! Buat solat istikharah lah nanti. Moga-moga ada petunjuk yang Allah tunjukkan dalam masa yang terdekat. Insya-Allah...

Setiap kali balik UPm dari rumah je, mesti sedih. Sebab? Hm, sebab berpisah dengan keluarga. Macamlah selama ni tak pernahkan. Nak kata anak manja, bukan pun. Tapi, bila berpisah dengan satu-satunya dorongan yang aleya ada, rasa sedih tu lebih terasa. Kat UPM ni, kena hidup sendiri. Kalau terjatuh, kena bangun sendiri, sapu ubat sendiri. Kalau kat rumah, tangan luka sikit pun nak cerita kat mak. Hahaha, macam budak-budak je. 

Mak aleya siap kata, kau ni bila masa lah nak jadik matang sikit? Dari dulu sampai sekarang macam budak-budak je. Umur dah meningkat. Lepas tu, mulalah mak aleya bebel pasal masa depan pulak. Hahaha. Yelah, kat mana lagi nak tumpang manja kalau bukan dengan keluarga sendiri. Nanti lepas ni, tak tahu dapat kerja kat mana. Mana tahu makin jauh dari keluarga kan...

Sampai sini dululah bebelan aleya buat masa ni. Nanti ada masa bolehlah sambung bebel lagi. Tadi menaip sekadar menunggu masa nak azan, sekarang ni terlebih-lebih pulak masa menunggunya. Jom solat dulu, bye semua!

p/s: Pas solat nk smbung tgk crite korea! Dah lama tertinggal amalan tersebut. =P

 

May 5, 2013

Kerana Kanta lekap.

Assalamualaikum. Salam ukhuwah dari Nilai untuk semua. 

Bersempena dengan hari mengundi pada hari ini, 5 Mei 2013, aleya pun nak update blog la. Tapi, bukan nak cerita pasal undi pun, aleya pun tak daftar lagi. Nak undi kena tunggu 5 tahun lagilah jawabnya. Tak apalah, nanti ada rezeki boleh pergi undi berjemaah bersama keluarga sendiri. Insya-Allah.

Beberapa hari yang lepas, aleya call adik laki aleya nak minta khidmat nasihat sebab nak beli contact lens or kanta lekap. Adik aleya kata kalau pakai lens nanti nampak lain. Memang betul pun. Aleya ada test pakai lens untuk sehari tapi seriously nampak lain sangat. Terasa macam hilang identiti diri aleya bila tak pakai cermin mata. Rasa tak selesa pulak tu. Terasa muka terdedah sepenuhnya tanpa ada sebarang pelindung. Hahaha.

Kat bawah ni ada gambar before and after pakai lens. Rasa macam nak promote produk je kan. Haha, abaikan.







Aleya beli lens sebab nak pakai time pergi dinner. Nanti ada Majlis Makan Malam untuk pelajar-pelajar final year. Saja je pun, nak bawa imej yang lain time tu, terasa nak nampak lain sikit dari yang biasa. Tapi aleya tak suka pakai lens ni sebenarnya. Lagi best pakai spek. So, lepas habis dinner nanti aleya nak kembali kepada imej asal aleya. Sah, aleya memang susah nak terima perubahan. Hahaha.

Time call adik aleya tu, dia tanyalah kenapa aleya nak pakai lens setakat nak pergi dinner je pun. Aleya katalah, kawan-kawan aleya semua siap tempah orang nak mekap, aleya pun nak jugak nampak lain sikit kan. Almaklumlah, program last kot. 

Lepas tu adik aleya kata, "Weh, cakap dengan kawan kau, adik aku kata, laki tak sukalah tengok orang yang mekap ni. Biarlah natural." Tergelak aleya dengar. Hahaha, tu pun dia nak pesan ke? Aleya katalah, kitorang pegi dinner bukan nak cari pakwe pun la. Haha. Kelakarlah adik aleya tu. 

Tapi, aleya berterima kasih sangatlah kat dia. Sejak kebelakangan ni, dia banyak bagi khidmat nasihat kat aleya tentang macam-macam hal. Bermula dari hal tentang kereta, sampailah hal tentang perangai dan sikap. Okaylah, ada juga orang aleya nak bergantung harap dalam hal mendapatkan nasihat. Selalunya aleya je yang bertugas menasihati, sebab aleya anak sulung dalam keluarga. 

Aleya kenalah tunjuk perangai yang lebih baik sebab kena jadi contoh kat adik-adik. Kadang-kadang tu, aleya pun terbuat perangai macam budak-budak yang tak matang, tapi adik laki aleya tu sabar je tegur dan layan karenah aleya. Hahaha, bestnya bila dapat perhatian macam tu kan... 

Kawan aleya pun ada sorang yang macam tu. Aleya tanya soalan pelik-pelik pun, dia sabar je jawab. Kalau ada benda yang aleya tak faham pun, dia akan terang baik-baik. Dia tak pernah marah pun dengan aleya, pelik kan.

Kadang-kadang, member-member aleya yang lain pun malas nak layan aleya, tapi dia boleh pulak layan je apa yang aleya cakap walaupun yang merepek-repek. Gembira rasanya bila ada orang yang layan kita macam tu kan. Lagilah aleya terasa nak buat perangai yang tak berapa nak matang. Maaflah ye, kalau ada kawan-kawan yang tertengok perangai aleya yang tak betul macam tu.

Semalam, aleya dengan family pergi shopping kat Mydin. Dan yang paling penting adalah, aleya bawak kereta! Wah, hebat gila kan. Poyo kejap! Sempat pula enjin kereta mati 2 kali kat tempat trafik light. Kena hon dengan kereta belakang. Disebabkan mak aleya duduk kat sebelah dan bagi sokongan, aleya tak panik pun. Selamatlah pergi dan balik. Seronok, kan...

Lepas ni, nak try bawak kereta kat tempat yang ada tol pulaklah. Aleya kena start jadi berani. Sampai bila nak jadi penakut macam ni. Dah dekat 4 tahun dah aleya dapat lesen. Tapi tahun ni baru nak berjinak-jinak memandu. Moga-moga skill aleya bertambah baik pada masa akan datang.

Semalam juga, kitorang pergi majlis kahwin seorang kawan mak aleya. Pergi-pergi, makan, tengok pengantin dan balik. Kawan mak tu pun tengah sibuk layan tetamu semua, tak sempatlah nak borak-borak. Bestnya pergi majlis orang......... Tak tersambung pula ayat seterusnya. Nanti kawan blog aleya kata aleya gatal pulak. Hahahaha. Sorry friend, just kidding!

Lagi... Nak cerita apa ya. Hm, aleya sempat masak kat rumah. Aleya masak kari ketam, Sayur buncis goreng + kobis bunga. Sedap, sedap, sedap! Puji diri sendiri kan. Tapi, adik-adik aleya kata sedap hingga menjilat jari. Bangga jap sebab dah tahu basic things of cooking. Lepas ni, dah boleh try juadah-juadah yang lain pula. 

Aleya suka sangat memasak, cuma tak diberi peluang saja. Kalau mak aleya bagi peluang macam ni selalu kan bagus. Mesti aleya jadi pandai masak sampai kalah masterchef kat tv tu...

Panjang lebar entri aleya kali ni. Motif? Tak ada motif pun tulis post ni. Just nak didik diri agar tak malas menaip post. Nanti lama pula tak ber update blog aleya ni. Dan, latihan supaya rajin menaip assignment juga. Bertimbun assignment aleya, tunggu balik kolej nanti baru nak start tengok. Time cuti macam ni, buat apalah nak bazirkan masa berharga dengan assignment kan. Tak berkualiti langsung cuti aleya. 

Okay, bye! See you all soon. Selamat mengundi! 

                     ~AleyaMaira~