Saya rindu untuk menulis dan ber blog ing semula. Terlalu banyak peristiwa yang ingin diceritakan dan terlalu banyak pengalaman yang ingin dikongsi bersama. Kisah suka-duka bersama rakan-rakan yang disayangi. Kisah bahagia-lara bersama keluarga yang dicintai. Dan... sambungan novel sulung yang dinanti-nanti...
Arghhh! bagaimana kubisa untuk menangani semua isu ini sekaligus dalam masa yang sama?! Aku redha...
Redha? teringat dialog dalam Ombak Rindu the movie, " Redha itu ikhlas, pasrah itu menyerah". Jadi, aku kini... redha atau pasrah?! Aku tenggelam dalam lautan kekeliruan, menyelam dalam mencari sebaris jawapan...
Ops, sudah lama rupanya diri ini tidak bermadah sedemikian rupa. Akibat prasangka sendiri terhadap masa, konon-kononnya masa 24 jam sehari itu tidak cukup untukku, aku terlupa akan kesukaan untuk bermain dengan kata-kata. Ini hobiku suatu masa dulu. Percaya tak, aku dulu terkenal kerana selalu mencipta sajak dan puisi sendiri. Sampai ada rakanku yang setiap hari berjumpa aku untuk meminta aku ciptakan sebuah puisi untuk dihadiahkan pada 'kawan' nya... Wah, punyalah aku bangga pada saat itu. Tapi kejap saja, tak lama. Kalau lama-lama, nanti jadi riak pula. Syirik halus tu! Astaghfirullah....
Rasa macam dah lepas stress saja dapat menggambarkan perasaan melalui barisan kata-kata kat sini. Akhirnya, aku puas! Tahniah, Shahin! gembira sebentar kerana dapat mengimbau kembali kenangan lama yang sudah lama terbiar sepi, terbungkus indah dalam sanubari...
Showing posts with label Emosi. Show all posts
Showing posts with label Emosi. Show all posts
Dec 13, 2011
Aug 5, 2011
TAnAh KuBuR
“Kullu nafsin za~iqatulmaut - Setiap yang hidup itu pasti akan merasai mati.”
Kini, setiap insan di muka bumi ini sedang menghadapi cabaran bulan Ramadhan. Dan, tak dapat dinafikan bahawa setiap dari kita pasti ada terlintas walau sesaat pun ingatan mengenai maut yang boleh menjelma bila-bila masa sahaja. Sebenarnya, mengingati mati itu juga merupakan penyumbang pahala buat manusia. Malahan, kita diingatkan untuk sentiasa mengingati mati agar kita sentiasa bersedia menghadapi saat sakaratul maut.
Mengupas mengenai isu maut ini, baru-baru ini aku tertarik dengan satu program di televisyen yang dipaparkan setiap malam, 10.30 di saluran Astro Oasis. kisahnya adalah mengenai keadaan manusia yang berbeza-beza sebaik sahaja tiba di tanah kubur dan ketika tibanya saat dikebumikan.
Kisah malam tadi adalah yang paling menyentuh kalbu. Ia menceritakan riwayat hidup seorang lelaki tua yang hidup berseorangan di dalam sebuah rumah kampung. Semua orang di sekelilingnya sering mencaci dan mengutuk orang tua tersebut. Masing-masing sering merungut bahawa orang tua itu tidak pernah menjengukkan kepala di surau, masjid dan majlis-majlis agama yang berlangsung di kampung tersebut.
Hakikatnya, orang tua tersebut telah uzur dan tidak senang berjalan kaki kerana sering sakit-sakit dan tidak sihat. Akhirnya, ditakdirkan dia meninggal dunia. Orang-orang kampung semua bertegas hendak menatap wajah orang tua itu dahulu sebelum jenazahnya dikebumikan. Kata orang, jenazah tak baik dibiarkan terlalu lama. Lebih baik jika diuruskan dengan segera.
Datang pula seorang wakil dari jabatan agama tika itu. rupanya, orang tua tadi telah mewakafkan tanahnya untuk dijadikan tanah perkuburan. Bimbang sekiranya tanah perkuburan di kampung itu tidak cukup untuk menampung masyarakat pada masa akan dating. Sejumlah wang bernilai 50 ribu juga telah disedekahkan untuk kebaikan masyarakat kampung. Dan, tapak rumahnya telah diserahkan untuk dijadikan tempat bernaung anak-anak yatim. Masya-Allah, begitu baik sekali pekerti orang tua itu, yang tinggal berseorangan, yang sering dikutuk masyarakat tanpa mengetahui hakikat kebenaran.
Atas desakan semua pihak, kain yang menutupi jenazah itu diselak. Subhanallah… Bersinar-sinar wajah pak cik tersebut. Itulah yang orang namakan cahaya keimanan yang terpancar sewaktu meninggalkan dunia yang fana ini. Tertutup sudah mulut-mulut sumbang yang berbicara mengenainya sebelum ini. Ternganga masyarakat yang mencercanya sebelum ini. Tergamam semua, mengharapkan tidak mungkinkah mereka mati dalam keadaan sebegini…
Rupanya, lelaki tua tadi mati ketika sedang beribadat. Mati dalam doanya yang penuh air mata….
Mati dalam husnul khatimah… Siapa yang tak mahu? Kesimpulannya, tengok cerita macam ni lebih-lebih lagi dalam bulan yang penuh rahmat, di saat hati bebas tanpa bisikan syaitan… Insya-allah, kita perlu mencari lebih banyak pahala. Allah itu Maha Pemurah, mohonlah pahala kepadanya.
Mar 5, 2011
ThE CiRcLe Of LiFe
Inilah kitaran kehidupan...
Satu masa dahulu,kita adalah seorang bayi...
Masa kecik2 dulu, kita selalu saja menangis. Minta susulah, nak tukar pamperslah, itulah, inilah... Sampaikan bila tak boleh nak tidur di waktu malam pun, kita nangis. Tapi, ibu selalu ada di sisi setiap masa, tengok2kan kita, main dengan kita, borak dengan kita, dukung kita, buat lawak sampai kita senyum. Walaupun, masa tu ibu sibuk yang teramat.
Ibu sayang kita... Kita sayang ibu? Adakah kasih sayang kita sama seperti kasih sayang ibu kepada kita?
Lepas tu, kita membesar sedikit. Jadi kanak-kanak.
Bila dah jadik kanak-kanak, nakalnya kita. Ya Allah. Orang lain tengok pun rasa nak belasah je kita. Pergi sekolah, beli ais krim. Walaupun mak kata jangan. Bukan sebab apa, ais krim tu sedap. Masa tu tak suka mak kata macam tu. Pergi sekolah pun, bawa 20 sen je. Orang lain bawa banyak. Diorang selalu je beli ais krim banyak2. Mak diorang tak marah pun.
Nak dijadikan cerita, esoknya terus demam sebab termakan ais krim. Pagi tu terbaring kat sofa, mengerang kesakitan. Yelah, bila demam nie kan badan tak berdaya semacam je. Kepala pula sakit berdenyut2. Mata berair2. Tekak perit macam nak terkeluar. Haisy, senang cerita MENDERITA!
Masa tu, mak pun datang. "Nah makan panadol. Kan mak dah pesan, jangan makan ais krim. Kan dah sakit. Bukan mak tak bagi makan benda2 tu. Memanglah rasanya sedap, tapi kalau dah sakit, sedap lagi ke?" sambil tangannya mengusap kepalaku yang panas.
Aku benci nak mengakui kebenaran kata ibu, tapi itulah kebenarannya. Sepahit rasa panadol yang aku kerat 8 ni.
Tanpa sedar, aku menangis. Bukan sebab sedih dengar apa yang mak aku kata, tapi sebab sakit sangat rasa demam nie. (kononnya...tapi hakikatnya, aku menyesal.)
Lepas tu, jadi remaja pula. Bila da jadik remaja, rasa macam semua yang mak cakap tu adalah salah. Aku pun pernah juga rasa macam tu. Tapi, akhirnya kembali pada mak juga bila ada masalah. Mak sajalah pendengar paling setia dan terbaik dalam hidup.
Bila dah sambung belajar dekat matrikulasi Johor dan UPM, barulah tersedar kepentingan adanya keluarga di sisi. Bila kesunyian tanpa mereka, rasa macam patah tangan + patah kaki + patah tengkuk = (patah hati)kuasa 2.
Gembiranya hati bila bersama keluarga.
Sebenarnya, post kali nie nak meluahkan kerinduan terhadap keluarga. Dah lama tak balik dan berjumpa mereka. Bukan tak mahu balik, tapi asyik sibuk je memanjang di U. Kerja belambak. Masa nak rehat pun tak ada. Bila mereka nak datang, aku kata tak perlu. Bukan tak nak berjumpa tapi risau tak dapat menggembirakan mereka akibat kepenatan yang melanda.
Ada sesetengah orang yang tu, sanggup tinggalkan mak ayah kat rumah orang tua. Kenapa ya? Aku tak faham. Dan aku harap, aku tak faham selamanya. Aku takut, kalau aku faham, aku juga buat benda yang sama.
Kini, harapanku satu je. Aku tak nak janji akan balas jasa mereka bila aku dah berjaya nanti. Aku takut jadik seperti kebanyakan mereka yang gagal tunaikan janji itu. Aku cuma berdoa agar aku jadik anak yang mengenang budi kedua orang tua dan menjaga mereka sepanjang hidup mereka. Amin...~
![]() |
| Ibu dan ayah yang dicintai... Nak balik rumah... |
Subscribe to:
Posts (Atom)





