Tadi, aku pergi ke bilik Shima. Mujur juga ada kawan yang sudi terima kehadiranku di saat hati tak mampu melayan duka secara bersendirian. Tujuan sebenar aku ke sana, hanyalah untuk memberikan novel. Nak suruh dia baca kisahnya, sebab best sangat2. Tajuknya? hm... 'Biar YM berbicara'.
Pada mulanya, aku ingat novel nie tak best. Tapi cerita dia tersangatlah romatik dan sweet. Hehe.. Ingatkan lepas hantar novel nak terus balik. Tapi, ter membebel pula kat Shima pasal handphone aku yang masih rosak. Setiap pagi Sabtu dan Ahad, aku suka dengar radio. Tapi, phone dah rosak, mesti dah sunyi pagi Sabtu dan Ahad aku kan. Tak ada semangat saja nak tunggu hari minggu...
Lepas membebel pasal perasaan yang sedih, buka cerita pasal 'Tagged' pula. Walaupun aku kurang pasti fungsi sebenarnya, tapi penerangan ringkas Shima adalah amat aku hargai... =)
Lepas tu, Shima pun bukaklah bungkusan kuaci dia. Dah start makan satu, tak boleh nak berhenti. Akhirnya, aku pun mencadangkan agar kami menonton 'wayang' free dalam bilik dia. Mula2 nak tengok cerita hindustan, rindu pada SRK. Tapi, terbukak cerita korea, apalagi... Layan sajalah. Kami siap tutup lampu bilik lagi. "Nak kasi feel," kata Shima. Aku pun terteruja kejap. Mujur jugak roommate dia agak sporting malam nie. Tapi, bila dah gelap semacam nie, mata pun nak tergelap jugaklah. Tahan sajalah sampai habis verita tersebut 'ditayangkan'. Tajuknya? Hm... 'A Project Makeover'.
Cerita dia menarik sebab hero dia hensem. Haha, bukan kerana itu semata2 tau. Memang cerita dia best pun. Tapi ada sedikit unsur ketidaklogikan serta fantasi. Tapi, tak rugi tengok. Agak kelakar dan seperti movie korea yang lain, banyak moral valuenya. Sambil makan kuaci, sambil layan cerita. Thanks Shima kerana mengubat hatiku yang lara, teman aku tengok movie walaupun mata kau dah merah2 tahan ngantuk. Hehehe, gembira sementara waktu kejap. Balik bilik, mukaku kembali bermuram-durja. Shima, rindu kamu tiba2!
Perut sangat lapar. Berbunyi2 ikut irama lagu cerita korea yang aku tengok tadi. Tapi, tak lalu nak makan. Disebabkan perasaan sedih tanpa tujuan yang mencengkam jiwa ini, aku kematian selera untuk makan. Lepas nie, nak baca komik pula la. Dah lama tak buat aktiviti kegemaran aku tu. Sampai sini dululah, ya. Bye, semua. Sayonara. Oyasumi nasai.
p/s: Ingin sangat kembali kepada keadaan diri yang asal...


sabar ye shahin..suatu hr nanti ada sinar utk mu..sinar kegembiraan yng mungkin kami lambt merasainya..insyallah, sebagai sahabat aku mendoakan yg terbaik utkmu..
ReplyDeleteinsya Allah,thanks.. korang je pun semangat aku di sini... =)
ReplyDelete