Apr 2, 2011

ReALiTiKeHiDuPaN...

Shah Rukh Khan? 
Memang gambar SRK namun, post aku kali nie, bukanlah pasal dia. Tengah hari tadi, aku tengok cerita Kabhi Kushi Kabhie Gham... Cerita seindah tajuk. Kabhi Kushi Kabhie Gham bermaksud, 'sekejap gembira, sekejap sedih'. Realiti kehidupan. Lebih tepat lagi, realiti kehidupanku kini.
Banyak perkara yang diketengahkan melalui cerita ini. Kepentingan hubungan kekeluargaan, cara seorang isteri menghormati suami, anak menghormati ibubapa, kemesraan antara adik-beradik. Memang banyak nilai yang boleh diambil sebagai pengajaran. 
Kata orang, air yang dicincang, tak akan putus. Itulah realiti kehidupan pertama yang aku ingin kongsikan...
Gandingan dua orang pelakon yang hebat ini, mampu membuatkan air mataku mengalir tanpa henti selama tempoh 2 jam cerita ini kutonton. 
Tahukah anda lirik apa di bawah ini?
 Realiti kehidupan kedua: Filem ini menceritakan juga bagaimana masyarakat mereka sangat2 menghormati negara mereka sendiri. Masing2 berdiri apabila terdengar sahaja lagu kebangsaan negara mereka dinyanyikan. Kata orang, Dimana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bagaimana pula dengan masyarakat Malaysia sendiri? Tak perlulah berfikir jauh2, fikir tentang diri sendiri sahaja. 
Hendak berdiri pun malas, 
apatah lagi menghayati lagu Negaraku, lagu kebangsaan kita. Sebab itulah, masyarakat Malaysia kurang semangat cintakan negara. Kebersihan Malaysia pun tidak terjaga, barangan awam apatah lagi. Hampir semua telefon awam di Malaysia tidak bergagang. Inilah semangant rakyat Malaysia. Jadi, apa faedahnya kerajaan merangka pelbagai jenis polisi sedangkan mentaliti rakyat tidak sedikitpun berubah ke arah mencapai perpaduan dan kemajuan Negara?
Pandai aku berleter kat sini, tapi time presentation ekonomi Malaysia, kantoi juga. Tak menepati kehendak soalan, katanya. Huhu...
Akhir kata, aku ingin berkongsi kata2 SRK dalam cerita ini, 
Just believe in yourself, yea!...



2 comments:

  1. shah rukh khan?? sapa tu?
    ala, hero tua yang popular kat india sana nuh... pelakon hindustan tuu.." inilah perbualan dr makcik2 @ auntie2
    hahahaha..org dh xlayan lah SRK ni..
    org skang layan amitha Bachan bru ade feel...
    apa la ko ni "old fesyen", kata ***(seseorg)

    ReplyDelete
  2. ehem2... pandai aje ko eh..
    amitha bachan? itu zaman kuno ke hape, hahaha. sengal jek.

    ReplyDelete