Hye, semua.
Bertemu kita kembali dalam segmen bicara dunia Drama. Hahaha, macam laman synopsis cerita jepun dan korea saja blog aku nie, kan. Tak apa, abaikan. Yang penting, aku bahagia. Kali nie, nak cerita tentang tiga cerita yang aku dah tengok sepanjang minggu nie. Sebenarnya, aku tengah belajar untuk hadapi exam Math ahad ni, tapi bosanlah asyik belajar saja. So, kita rehat kejap sambil baca2. Tapi kan, yang peliknya, tiga2 cerita yang aku tengok nie ada satu je persamaan. Cuba teka apa? Susah nak teka? Tak payahlah susah2, aku bagi jawapan dia. Persamaannya adalah tentang kematian, secara tak langsung menyebabkan aku mengingat tentang kematian. Kamu semua tahu tak, Rasulullah mengingat mati sehari 60 kali. Bermakna, setiap 20 minit baginda akan ingat akan mati. Bila ingat mati, mesti kita akan ingat pada Allah, pencipta kita semua.
Cerita pertama yang aku tengok, Koizora.
Cerita ini direkomenkan oleh sahabatku, Nieza Anieyza. Thanks, memang sedih dan menyentuh jiwa. Hero dia mati akibat penyakit barah otak. Sedih bangat apabila orang kita kasihi meninggal lebih2 lagi akibat penyakit yang tiada penawarnya. Namun, dia berpesan pada kekasihnya agar selalu tersenyum kerana setelah dia mati, dia akan menjadi langit dan menjaga serta perhatikan perempuan itu selamanya. Huhu, baik!
Cerita kedua pula, A millionaire’s First Love.
Cerita ini menceritakan perangai buruk seorang lelaki kaya, yang mewarisi harta kekayaan atuknya. Tapi atuk dia pula buat banyak syarat sebelum laki nie boleh ambil alih segala harta tersebut. Bermulalah cerita apabila lelaki ini terpaksa berpindah ke sekolah kampung dan hidup seperti orang biasa. Dia mengenal seorang wanita ini yang merupakan kekasih pertamanya waktu dia kecil. Perempuan ni banyak mengajar erti kehidupan, erti berusaha dan erti kasih sayang kepada lelaki tersebut. Tapi akhirnya perempuan ni mati disebabkan oleh masalah jantung, tapi yang baiknya, lelaki itu berjaya mewarisi harta atuknya.
Atuk dia pesan, “kalau cucu aku temui sesuatu yang menyebabkan dia berkorban segalanya, bermakna dia sudah berjaya dalam hidupnya. Serahkan harta ini ketika itu padanya.” Comelkan, dan lelaki tu pun berhasrat jadi orang yang lebih matang dan cuba sedaya-upaya untuk menunaikan hasrat terakhir perempuan itu. Nak tahu apa hasrat dia? Tengoklah sendiri cerita dia, sure kamu nangis tapi puas!
Cerita ketiga tentang Autumn in myheart.













amboi..byk tol cter..aku baru abes tgok you are beautiful..addicted da weh...math xstudy pon..huhu.....
ReplyDeletesuke lagu2 dye..best..setiap jam aku dgr..lalala..
Haha, mase mula2 aku tgk crite tu, aku pun cmtu gak...best~
ReplyDelete