Nak dijadikan cerita, aku dengan adik aku jadi la chef sementara kat rumah. Kami goreng keropok Sarawak. (credit to Cik Zhiana, sebab dia yang bagi keropok tu time beraya kat rumah aku tahun lepas. Terima kasih kerana keropokmu, kami dapat mengisi perut yang kebuluran...) Goreng punya goreng, sampai penuh 2 bekas isi biskut. Wah, dahsyat! Kalau mak aku ada kat rumah mesti dia tak kasi masuk dapur.
"Rosak dapur mak nanti kalau ko masak," begitulah dia berpesan.Hahaha, kali ni tak sempat dia nak membebel sebab aku buat ni pun tanpa kebenaran. Nasib baik tak terbakar dapur rumah. Ini bukan kali pertama aku masak. Walaupun jarang-jarang-jarang sangat, aku pernah jugak la memasak. Antara item yang aku pernah masak = asam pedas, kuah rasam (yg selalu ada kat kedai mamak tu...) dan sebagainya. hehe. Yang kat bawah ni adalah rupa keropok yang telah siap digoreng oleh aku... Sedaaaaaaaaaaaaaaaaap!
| makan cicah ngn sos cili, nikmat habis! |
Lepas tu, kami makan pulak sejenis kuih yang dibawa oleh adik aku. Katanya kakak kawan dia kahwin. benda ni remeh saja, tapi warna kuih tu sangat2 menarik sampai terasa nak share dengan kamu semua...
cantik kan... pink pulak tu. Dah la sejak kebelakangan nie teruja tengok kaler pink. Semalam jugak, sedara mara aku datang dari P. Pinang.
Sempat jugak la ambil gambar sebagai kenangan... Okay, that's all for now. Dah cerita semua yang berlaku sepanjang 2 hari nie. Esok, Insya-Allah kami sekeluarga akan pergi bercuti di Cameron ighland. Teruja sangat sebab tak pernah pegi lagi. Doakan semuanya berjalan lancar ye. Update seterusnya akan dipost secepat mungkin eksklusif dari Cameron, Insya Allah...=)
See youa all soon...!
p/s: Nie pensil box baru aku, cantik tak?
Hehe, macam budak sekolah je kan.
Tapi,
Best pula beli pensil box nie. Beli kat Giant cawangan Nilai je. Comel!
Bye!!!
lee minho suruh comment, so comment lah haha. best nya miloooo o.O
ReplyDelete