Bersempena dengan hari mengundi pada hari ini, 5 Mei 2013, aleya pun nak update blog la. Tapi, bukan nak cerita pasal undi pun, aleya pun tak daftar lagi. Nak undi kena tunggu 5 tahun lagilah jawabnya. Tak apalah, nanti ada rezeki boleh pergi undi berjemaah bersama keluarga sendiri. Insya-Allah.
Beberapa hari yang lepas, aleya call adik laki aleya nak minta khidmat nasihat sebab nak beli contact lens or kanta lekap. Adik aleya kata kalau pakai lens nanti nampak lain. Memang betul pun. Aleya ada test pakai lens untuk sehari tapi seriously nampak lain sangat. Terasa macam hilang identiti diri aleya bila tak pakai cermin mata. Rasa tak selesa pulak tu. Terasa muka terdedah sepenuhnya tanpa ada sebarang pelindung. Hahaha.
Kat bawah ni ada gambar before and after pakai lens. Rasa macam nak promote produk je kan. Haha, abaikan.
Aleya beli lens sebab nak pakai time pergi dinner. Nanti ada Majlis Makan Malam untuk pelajar-pelajar final year. Saja je pun, nak bawa imej yang lain time tu, terasa nak nampak lain sikit dari yang biasa. Tapi aleya tak suka pakai lens ni sebenarnya. Lagi best pakai spek. So, lepas habis dinner nanti aleya nak kembali kepada imej asal aleya. Sah, aleya memang susah nak terima perubahan. Hahaha.
Time call adik aleya tu, dia tanyalah kenapa aleya nak pakai lens setakat nak pergi dinner je pun. Aleya katalah, kawan-kawan aleya semua siap tempah orang nak mekap, aleya pun nak jugak nampak lain sikit kan. Almaklumlah, program last kot.
Lepas tu adik aleya kata, "Weh, cakap dengan kawan kau, adik aku kata, laki tak sukalah tengok orang yang mekap ni. Biarlah natural." Tergelak aleya dengar. Hahaha, tu pun dia nak pesan ke? Aleya katalah, kitorang pegi dinner bukan nak cari pakwe pun la. Haha. Kelakarlah adik aleya tu.
Tapi, aleya berterima kasih sangatlah kat dia. Sejak kebelakangan ni, dia banyak bagi khidmat nasihat kat aleya tentang macam-macam hal. Bermula dari hal tentang kereta, sampailah hal tentang perangai dan sikap. Okaylah, ada juga orang aleya nak bergantung harap dalam hal mendapatkan nasihat. Selalunya aleya je yang bertugas menasihati, sebab aleya anak sulung dalam keluarga.
Aleya kenalah tunjuk perangai yang lebih baik sebab kena jadi contoh kat adik-adik. Kadang-kadang tu, aleya pun terbuat perangai macam budak-budak yang tak matang, tapi adik laki aleya tu sabar je tegur dan layan karenah aleya. Hahaha, bestnya bila dapat perhatian macam tu kan...
Kawan aleya pun ada sorang yang macam tu. Aleya tanya soalan pelik-pelik pun, dia sabar je jawab. Kalau ada benda yang aleya tak faham pun, dia akan terang baik-baik. Dia tak pernah marah pun dengan aleya, pelik kan.
Kadang-kadang, member-member aleya yang lain pun malas nak layan aleya, tapi dia boleh pulak layan je apa yang aleya cakap walaupun yang merepek-repek. Gembira rasanya bila ada orang yang layan kita macam tu kan. Lagilah aleya terasa nak buat perangai yang tak berapa nak matang. Maaflah ye, kalau ada kawan-kawan yang tertengok perangai aleya yang tak betul macam tu.
Semalam, aleya dengan family pergi shopping kat Mydin. Dan yang paling penting adalah, aleya bawak kereta! Wah, hebat gila kan. Poyo kejap! Sempat pula enjin kereta mati 2 kali kat tempat trafik light. Kena hon dengan kereta belakang. Disebabkan mak aleya duduk kat sebelah dan bagi sokongan, aleya tak panik pun. Selamatlah pergi dan balik. Seronok, kan...
Lepas ni, nak try bawak kereta kat tempat yang ada tol pulaklah. Aleya kena start jadi berani. Sampai bila nak jadi penakut macam ni. Dah dekat 4 tahun dah aleya dapat lesen. Tapi tahun ni baru nak berjinak-jinak memandu. Moga-moga skill aleya bertambah baik pada masa akan datang.
Semalam juga, kitorang pergi majlis kahwin seorang kawan mak aleya. Pergi-pergi, makan, tengok pengantin dan balik. Kawan mak tu pun tengah sibuk layan tetamu semua, tak sempatlah nak borak-borak. Bestnya pergi majlis orang......... Tak tersambung pula ayat seterusnya. Nanti kawan blog aleya kata aleya gatal pulak. Hahahaha. Sorry friend, just kidding!
Lagi... Nak cerita apa ya. Hm, aleya sempat masak kat rumah. Aleya masak kari ketam, Sayur buncis goreng + kobis bunga. Sedap, sedap, sedap! Puji diri sendiri kan. Tapi, adik-adik aleya kata sedap hingga menjilat jari. Bangga jap sebab dah tahu basic things of cooking. Lepas ni, dah boleh try juadah-juadah yang lain pula.
Aleya suka sangat memasak, cuma tak diberi peluang saja. Kalau mak aleya bagi peluang macam ni selalu kan bagus. Mesti aleya jadi pandai masak sampai kalah masterchef kat tv tu...
Panjang lebar entri aleya kali ni. Motif? Tak ada motif pun tulis post ni. Just nak didik diri agar tak malas menaip post. Nanti lama pula tak ber update blog aleya ni. Dan, latihan supaya rajin menaip assignment juga. Bertimbun assignment aleya, tunggu balik kolej nanti baru nak start tengok. Time cuti macam ni, buat apalah nak bazirkan masa berharga dengan assignment kan. Tak berkualiti langsung cuti aleya.
Okay, bye! See you all soon. Selamat mengundi!
~AleyaMaira~



No comments:
Post a Comment