Jul 27, 2013

Cinta Kopiko-4



   Continued from Cinta Kopiko-3      

********************************************************************************************

       
Aku enggan mengalah. Aku sendiri yang perlu tentukan perjalanan hidup aku. Hanya aku yang berhak menentukan pasangan hidupku. Bukan mama, bukan papa mahupun Amer. Itu yang pasti!

          Pagi itu, aku bergegas ke pejabat Amer. Alamatnya? Aku bernasib baik kerana semua maklumat tentang dirinya tercatat dalam buku panduan telefon mama. Aku gembira sebentar kerana mempunyai seorang mama yang cukup teliti. Sudah menjadi kebiasaan mama untuk mencatatkan segala maklumat kenalan serta saudara-mara di dalam buku telefon. Senang untuk dihubungi jika berlaku sebarang masalah, katanya.
          Sampai sahaja di kaunter pertanyaan, aku terus bertanyakan tentang Amer. Lupa pula nak siasat tentang pekerjaannya pada mama. 
“Selamat datang ke Zack Architechture. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?”
“Err, saya nak jumpa dengan Encik Amer.”
“Encik Amer Haiqal?” penyambut tetamu itu bertanya. 
“Ya,” aku menjawab pantas.
“Pejabat dia di tingkat 5, bilik pertama di sebelah kanan.” Aku pantas berpusing menghala ke lif yang terbuka. Tetapi, langkahku terhenti di hadapan meja penyambut tetamu tersebut.
“Ya, cik? Ada masalah ke?” gadis manis itu menegurku.

“Boleh saya tahu Encik Amer kerja sebagai apa kat sini?” Tanpa mengendahkan wajahnya yang kehairanan, aku terus bertanya.

          “Encik Amer merupakan chief engineer  kat syarikat ni.” Aku terlopong. Wah, hebat juga mamat tu rupanya. Argh, pedulikan! Ini bukan masanya untuk aku admire padanya. Ada misi lain yang lebih penting buat masa ini. 

          “Maaf, Cik Farisya. Encik Amer outstation untuk 2 minggu.” Aku dikejutkan dengan berita yang tak disangka oleh setiausahanya. Aku pulang dengan hampa.
Namun, aku sempat dapatkan nombor telefon bimbit Amer dari setiausahanya, segan nak minta dari mama. Aku hanya mampu tersenyum apabila ditanya siapakah aku sebenarnya. Takkan nak mengaku yang aku ini bakal tunangnya pulak, kan? Minta dijauhkan… 

-To be continued...- 

                                                                                ~AleyaMaira~

No comments:

Post a Comment