Mar 5, 2011

DaRi GenG SuRaU

 
Aktiviti sekarang : 
Menonton kisah Geng Surau. Tersangatlah kelakar. Sebenarnya, aku tertarik dengan lagu nasyid yang menjadi lagu tema cerita tu. Walaupun jalan ceritanya kelakar, tapi mesej yang cuba disampaikan sangatlah jelas.

Dan nasyid ini pula, 
sejak kita tadika lagi dah dengar. Tapi mungkin masa tu terlalu awal untuk kita menghayati maksud yang disampaikan melalui sebuah lirik yang dihiasi dengan irama yang cukup indah.

"Sepohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya..."


Penatlah 
kalau hidup lama2 tapi terlupa untuk solat. Ruginya hidup sedangkan solat itu adalah tiang agama kita. 
Agama itu pula tiang kehidupan manusia.

Sama2lah 
kita menunaikan solat dengan khusyuk sekiranya kita ingin Allah menyayangi kita.


"Solatlah dengan khusyuk seperti kita melihat Allah..." 

2 comments:

  1. Duli bila dengar lagu nie saya terbakar, skarang da ok kowt :p *setan da lari ek?*

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah... syukur dgn perubahan itu. =P
    p/s: sampai terbakar? huaaaaaaaaah, dahsyat!

    ReplyDelete