untuk bertungkus-lumus dengan ujian...
Dan
segala macam assignments...
Muncul kembali
meragut ketenangan hidupku yang selama ini pun masih tak tenang. Sibuk sangatlah kononnya sehinggakan tiada secebis masa pun untuk mengamalkan rutin mingguan membaca Surah Yasin setiap malam jumaat.
Sebulan yang lepas,
aku ada menghadiri satu sesi program mengenai kecemerlangan pelajar bertemakan slogan, "Cemerlang Akademik dan Sahsiah (CAS)" yang telah dinjurkan oleh lecturer kenalanku.
Dalam program tersebut,
setiap bait yang disampaikan seumpama menghiris kalbu dengan belati yang tajam. Katanya, pelajar yang cemerlang adalah pelajar yang mampu membahagikan masa antara hal dunia dan juga menambahkan amalan buat bekalan di akhirat pada masa yang sama.
Pelajar yang cemerlang
bukanlah yang mengaji apabila ada masa lapang, berzikir apabila ada kesempatan, mengingati Allah pada saat menghadapi peperiksaan. Akan tetapi, pelajar yang benar2 cemerlang itu, adalah pelajar yang mempunyai masa untuk segalanya. Mampu membahagikan masa untuk belajar, berehat, beriadah, makan, bersosial, mengaji, bersolat serta perkara2 lain dalam tempoh 24 jam yang dibekalkan.
Semasa mendengar
memanglah berkobar2 semangat untuk berubah menjadi yang lebih baik. Akan tetapi, sesaat selepas melangkah masuk ke bilik pada petang yang berangin itu, rasa malas mula mengetuk2 mata dan hati. "Arghhh, nanti2lah aku buat semua kerja. Sekarang nie tidur dululah..."
RUGINYA
segala apa yang aku dengar sebelum itu. Dan alasan sibuk diguna pakai untuk menutup segala kemalasan yang melanda. Faktor kekangan masa dijadikan penyebab untuk melindungi kekhilafan diri apabila perasaan M.A.L.A.S mengatasi segalanya.
Sesungguhnya, Allah s.w.t telah berfirman:
"Demi masa. Sesungguhnya, manusia berada dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran."
(Surah Al-'Asr: Ayat 1-3)
Persoalannya kini;
'Adakah aku termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian tersebut?'
I'm still seeking for the answer...
Semoga Allah mempermudahkan segalanya...



gudluk shahin..i n0e u can d0 it..^_^
ReplyDeletesetuju..kadang2 kita bljr sbb nak exam..nk pass
hurmm..kte lpe sbb utama sbg ibadah..mcm pr0f mans0r ckp..huu..:)
mcm prof mansur cakap...aku suka part tu..:)
ReplyDeletechaiyook shahin....:)
ida: stuju dengan kamu. Niat blaja tak betul, tu yg payah nak masuk otak sejak kblakangan nie.. huhu.
ReplyDeleteshima: memang part tu je la ko focus.
anyway, thanks, girls... =)