Dec 2, 2013

Alice in Wonderland.

Assalamualaikum warahmatullah. Hai, semua! Apa khabar kamu-kamu di sana? Moga sihat sejahtera hendaknya. Memang dah laaaaaaaama sangat tak menaip kat sini. Dalam tempoh 'cuti' ni, macam-macam benda dah berlaku. Aleya yang selama ni tak nak sambung pelajaran ke peringkat Masters, membuat keputusan drastik untuk sambung pelajaran. Aleya yang selama ni dok merungut kat rumah pasal tak dapat kerja lagi, dah pun seminggu bekerja sebagai research asisstant (RA) under seorang lecturer di UPM.

Rasa macam semuanya cukup. Semua yang berlaku itu nampak sempurna. Tapi, kenapa hati aleya masih rasa kosong sekosong-kosongnya? Ini bukan yang aleya harapkan? Atau... aleya sebenarnya masih belum bersedia untuk menerima segala perubahan yang mendadak ni?

Perkara yang paling banyak meninggalkan kesan dalam diri aleya ialah ketiadaan kawan-kawan yang membantu di sisi. Kawan-kawan yang memberi sokongan, kata-kata semangat. Rasa macam patah sayap saja bila tiba-tiba mereka itu tiada.

Semalam Aleya berjumpa dengan kawan lama, meminta pertolongan mereka untuk menyiapkan tugasan yang buat aleya pening. Yang sebenarnya, bukanlah susah sangat pun. sebenarnya, bolehlah juga nak  kata ianya adalah alasan untuk mengajak mereka lepak bersama. Rasa macam looser saja bila kena bersusah-payah dan pening-pening kepala secara bersendirian. 

Yang menjadi masalahnya ialah, kawan aleya yang datang teman tu, lelaki. Aleya macam ada terdengar suara-suara sumbang yang macam pelik tengok diorang lepak dengan kawan perempuan. Aleya harap sangat yang sebenarnya aleya salah dengar. "Eh, aku salah dengar kot..."

Nampaknya aleya tak bolehlah selalu ajak diorang borak sama. Aleya tak nak orang cakap xelok pasal mereka sebab aleya. Bagi Aleya, mereka tu sajalah yang rapat dengan aleya, peneman di kolej yang sunyi, yang nampak seumpama tempat yang asing. Tempat yang boleh menyesatkan aleya, seperti si Alice yang sesat di Wonderland. Tapi, Alice hanya bermimpi. Bila dia bangun tidur, semuanya hanyalah perkara yang tak pernah terjadi. Wonderland aleya pulak? Ini bukannya mimpi. Dunia ni tiba-tiba jadi terlalu asing untuk aleya. Rasa macam bersendirian, berseorangan mencari jalan keluar.


Namun demikian, Aleya yakin dan percaya yang ini merupakan jalan terbaik yang Allah tentukan untuk Aleya. Yeah!! I can do it! Insya-Allah.

Mujur jugak kat tempat kerja ni ada kawan-kawan yang selalu bagi motivasi walaupun kami jarang sempat berborak sebab masing-masing sibuk dengan tugasan mereka. Motivasi yang aleya perlukan bukannya motivasi untuk buat kerja, aleya tak pernah perlukan motivasi untuk siapkan tugas yang diberi. Cuma, aleya perlukan motivasi untuk lebih berkeyakinan terhadap diri sendiri. Kadang-kadang, ada masanya aleya rasa macam tak ada keyakinan diri dan semua yang dibuat tu bukanlah yang terbaik. Padahal itu hanyalah pandangan aleya semata. Tak tahulah apasal rasa macam tu. Suka-suka hati saja nak fikir yang bukan-bukan pasal diri sendiri.


Ah, panjang lebaq sangat. aleya rasa aleya nak pi join aktiviti kolej la. Sebab bosan sangat. Dan still, aleya belum berjumpa dengan matlamat hidup yang aleya cari. Bila orang tanya, 'ko nak jadi apa?' , 'Apa plan ko?' Aleya tak boleh nak menjawab. Masih tak jumpa jalan keluar dari Wonderland la nampaknya. Anyway, jom cari sama-sama...Sebab, aleya tak suka Wonderland ni. Aleya nak masuk ke LoveLand yang lebih tenang dan ceria! 

Okaylah, dah pukul empat ni. Kena sambung edit lagi ni. Rasa macam dah siap kerja, tapi masih ada lagi yang kena ubah. Banyakkan bersabar dan banyakkan beristighfar... Insya-Allah. Assalamualaikum. Jumpa lagi nanti.

No comments:

Post a Comment