Salam Jumaat untuk semua. Pejam-celik pejam-celik dah 2 minggu rupanya Aleya dok kat UPM ni. Tempat lama, tapi suasana yang baru. Eh, tapi kan... Yang sebenarnya, blog Aleya ni macam dicerobohi oleh pembaca-pembaca asing, tapi abaikan sajalah yep. Rasa macam malas saja nak delete blog ni lepas tu nak buat blog baru... Tambah-tambah lagi, Aleya memang sayang kat blog ni... Sob sob sob.
Walaupun banyak mengarut saja kat sini, masih ada sesetengah perkara yang aleya selesa bercerita di blog ni. Perahsia? Hm... Mungkin ye. Mungkin jugak tidak. Keputusan itu terpulang pada diri individu yang mengadili diri kita. Tapi yang sepatutnya, tak ada lagi la orang yang baca blog ni. Sebab aleya percaya, kawan-kawan yang pernah menyinggah ke blog ni, semuanya sibuk bekerja dan tak ada masa nak update blog mereka sendiri, apatah lagi untuk membaca blog aleya yang jarang berupdate. Kot. Okay, enough thinking about others' perspective. Let's focus on my life.
Eh, before tu, aleya nak cerita tentang satu drama Korea ni. Genre dia agak berbeza dengan cerita lovey-dovey yang lain. Cerita ni lebih berkisarkan tentang misteri dan unsur saspens yang buat kita tertanya-tanya tentang bagaimana cerita ini bakal berakhir sebab ending dia memang nampak sangat samar. Yang seronoknya, mujurla cerita ni dah sampai ke penghujungnya. So, aleya tak perlulah tunggu setiap minggu, menanti masa episod baru untuk direlease.Tajuknya: The Strange Housekeeper. Sinopsisnya: mungkin boleh dikongsikan pada masa akan datang.
Now, back to today's story. Hari ni kan hari Jumaat, Aleya pun datang lah ofis awal sikit. Sampai2 saja, masih tiada siapa-siapa kat ofis. Selalunya memang aleya yang jadi pembuka ofis, pembuka air-cond dan sebagainya. Dedication as a new worker? Oh, tidak! I just thought that being punctual is so much important in ones life. Kalau sekali tak punctual, sampai bila-bila pun payah nak punctual. Masa itu kan emas.
Dan kami membincangkan topik yang menarik. menarik bagi Aleya la, at least. Sorang colleague aleya ni, baru saja berkahwin pada minggu yang lepas. Nama dia, kak Dayah. Akak ni dah tamat Master Sains dan kini, sedang bersedia untuk menyambung pelajaran ke peringkat PhD. Dengar macam best saja kan. Akak ni memang dah ada plan dia sendiri.
Alang-alang tu, aleya tanyalah macam mana preparation dia sebelum dia kahwin, especially tentang hal belanja dan duit. Itu satu isu penting yang harus diambil kira kalau kita nak kahwin. Plan itu perlu ada.
Kak Dayah kata, better langsungkan majlis tanpa berhutang. Tak kisahlah tak gah pun, yang penting kita tak susah in future. Akak ni belanja RM10,000 as personal expenses. Means, belanja untuk semua barangan yang akak ni guna time nak kahwin not included the catering and pelamin. Woaah, terkejut jugak bila dengar. Barang lain seperti bunga telur, doorgift tu semua, akak ni buat sendiri saja. Baju nikah pun jahit sendiri. Jimat kos katanya. Member aleya yang sempat pergi ke kenduri akak Dayah kata, 'memang cantik semua setup yang akak ni buat sendiri.' Baguslah kan...
Susahnya nak kahwin. Banyak betul belanja. Memang kena gigih bekerja dan mula kumpul duit la... Nanti tak adalah kelam-kabut sangat nak cari fund untuk kahwin. Tapi pelik jugak, mak aleya sibuk suruh aleya kahwin ni, mana dia nak cekau duit? Belanja banyak betul ni mak! Kalau kita kaya, tak apalah jugak. Hesy, mak aleya ni. Kot ye pun tak sabar nak bermenantu... Sampai terlupa nak fikir hal penting ni? Bila aleya try nak terangkan, mulalah dia kata, ' Mak tau la semua tu. Ko tu bukannya tau apa2 pun..' Yelah, aleya mmg tak tahu apa-apa pun pasal ni.. Hehehe.
Okay, itu sajalah nak diceritakan pada hari Jumaat yang mulia ni. Sebelum aleya mengakhiri entri ni, aleya nak kongsi satu gambar-Sunnah-sunnah di Hari Jumaat.- Jom amalkan bersama! Insya-Allah... (tapi kebanyakan sunnah ni lebihnya untuk orang lelaki. Untunglah jadik orang lelaki...)

No comments:
Post a Comment