Assalamualaikum warahmatullah. Apa khabar semua? Moga semua sihat-sihat belaka. Yang kurang sihat tu, moga Allah sembuhkan sebaiknya. Bagi yang sedang patah hati seperti aleya sekarang ni, moga Allah gantikan dengan nikmat bahagia yang lain.
Aleya saja teringin nak menulis malam ni, tak ada perkara yang luar biasa untuk diceritakan pun. Selalunya kalau aleya menulis ni, hati tengah resah-gelisah. Tapi malam ni, Alhamdulillah, hati aleya tenang setenang malam yang sunyi-sepi.
Malam-malam aleya kat kolej ni memang ternyata sangat membosankan. Aleya yang dah biasa sibuk sebelum-sebelum ni rasa macam hilang arah bila duduk bersahaja kat bilik tanpa sebarang aktiviti. Selalunya, aleya tidur awal. Yelah, senang nak bangun awal pada keesokan paginya. Tapi malam ni, aleya kuatkan semangat untuk tidur lewat sedikit. Dan, tika ini, aleya sempat jugak update blog.
Sedang aleya scroll down timeline facebook, aleya terjumpa satu petikan yang berkongsi tentang seorang sahibah yang sudah pun kembali ke rahmatullah pada awal tahun 2013 yang lepas. Aleya pun saja tekan link yang membawa kepada sebuah blog yang menceritakan pengalaman hari-hari terakhir sahabat tersebut yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami kemalangan. Aleya kurang tahu tentang asal-usul kisah hidup sahabat tersebut. Tapi, bila aleya baca kisah yang diceritakan dalam blog tersebut, aleya tersentap.
Ya Allah. Memang sangat besar dugaan dia. Macam-macam yang dia lalui sepanjang hari-hari terakhirnya. Yang paling penting sekali, imannya sikit pun tidak goyah. Kawan-kawan tahu kan, apa yang dimaksudkan dengan iman? Maksud iman, islam ni semua kita dah belajar masa kita bersekolah rendah dulu. Ulang balik belajar masa kita kat sekolah menengah. Tak cukup, ulang lagi sekali time kat matrikulasi. Kalau masih tak ingat lagi, silalah google. Boleh terus jumpa.
Iman tu adalah kepercayaan kita kepada Allah sama ada dari segi pengakuan (hati), ikrar (lisan), mahupun secara perbuatan (amal). Sejauh mana kita yakin terhadap Qada' dan Qadar Allah dan meyakini sepenuh hati bahawa apa yang Allah takdirkan itu adalah yang terbaik untuk kita.
Kalau ada yang kata, 'saya tak pernah pun rasa kecewa dengan apa yang berlaku dalam hidup saya', maka dia menipu. Semua manusia mesti pernah rasa down, rasa macam apa yang berlaku kat dunia ni adalah tidak adil bagi dia. Kadang-kadang, sampai terfikir,'Kenapa aku je yang kena macam ni? Apesal semua ni berlaku kat aku seorang saja? Orang lain semua boleh hidup bahagia, kenapa aku tak?' Paling kurang pun, mesti ada terlintas sikit.
Aleya pun pernah jugak ada lintasan sebegitu. Bukan nak kata yang ianya adalah tak salah untuk berfikiran macam tu, tapi ada lagi yang lebih penting; kembali berserah pada Allah. Walau apapun lintasan yang berlaku dalam hati dan fikiran kita, jangan lupa untuk segera kembali pada Allah. Segera kembali bertaubat pada Allah, segera kembali meyakini perancangan Allah. Memang susah, tapi itu kewajipan kita.
Masa aleya baca blog sahabat yang bercerita tentang arwah seorang lagi sahabat (Hajar namanya. Moga Allah merahmati ruhnya dan dia ditempatkan bersama orang-orang yang beriman...), aleya terfikir, apa yang aleya buat bila aleya bersedih sedangkan orang lain sedang berusaha untuk meyakini keputusan Allah dengan redha. Susahkan kita nak sebut, 'Allah kan ada, apa nak dirisaukan?'
Memang susah. Tapi aleya mengaku, bila kita percaya pada Allah, memang Allah akan permudahkan semua urusan. Aleya mempunyai pengalaman sedemikian, walaupun masalah yang aleya hadapi tika itu tidaklah serumit dan sesakit yang dihadapi oleh arwah Hajar. Masa tu, aleya sempat terfikir, mungkin aleya kena lebih bersyukur dengan apa yang aleya ada. Daripada dok merungut dan runsing tentang sesuatu perkara tu, lebih baik aleya berserah pada Allah. Kita hidup kat dunia ni pun atas rahmat-Nya. Kalau ada masalah, takkan lah Allah tak nak tolong hamba-Nya yang lemah ni kan. Jadi, jom berserah pada Allah. Tentang semua. Kehidupan, kewangan, masalah, hal hati dan perasaan... Senang cerita, semua lah!
Mungkin kadang-kadang kita terlupa sebab sebenar manusia diciptakan ke dunia ini. Bukan untuk ber emo-emoan, bukan untuk merungut-rungut, bukan juga untuk berusaha macam nak mati semata-mata nak tingkatkan status kehidupan dan pendidikan... Tapi, adalah untuk beribadat kepada Allah dengan taat dan ikhlas. Allah kata, kalau kita nak mintak apa-apa kat Dia, just berdoa dengan sabar dan solat. Insya-Allah, selagi kita buat apa yang Allah suruh, Allah akan bagi apa yang baik buat kita. Terpulang pada kita, sama ada kita nak ataupun tak nak terima.
Aleya mengaku, jiwa jadik rapuh, hati lebih gelisah, perasaan tak tenang sejak kebelakangan ini. Kenapakah? Mungkin sebab aleya mula mencari manusia secara berlebihan untuk dijadikan tempat bersandar. Salah tu kan. Bolehlah aleya perbaiki hati lepas ni. Sejak tamat zaman degree, halaqah yang aleya selalu pergi dulu pun dah tak sempat pergi. Sekurang-kurangnya, adalah pengisian untuk rohani masa tu. Sekarang? Aleya kena usaha untuk cari balik sahibah aleya yang dulu ni. Insya-Allah. Jom berusaha baiki diri bersama.
Tempoh hidup kat dunia ni pun makin lama makin berkurangan. Sekejap saja, dah 23 tahun aleya hidup kat dunia ni. Bila toleh ke belakang, tak nampak pun apa yang aleya buat selama 23 tahun yang lepas. Semua nampak samar dan tak jelas. Mana jalan hidup aku yang lepas?
Aleya memang gembira sangat dapat baca blog tu. Kalau ada yang nak baca pun, silakanlah. Ini link dia... http://mujahidah2u.blogspot.com
Jom sentiasa bersyukur dengan nikmat Allah. Walaupun kita hadapi masalah, cabaran mahupun dugaan, kalau kita selidik balik, mesti ada nikmat Allah yang terselit kat situ. Tak banyak, mesti ada sedikit. Yelah, nikmat Allah yang manakah yang kita ingin dustakan? Tak baik kan jadi hamba yang tak tahu bersyukur ni...
And thus, I would like to stop my writings here. Sila kekal bermotivasi, aleya! Dah lewat ni, jom masuk tidur. Esok kena bekerja. Moga hari-hari yang mendatang bawa seribu kebaikan bagi kita seluruh umat. Amiin.
Moga bertemu lagi di lain masa. Assalamualaikum!

No comments:
Post a Comment