Apa khabar semua? Aleya harap semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Aleya sekarang masih lagi dalam tempoh bercuti di rumah. Aleya dah apply beberapa kerja, harap adalah rezeki aleya kat mana-mana. Insya-Allah. Moga Allah permudahkan segala urusan.
Hari ini, aleya mengalami mood sedih. Jiwa kacau-bilau. Satu-satunya cara untuk meleraikan kekacauan ini adalah dengan menaip entri ni. Jom sambung taip!
Ada siapa-siapa yang tengah tak tahu nak buat apa time cuti kat rumah? Rasa nak tengok cerita tapi tak tahu nak tengok cerita yang mana? Atau nak suggestion tentang cerita apa? Okay, aleya ada satu cadangan untuk peminat drama korea. Please feel free to watch this drama: Gu Family Book.

Drama ni mengisahkan kisah penzaliman yang dilakukan oleh orang kelas atasan terhadap sebuah keluarga kenamaan yang menyebabkan semua ahli keluarga tersebut dibunuh secara kejam dan zalim. Hanya anak perempuan keluarga itu saja yang terselamat, lebih tepat lagi diselamatkan oleh Gumiho, nine-tailed fox berjantina lelaki. Pelik kan? Selama ni aleya pernah dengar tentang gumiho perempuan saja, ni kali pertama tengok cerita pasal gumiho lelaki. Kat bawah ni gambar watak-watak awal cerita ni.


Ni lah dia watak yang dizalimi tadi. Perempuan ni sebenarnya adalah ibu kepada watak utama dalam drama ni. Kat bawah ni pulak gambar lelaki gumiho yang selamatkan dia. Baik sangat laki ni. Dia sanggup berkorban macam-macam termasuklah nyawa sendiri demi kasih kepada perempuan ni. Laki ni siap nak tukar status dirinya kepada manusia. Ada tiga syarat yang perlu dipenuhi. Syaratnya, memang susah untuk gumiho. Terharu tengok sikap laki ni yang baik sangat-sangat.


Ada satu scene tu, perempuan tu gembira tengok bunga. Laki ni pun bawak lah bunga banyak-banyak bagi kat dia. *Smiling...*

This is one of my favourite scene.Comel kan mamat tuh. Hehehe. Akhirnya, mereka pun berkahwin dan hidup bahagia bersama walaupun tempoh kebahagiaan mereka tidaklah kekal lama.


Tapi timbullah satu situasi di mana kedua-duanya pun mati meninggalkan anak mereka yang baru lahir. Si hero: Lee Seung Gi.

Dan heroinnya, Suzy; idol dari kumpulan Miss-A.


Cantik kan dia ni. Pada permulaannya, si hero ingat dia adalah lelaki. Tapi lama-kelamaan barulah dia tahu identiti sebenar yang dia ni adalah perempuan.

Lakonan gandingan dua orang artis ni memang terbaik! Aleya suka sangat tengok mereka berlakon bersama. This is their first drama together, of course. Tapi chemistry antara mereka memang cukup hebat. Tambahan lagi, producer drama ni adalah producer drama hebat seperti Secret Garden dan Gentleman's Dignity. Semua drama dia memang hebat-hebat belaka. Semuanya berpotensi menumpahkan air mata dan jalan ceritanya mengandungi pelbagai nilai murni dan pengajaran yang sangat berguna dalam kehidupan harian dan kehidupan percintaan.


The fighting skills and the swords skills shown in this drama are awesome! Suka tengok part diorang lawan terbang-terbang. Tak nampak grafik sangat pun. Tapi orang korea selalunya buat betul-betul semua aksi terbang-terbang dan aksi stunt yang lain dalam drama diorang.
So, sampai sini dulu laa review aleya untuk drama ni. Aleya pun baru saja tengok sampai episod 5. Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh lagi sebab tak tahu apa yang bakal berlaku dalam episod yang seterusnya. Endingnya akan ditayangkan pada next week hari Isnin dan Selasa. Tak sabar nak tengok cerita ni sampai habis! Gu Family Book, Fighting!
So, sampai sini dulu laa review aleya untuk drama ni. Aleya pun baru saja tengok sampai episod 5. Nak cerita lebih-lebih pun tak boleh lagi sebab tak tahu apa yang bakal berlaku dalam episod yang seterusnya. Endingnya akan ditayangkan pada next week hari Isnin dan Selasa. Tak sabar nak tengok cerita ni sampai habis! Gu Family Book, Fighting!

No comments:
Post a Comment