Jun 11, 2013

Welcome To My Room!

Assalamualaikum... Lama rupanya tak berkunjung ke sini.

Sedar tak sedar aleya dah hampir sampai di penghujung tempoh pembelajaran di UPM. Esok merupakan peperiksaan terakhir sepanjang tempoh degree. Tapi hari ini, aleya sempat lagi tengok movie. Cerita Hindustan, Mann. Lakonan Amir Khan. Movie yang superb.

Walaupun dah banyak kali tengok, air mata tetap tumpah setiap kali encore balik cerita ni. Best sangat. Hari ni, aleya nak memperkenalkan bilik aleya sepanjang berada kat UPM ni. Sepanjang aleya belajar kat Kolej Kelima, hampir 4 semester aleya habiskan dalam bilik ni, bersama roommate aleya.

Sebut pasal roommate, aleya baru perasan yang aleya tak sempat nak ambil gambar bersama dengan roommate. Kami memang banyak menghabiskan masa bersama, study bersama, gossip bersama. Tapi, kami jarang rupanya keluar dan menghabiskan masa bersama kat luar selain dari kolej. Ops, terkilan kejap. Tak apa, sebelum balik rumah Khamis ni harap-harap sempatlah ambil gambar sebagai kenangan kami bersama.

Roommate: sayang kamu ketat-ketat. Semoga Ili terus jadi pelajar yang baik, dan semoga bertemu roommate yang baik pada semester hadapan. Goodluck for the your remaining 2 years! Sedih, sedih...

Sepanjang aleya jadi roommate dia, dia selalu saja jadi peneman di kala kesunyian, pendengar setia ketika aleya ada masalah, kawan bergosip setiap kali aleya terasa nak bercerita pasal sesiapa yang sakitkan hati aleya ke kan. Dia juga jadi pelayan yang baik setiap kali ada kawan aleya yang datang berkunjung ke bilik. Ramah sangat. Gembira ada roommate yang memahami macam ni. Dia roommate terbaik aleya lepas Kak Tiqah yang jadik roommate aleya 4 tahun yang lepas.

Okay, done bercerita tentang roommate. Sekarang nak tunjuk bilik pulak. Kat bawah ni ada gambar bilik kita. Jelawat 2021, Kolej Kelima, UPM.



Macam-macam mana pun, katil sendiri adalah yang Terbaikk!! Tidur kat bilik orang lain takkan sama dengan tidur kat bilik sendiri. Huh, dah 2 tahun dia jadik tempat tidur terbaik untuk aleya. Terima kasih, cik katil! Lepas ni, awak dapat tuan barulah nampaknya. Don't miss me like I miss you...


Okay, ni meja belajar aleya. Ni tempat kedua aleya habiskan masa selain daripada cik katil tadi. Study?! Oh, semestinya tidakk! Meja kat bilik aleya ni functionnya adalah untuk menonton cerita korea dan segala macam movie lain. Ini port terbaik yang aleya suka. Terima kasih, cik meja atas jasamu selama ini. Waah, mesti rindu jugak kat meja aleya yang cantik ni. Kadang-kadang, bila bukak tingkap tu malam-malam, bertemankan angin sepoi-sepoi bahasa, seronok sungguh duduk kat meja ni.


Yang ni patutnya adalah rak buku. Tapi barang-barang kat sini hampir separuhnya bukanlah buku. Sebab buku semua dah sorok bawah meja. Stress kalau nampak buku banyak-banyak ni. Nanti mesti terdetik dalam hati, alamak, aku tak study lagi ni. Susahlah kan nak hidup dengan lintasan-lintasan macam tu dalam hati. Nak tengok cerita korea je, ternampak pulak buku tersusun kat rak?! Hm, itu tak baik untuk kesihatan!

Eh, apesal nampak macam tak kemas saja rak ni. Lupa nak kemas ke ape sebelum snap gambar? Tapi selalunya kemas je pun. Maybe time ni, tak ada mood nak kemas kot. Hehehe, abaikan saja mana-mana yang tak kemas ye. Rak yang kedua dari atas tu tempat letak CD-CD korea aleya. Ops, bukan cerita korea saja tau. Cerita english, Hindustan semua pun ada jugak.

Dan itulah sumber-sumber yang selalu kawan-kawan aleya pinjam dari aleya. Aleya pun dah selalu sangat suggest cerita-cerita untuk kawan aleya. Lain orang, lain cerita dan genre yang diminatinya. So, memandangkan aleya dah tengok kebanyakan cerita tu, bolehlah aleya suggest ikut pendirian dan keperibadian orang tu.

Ada kawan kata, abeslah aleya dah grad lepas ni, tak tahu nak pinjam cerita dari siapa lagi. Hm... nak buat macam mana. Nak tinggalkan semua cerita ini dan beri pada mereka-mereka yang memerlukan? Oh, tidak sama sekali! Ni semua harta-benda dan asset-asset aleya sepanjang belajar kat sini tau. Tak tahu macam mana nak bawak balik rumah. Sure kena tengking dengan mak aleya nanti. Mujur jugak bukan beli pakai sponsor PAMA. Semuanya pakai duit PT, so tak lah rasa bersalah sangat kan. Hehehhe, tapi bersalahlah sikit kat kerajaan. Maafkan saya. Tapi bila lagi kan, Inikalilah!




Yang ni pulak rak kasut. Disebabkan kucing-kucing berkeliaran dengan banyaknya dalam kawasan blok, aleya terpaksalah bawak rak dari rumah, letak kasut dalam bilik. Dahlah semua kucing-kucing tu suka target kasut orang setiap kali nak menunaikan hajat. Tu salah satu sebab aleya tak suka kucing. Dahlah buang merata-rata, pastu suka cakar orang, suka lompat-lompat. Menakutkan tau. Eh, tercerita pasal kucing pulak dah...

Dekat rak tu, letak kasut yang digunakan saja. Yang lain semua, campak dalam plastik yang kat bawah sekali  tu. Sebab ape? Sebab dah rosak, ada yang tercabut tapaklah, ada yang dah berlubanglah. Tapi tak sampai hati nak buang. Cantik-cantik pulak tu kasut-kasut aleya. Hesy, tapi dah last-last ni, kena buang jugaklah. Nak bawak balik, tak cukup ruang kat rumah nak simpan semua barang-barang aleya. Last-last nanti kena buang juga dengan mak.
 
Yang ni pulak, ruang 'dapur' aleya. Tanpa kamu semua, tak jalanlah program diet aleya selama ni. Sampai boleh kawal kalori pemakanan untuk semester ni. Terima kasih, ye!

Dan... akhir sekali, ni gambar separa kesuluruhan ruang aleya dalam bilik ni.

 
Me gonna miss this room. Ni bilik terbaik yang aleya pernah dapat sepanjang aleya belajar kat Kolej Kelima. Biliknya lebih besar daripada bilik orang lain. Luas. Tetamu yang datang semua mesti kata: waah, luasnya bilik korang. Heheheh. Aleya kan pernah jadik MTM kolej. Jadi, tergunalah pengaruh yang ada untuk request bilik besar macam ni. Maaflah, tersalah guna kuasa sikit. ^-^

Akhirnya, tibalah kita di penghujung entri kali ni. Azan asar pun dah berkumandang. Aleya pun tengah meniti hari-hari terakhir di UPM. Esok, lepas last paper (Pengurusan kewangan Islam: 11.30 am- 1.30pm), aleya dah kena kemas bilik.... Dan bersedia untuk balik ke rumah... Tengoklah rezeki di masa depan macam mana. Mana tahu, ada kesempatan dan rezeki untuk sambung belajar lagi kat sini kan. Kita bukannya tahu pun apa yang bakal berlaku pada satu masa nanti.

Jadi, pilihan yang kita ada hanyalah berusaha semampu yang mungkin untuk sama-sama memajukan diri dan menjadi insan yang berguna pada keluarga, agama dan bangsa. Insya-Allah. Hingga bertemu lagi pada entri yang lain, Assalamualaikum.


p/s: Sedang dalam proses menukar genre penulisan entri. Sejak kebelakangan ni, macam banyak je post-post yang tak bermanfaat. Insya-Allah. Moga dipermudahkan. =)

No comments:

Post a Comment