Jun 22, 2013

Kisah Kami-2

Eh, ada lagi post lain?

Assalamualaikum sekali lagi. Sejak-sejak duduk rumah ni kan, internet pun agak laju. Tak perlulah aleya berebut line seperti di zaman kolej dulu. Dulu?! Ops, macam dah bertahun-tahun tinggalkan kolej saja bunyinya. Padahal baru saja seminggu... Jadi, apa salahnya update entri banyak-banyak kan.


Sebelum teruskan menaip, aleya teringin nak berkongsi satu ayat Al-Quran ni.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiSKATIuBXyMWGRSbNFHFxp9rou60rn0cRYuw96p9c3nLq_9uXwyVs1P7zY4Cp6B933lymN4Psdb_ZCcAZ30aM0PdBWUDsA1LMD4qr4McOyh2spWKSImwq3SMddt7p6mGE9wxc1_A8mQcw/s1600/tenang.PNG

Jom kita sama-sama ingat Allah, pencipta kita selalu. Sejak kebelakangan ni, aleya selalu saja rasa tak tenang. Semua benda yang dilakukan, terasa macam kurang keberkatannya. Mengapakah? Kena tanya hati sendirilah kan. Makin jauh dari rahmat Allah kah?


Ada orang yang bila dia ada di rumah, dia tak tenang. Bila dia berada dengan kawan-kawan pun dia tak tenang. Bila berada dengan masyarakat sekeliling, lagilah dia tak tenang. Tapi, aleya masih lagi bersyukur, Alhamdulillah, kerana ketidaktenangan yang aleya alami bukanlah seperti itu. Cuma, jauh di sudut hati ada terasa seperti sesuatu yang kurang. Sesuatu yang perlu diberi perhatian yang lebih.


Atau benda ni sekadar perasaan aleya sahaja. Almaklumlah, minggu ni minggu ketidakstabilan emosi. Dipengaruhi oleh ketidakstabilan hormon dalam badan. Gangguan emosi adalah yang paling aleya tak boleh nak tahan. Tiba-tiba saja terasa nak menangis tanpa sebab. Tiba-tiba sahaja, rasa nak marah tak tentu hala. Yang paling tak boleh nak terima, ada ketika tu rasa macam tak yakin pulak pada diri sendiri. Bila emosi kita tak kuat, senanglah nak dipengaruhi oleh fikiran-fikiran yang negatif. Jom, jadik kuat. Tak nak sedih-sedih, fikir-fikir negatif lagi.

Kalau kehidupan kita tak bertepatan dengan apa yang kita harapkan, ingat! Ada kehidupan yang lebih baik untuk kita. Never give up, and try your best! Setiap perkara yang berlaku itu ada hikmahnya. Tiada gunanya kita hidup mengenangkan hari semalam, sedangkan hari esok masih ada, lagi jauh di hadapan. Grab your opportunity, create the better tomorrow!

http://diarihati.com/blog/wp-content/uploads/2012/05/Allah-The-Best-Planner.jpg

Allah adalah sebaik-baik perancang! Kita hidup di muka bumi Allah ni pun, mengikut segala perancangan-Nya. Jadi, apa hak kita untuk mogok daripada mengikuti ketetapan yang telah Allah rancang? Allah lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.


Kadang-kadang, ada sebabnya kenapa kita tak tenang. Jom audit diri, bak kata Prof Muhaya. Kita kena tahu kenapa hati kita tak tenang sebenarnya. Selalunya disebabkan oleh banyaknya salah kita pada orang lain, atau dosa kita kepada Allah yang Maha Kuasa.
 
http://diarihati.com/blog/wp-content/uploads/2012/05/memaafkan.jpg
Sama-samalah kita bermuhasabah diri agar menjadi hamba Allah yang lebih baik dan soleh/solehah.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiiWwPI7zPM12swnU1n8PshJ0DebLI4ccV-TpS471aLFSpxC6GYSajArlRsGHU_PaCL5_FzK9i2VFCQf5R9avjZecGpzbAukMScoCK2nNtxexxV1zxrFHkE-qhHTgttSKUbAe2rwKr7fVA/s320/mk.jpeg

Akhir kata, sebelum mengundur diri, aleya nak share satu lagi gambar kata-kata hikmah untuk tatapan bersama. Gambar ni tiada kaitan dengan post kali ni. Tapi, tengah-tengah search kata-kata hikmah tadi, aleya tertengok pulak gambar yang ni. Boleh saja digunakan sebagai salah satu kata hikmah untuk hari ni. Jumpa lagi dalam entri yang lain setelah bermuhasabah diri. Bye, semua! Assalamualaikum.


http://diarihati.com/blog/wp-content/uploads/2012/06/melengkapi.jpg

No comments:

Post a Comment